Panduan Untuk Newbies - Apa itu Program Matrix yang sebenar

Recommended Brokers


Latest Threads

lighter

Fun Poster
Joined
Aug 30, 2007
Messages
644
Reaction score
3
Points
15
ko la antara penggodam2 website jualan langsung yg bertopengkan skim piramid yg dikehendaki SC/BNM.. dahla ko ciplak CD mp3 tu..ko main redah je blasah cd org ngaji tuh..ko gunakan lagi nama islam..ko ni mmg penyangak internetla..tak tau malu..ko guna lagi nama cikgu..adeh..ko ni mmg org malaysia takleh pakaila..

aku cabar ko kalu btul ko buat bisnes btul ko pi register kat ROC tuh bukak company baru berapa ringgit..pastuh ko dptkan lesen jualan langsung ..ko sogokla depa skit sure dptnye..ko tgk company uptrend ngan herbslink tuh..penyangak cam ko gak..tp diorang lagik terer..kolar biru punya ..siap ada lesen AJL

ini cadangan aku le kalu ko nak kembangkan bisnes aniaya org ni..senang je nak sedut duit org lain..:)cgrock
hidup artwood .......

aku benci orang yang menggunakan topeng islam untuk jadi kaya. semoga diorang ini dilaknat oleh Allah
 
Sponsored Post

znlftr

Active+ Member
Joined
Dec 13, 2006
Messages
3,277
Reaction score
2
Points
25
hidup artwood .......

aku benci orang yang menggunakan topeng islam untuk jadi kaya. semoga diorang ini dilaknat oleh Allah
Allah Maha Mengetahui, Maha Pengampun, Maha Penyayang.
Semuga niat baik dibalas dgn kebaikan, nita jahat dibalas setimpalnya.

sticky? :eek: congrats mod:)cgrock
 

nicky81

Active+ Member
Joined
Nov 3, 2006
Messages
3,724
Reaction score
1
Points
25
Program Affiliate

Di dalam perniagaan konvensional, ada sesetengah pemilik perniagaan yang melantik jurujual-jurujual serta agen-agen untuk membantu mereka mempromosikan serta menjual produk mereka kepada orang ramai. Agen-agen yang berjaya membuat jualan pula, akan diberikan sedikit komisyen hasil daripada harga jualan produk tersebut.

Di internet, jurujual-jurujual serta agen-agen ini, dipanggil "affiliate".

Manakala, program affiliate pula, ialah sebuah program yang disediakan oleh pemilik-pemilik website perniagaan, bagi melantik individu-individu seperti anda untuk menjadi agen mereka. Proses pendaftaran sebagai agen kepada sesebuah program affiliate ini biasanya adalah percuma. Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk mendaftar sebagai agen mereka.

Setelah mendaftar sebagai agen di dalam sesebuah program affiliate, anda akan dibekalkan dengan satu URL yang mempunyai ID anda. Tugas anda, hanyalah mempromosikan URL tersebut. Apabila ada orang yang meng"klik" pada URL anda dan kemudiannya, membeli produk yang dijual di website tersebut, anda akan diberikan komisyen.

Itulah penerangan ringkas mengenai program affiliate, anda mendaftar sebagai agen di sesebuah website yang menjalankan "perniagaan internet", dan kemudiannya, mempromosikan URL affiliate ID anda. Jika ada pembeli, anda akan diberikan komisyen.

Satu ciri utama yang perlu anda tahu tentang program affiliate ialah, program affiliate yang sah tidak mempunyai banyak tingkat (tier). Maksimun tingkat (tier) yang dibenarkan untuk program affiliate hanyalah 2 tingkat (2nd tier) sahaja. Ini kerana, program affiliate lebih mengutamakan kepada jualan produk dan komisyen yang diberikan juga adalah berdasarkan hasil bilangan jualan produk, dan bukannya dari bilangan "downline" yang diperolehi. Jadi, jika ada website yang mendakwa mereka menjalankan program affiliate dan peringkat (tier) affiliate mereka lebih dari 2, iaitu kadangkala sehingga mencecah 5-8 peringkat. Usah sertai! Itu adalah skim piramid yang cuba memperbodohkan anda dengan istilah "Affiliate Program" .
Internet MLM

Kini, Industri MLM "Multi-Level-Marketing" juga tidak ketinggalan untuk menggunakan internet sebagai sebuah medium pemasaran. Banyak syarikat-syarikat MLM yang telah mempunyai website mereka sendiri serta turut menyediakan kemudahan pejabat secara maya untuk kegunaan ahli-ahli mereka.

Namun begitu, industri MLM pada masa kini sudah agak parah, ini kerana banyak syarikat-syarikat MLM telah dijangkiti oleh skim-skim piramid yang seringkali menggunakan "lesen AJL" untuk sesebuah syarikat MLM sebagai topeng mereka.

