BTC USD 57,551.5 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Panggilan Palsu Yang Diterima Talian 999 Masih Tinggi

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Jumlah panggilan palsu yang diterima oleh Pusat Panggilan Kecemasan 999 yang mengendalikan semua panggilan kecemasan kepada polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan hospital masih tinggi, kata Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Dato' Shaziman Abu Mansor.

Beliau berkata daripada purata 67,257 panggilan sehari yang diterima oleh pusat itu sejak beberapa bulan lepas, hanya 1,396 daripadanya adalah panggilan kecemasan sebenar.

"Kumpulan pemanggil panggilan palsu pula terdiri daripada kanak-kanak 43 peratus, lelaki dewasa 38 peratus, remaja 14 peratus dan wanita 5 peratus," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program kesedaran PPP 999 untuk pengguna jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta di sini, Selasa.

Katanya jenis panggilan palsu adalah seperti panggilan main-main 52 peratus, panggilan lucah (32 peratus), panggilan senyap (10 peratus) dan panggilan dari individu yang mempunyai masalah mental (6 peratus).

Shaziman berkata program hari ini dilancarkan bagi menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat bahawa talian kecemasan 999 hanya digunakan untuk tujuan kecemasan dan ia tidak boleh disalahgunakan.

Mengenai tindakan terhadap pemanggil palsu, beliau berkata setakat ini Suruhanjaya Multimedia mengesan 13 pemanggil yang sering membuat panggilan palsu dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka.

"Sudah sampai masanya kerajaan tidak lagi berlembut dengan mereka yang tidak bertanggungjawab dan kurang kesedaran sivik seperti ini," katanya.

Shaziman berkata di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, mereka yang disabitkan kesalahan menyalahguna talian kecemasan 999 boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama setahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, beliau menyerahkan pelekat dan hamper Tahun Baru Cina kepada pengguna yang melalui plaza tol itu.

P/S: Nape le org suka sangat buat panggilan palsu ni ye?

Dipetik dari: Laman Web Rasmi Kementerian Tenaga, Air & Kommunikasi (KTAK)
 
Sponsored Post

Kurma

Active+ Member
Joined
Jul 23, 2007
Messages
4,219
Reaction score
95
Points
30
Beliau berkata daripada purata 67,257 panggilan sehari yang diterima oleh pusat itu sejak beberapa bulan lepas, hanya 1,396 daripadanya adalah panggilan kecemasan sebenar.

:eek::eek::eek: Bilakah benda2 yg tak bercivil ini akan berkurangan.....seolah2 benda ni menjadi alat mainan
 

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
Kenape masih ada lagi orang yang suka buat panggilan macam ni?..Apa faedahnya..Tak paham betul aku orang camni...
 

DDos

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,110
Reaction score
690
Points
166
ayoyo, amma appa...tak ambik tindakan lagi ke, nak tunggu bila? nak tunggu masalah mental operator penjawab panggilan 999 dah teruk baru nak bertindak.
 

kawe78

Active Member
Joined
Feb 15, 2006
Messages
1,487
Reaction score
4
Points
25
FAKTA NOMBOR

>> purata 67,257 panggilan sehari
>> 1,396 yg betul2 kecemasan

giler bagai
 

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
hukum sebat je..sape suruh nakal2 tepon
"Kumpulan pemanggil panggilan palsu pula terdiri daripada kanak-kanak 43 peratus, lelaki dewasa 38 peratus, remaja 14 peratus dan wanita 5 peratus," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program kesedaran PPP 999 untuk pengguna jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta di sini, Selasa.
Yang aku heran, semakin ramai yg kena sebat makin menjadi pulak kes panggilan palsu ni. Kalo budak2 tu xde la marah sangat, ini yang tua pun pi layan sama... Apahal ni?
:(scam:(scam:(scam:(scam:(scam
 
Last edited:

aidiryatim

Legendary Member
Joined
Dec 25, 2006
Messages
14,011
Reaction score
22
Points
120
klu wat call 999.. pehtu ckp.. en/tuan.. rumah kucing sy terbakar.. agak2 nih panggilan palsu gak ker?:p
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register