Panggung wayang pandu masuk pertama buat pencinta filem

CG Sponsors




achok

Legendary Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
14,681
Reaction score
290
Points
141
Panggung wayang pandu masuk pertama buat pencinta filem


BB17lDiA.jpg

© Provided by Harian Metro KUALA LUMPUR 29 JULAI 2020. Pelancaran 'M-Junction Drive In Cinema' di Matic Jalan Ampang . NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI [email protected]
TWOSPICY Entertainment Live dan MD Events Asia melancarkan Nescafe M-Junction wayang pandu masuk pertama untuk membawakan pengalaman baharu kepada pencinta filem di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang, Kuala Lumpur, hari ini.
Pengarah TwoSpicy Entertainment Live, Arvin Randahwa berkata, pendekatan terbaru itu tercetus selepas dunia dilanda pandemik Covid-19, baru-baru ini.


"Idea untuk merealisasikan panggung wayang pandu masuk ini hanya terbit selepas kita berdepan normal baharu. Kami tahu banyak industri yang terjejas dan projek ini adalah antara inisiatif menjana ekonomi semula.
"Semestinya ia akan memberikan pengalaman baharu buat pencinta wayang yang ingin kelainan. Bahkan, ia boleh dinikmati setiap lapisan masyarakat baik keluarga, pasangan, mahupun kanak-kanak.
"Pengalamannya pasti berbeza memandangkan pilihan filem yang kami tayangkan adalah terkini dan terbaik. Selain itu, persekitarannya sesuatu yang baharu dan lebih intimasi," katanya.
Bersempena pelancaran itu, filem yang baharu dilancarkan di seluruh dunia berjudul Legacy Of Lies menjadi filem sulung ditayangkan secara perdana di acara itu.

Berkongsi lanjut, Arvin berkata, pilihan judul yang bakal ditayangkan pastinya filem pecah panggung terkini dan juga judul lama.
"Untuk pilihan filem ditayangkan, kami memilih judul filem baik antarabangsa dan tempatan yang terbaik. Untuk itu, kami turut membuat kajian dan meneliti judul mana yang berbaloi disajikan kepada penonton," katanya.
Sementara itu, pengarah MD Events Asia, Jack Gill tidak menafikan isu cuaca seperti hujan bukan halangan utama untuk mengganggu keseronokan pengalaman itu.
"Kami akui aspek cuaca menjadi kerisauan ramai namun ia bukan masalah besar disebabkan penonton akan berada dalam kereta. Kami janjikan kualiti skrin yang terbaik untuk mereka keselesaan.
"Penonton juga kami galakkan untuk menutup enjin kereta demi persekitaran yang mesra alam. Kami bekalkan pembesar suara serta kipas angin kepada setiap kereta sewaktu filem ditayangkan.
Berlangsung selama tiga bulan, penjualan tiket sudah mula dibuka berharga RM99 untuk setiap kereta dengan maksimum dua penonton. Pakej VIP pula berharga RM159 di mana makanan turut disediakan dengan setiap tiket.
Waktu operasi tayangannya adalah pada jam 6 petang untuk sesi pertama, manakala sesi kedua pada jam 9 malam. Maklumat lanjut pembelian tiket boleh didapati menerusi laman web www.mjunction.my.


1. tiket mahal btol (50 ringgit sorang)
2. tayangan pukul 6 tu masih terang lagi. mmg rugi la tgk samar2
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
28,552
Reaction score
939
Points
171
kene scene film tu gelap mcm mlm... mampui nak nampak kt sceen... x sesuai betul.. better kasi penjarakan kerusi je
 

Kassim Hensem

Active+ Member
Joined
Jan 15, 2011
Messages
3,499
Reaction score
211
Points
43
kene scene film tu gelap mcm mlm... mampui nak nampak kt sceen... x sesuai betul.. better kasi penjarakan kerusi je
Kena compete dgn orang... sebab semua penguasaha lain bawa idea sama jer mcm bro.

Kalau nak bisnes dalam norma baru ni... bawa idea baru. Masuk akal atau tak belakang cerita. Kalau berjaya maka trending.. siapa yang mula dia menang. Jika gagal.. rugi tapi ada data apa berkesan dan apa tak berkesan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register