BTC USD 38,594.1 Gold USD 1,811.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pangea XIV 2021: 2600 Pautan Di Laman Web Disekat Akses, Ubat RM 2.2 Juta Dirampas

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,013
Reaction score
13,855
Points
2,376
Operasi Pangea XIV yang bermula pada 18 Mei sehingga 25 Mei 2021 yang lalu merupakan penyertaan Malaysia kali ke 9 semenjak Operasi Pangea ini dimulakan. Operasi Pangea XIV ini memberi tumpuan kepada laman sesawang dan media sosial yang menawarkan ubat-ubatan yang berbahaya termasuk peranti perubatan. Pada tahun ini, tumpuan diberikan terhadap penjualan ubat-ubatan dan peranti perubatan yang disalahgunakan bagi tujuan rawatan COVID-19.

Di Malaysia, operasi ini melibatkan kerjasama antara beberapa agensi dalam Kementerian Kesihatan Malaysia dan jugaagensi lain seperti National Central Bureau (NCB)/ Interpol Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Pos Malaysia, dan CyberSecurity Malaysia. Sebanyak 2600 laman sesawang termasuk Dark Web dikesan menjual produk farmaseutikal yang menyalahi peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan telah dipantau, disiasat dan diambil tindakan. Operasi Pangea XIV juga menunjukkan bahawa penjual yang tidak bertanggungjawab terus menerus mengambil peluang untuk mendapatkan keuntungan dengan menjual produk perlindungan untuk wabak COVID-19. Buktinya, ubat-ubatan terkawal yang dikatakan untuk rawatan COVID-19, pelitup muka (face mask), thermometer, sarung tangan, gaun pembedahan, test-kit untuk COVID-19, nasal aspirator dan swab beralkohol yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan banyak dijual di dalam talian. Selain itu, terdapat trend peningkatan penjualan bahan psikotropik oleh penjual yang tidak bertauliah di platform yang sama.

Sepanjang tempoh operasi ini, sebanyak 972 bungkusan pos telah diperiksa.Daripada jumlah tersebut, 157 bungkusan pos yang didapati mengandungi 9115 unit produk farmaseutikal yang tidak berdaftar dirampas. Nilai rampasan adalah sebanyak RM 108,352.00. Berbanding dengan Operasi Pangea pada tahun lalu, lebih 60% produk yang dirampas pada tahun ini adalah ubat-ubatan terkawal di bawah Akta Racun 1952. 18% daripada ubat-ubatan terkawal yang dirampas adalah di bawah kategori bahan psikotropik. Manakala selebihnya adalah ubat darah tinggi, kencing manis, pil gugur, ubat anti inflammatory dan lain-lain yang kebanyakannya tidak berdaftar dengan KKM. Pemeriksaan turut dijalankan di semua pintu masuk utama di seluruh negara melibatkan kargo udara, lapangan terbang, pos sempadan dan terminal feri. Sebanyak 961 unit ubat-ubatan tidak berdaftar dirampas dengan nilai rampasan sebanyak RM 42,213.

Aktiviti penguatkuasaan lain yang dijalankan melibatkan serbuan bersasar ke atas penjual dan premis perniagaan yang terlibat dengan penjualan secara dalam talian. Semasa operasi kali ini, 94 premis perniagaan yang menjual produk farmaseutikal yang tidak berdaftar dan juga premis yang mengedarkan bahan psikotropik yang tidak berdaftar telah diserbu. Dalam serbuan tersebut, 61,864 unit produk farmaseutikal yang menyalahi peruntukan undang-undang telah dirampas untuk tindakan lanjut. Nilai rampasan adalah dianggarkan sebanyak RM 2,071,855. Turut dirampas adalah beberapa peranti digital seperti komputer dan telefon bimbit yang digunakan sebagai medium untuk memasarkan produk.

Aktiviti kesedaran kepada orang awam mengenai potensi bahaya membeli ubat-ubatan secara dalam talian juga merupakan sebahagian daripada Operasi Pangea XIV. Sebanyak 206 kempen kesedaran pengguna telah diadakan sepanjang tempoh Operasi Pangea XIV. Antara usaha yang dijalankan adalah kempen kesedaran di media sosial, termasuk panduan video mengenai pembelian ubat dalam talian yang selamat. Pada tahun ini juga, pendidikan mengenai penjualan peranti perubatan untuk COVID-19 turut diadakan di farmasi-farmasi komuniti. Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan mengenai peranti perubatan dan syarat untuk pendaftaran peranti perubatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia masih lagi meneruskan pemantauan di laman sesawang dan media sosial serta mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dalam menangani isu penjualan produk farmaseutikal dan peranti perubatan dalam talian walaupun setelah Operasi Pangea berakhir. Pautan di laman sesawang yang menjual ubat-ubatan yang tidak berdaftar yang mempunyai tuntutan rawatan COVID-19, masih lagi disaring dan disekat. Manakala notifikasi juga sentiasa dikeluarkan kepada platform e-marketplace bagi menurunkan penjualan produk-produk tidak berdaftar atas tujuan yang sama.

Selain itu, orang ramai perlu memastikan produk kesihatan yang dijual sama ada di atas talian ataupun di premis mempunyai pelekat keselamatan Hologram dan Nombor Pendaftaran Produk sebelum membeli produk tersebut. Status pendaftaran produk boleh disemak dengan melayari laman sesawang http://www.npra.gov.my di ruangan “Product Status”. Selain itu, orang ramai boleh memuat turun aplikasi NPRA Product Status daripada Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery bagi tujuan semakan tersebut.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

13 Jun 2021


 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,013
Reaction score
13,855
Points
2,376
FB_IMG_1623595781348.jpg

💊Menyekat akses kepada ubat berbahaya

[Infografik]
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register