Komisyen yang sepatutnya dibayar berdasarkan "jualan produk" kini sudah ditukar dan dibayar berdasarkan "bilangan agen baru" yang dapat ditaja. Jadi, tidak hairanlah jika dilihat, mengapa penggiat-penggiat MLM masa kini, bermati-matian mencari ahli baru untuk di jadikan downline mereka daripada memasarkan & menjual produk-produk keluaran syarikat MLM itu sendiri.

Ayat-ayat jualan yang sepatutnya menerangkan tentang keistimewaan produk seperti "Produk ini berkualiti! berkhasiat dan dijamin halal" kini ditukar kepada "Jadilah jutawan MLM tanpa perlu menjual produk, tanpa perlu membuat "maintain" bulanan dan juga tanpa perlu datang mesyuarat setiap minggu!", "Hanya perlu daftar jadi ahli dengan yuran RMXXX dan cari 2-3 orang rakan sahaja! dan anda akan menjadi jutawan dalam masa beberapa bulan!"

Jadi, berhati-hati lah jika anda ingin menyertai mana-mana syarikat MLM di zaman ini, mempunyai "Lesen AJL" dari kementerian perdagangan sahaja belum mencukupi untuk membuktikan mereka adalah sebuah syarikat MLM yang tulen. Ini kerana, banyak syarikat-syarikat MLM yang mengemukakan pelan pemasaran yang berbeza sewaktu mereka ingin memohon lesen dari kementerian. Selepas dapat lesen, lain pula pelan pemasarannya. Sebab itulah, anda boleh lihat, pelan pemasaran yang diterangkan di dalam ceramah-ceramah mereka amat berbeza sekali dengan pelan pemasaran yang tercatat di dalam booklet keahlian mereka.
petikan dari:
Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Usah Tertipu Dengan Skim Pelaburan Haram
& Skim Cepat Kaya Di Internet!
http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=485&Itemid=100
 
Last edited:

nicky81

Active+ Member
Joined
Nov 3, 2006
Messages
3,724
Reaction score
1
Points
25
Program Randomizer

Ini pula satu program buat duit di internet yang menggabungkan "skim cepat kaya" & "program perjudian". Untuk membuat duit dari program ini, anda perlu "menderma" dan sekaligus mendaftar sebagai ahli mereka, dan kemudiannya, anda dikehendaki mencari rakan yang lain untuk turut "menderma" (menjadi mangsa) ke dalam program ini.

Kepada siapa wang anda perlu di"derma"kan? Pertama, kepada penganjur program tersebut, kedua.. kepada individu yang menjemput anda untuk menyertai program ini.. dan ketiga... kepada mana-mana ahli yang akan dipilih secara rawak oleh sistem. Ikut nasib... kalau nama anda terpilih, maka dapatlah duit.. kalau tidak.. cari lagi "mangsa" yang lain.
Program Forced Matrix

Ini pula skim piramid yang dijalankan di internet secara terang-terangan. Tetapi ramai yang tertipu dengan perkataan "forced matrix" yang digunakan, konon-kononnya, ianya adalah sebuah program yang canggih, maklumlah namanya pun sudah canggih. Hakikatnya, ianya adalah skim piramid. Di dalam program forced matrix ni, mangsa dikehendaki membayar duit sebagai ahli dan kemudiannya mencari 2-10 orang untuk dijadikan downline mereka. Mereka akan menyusun 5 orang pada level 1 dibawah mereka, setelah lengkap level 1 dengan 5 orang mangsa, maka mangsa yang ke-6 akan diletakkan di level ke-2 pula, pada level kedua ini, mereka perlu mencari seramai 25 orang mangsa. Begitulah seterusnya, semakin banyak level, semakin banyaklah mangsa yang diperlukan. Apa yang ahli-ahli program forced matrix ini tidak sedar ialah, program ini sebenarnya akan menjadi tepu pada level yang ke-13, itu pun jika seluruh penduduk dunia menyertainya. Tetapi, selalunya, ia akan tepu pada level yang ke 6 & 7. Mengapa? sebabnya.. tidak ramai orang-orang yang "bodoh" di internet yang mahu menyertai program-program seperti ini. Yang peliknya, mereka yang kurang bijak yang menyertai skim ini akan berkata "Tidak mengapa! Kita perlu berusaha dengan lebih kuat lagi mempromosikan program ini, insyallah... segala usaha kita akan berhasil!"... Usaha apanya? Program dah tepu... nak usaha apa lagi?
 

neverdie

Freshie
Joined
Sep 29, 2007
Messages
14
Reaction score
0
Points
3
sama² kita menilai & muhasabah perjalanan perniagaan kita ... nak join ke tak join ke itu bukan paksaan ... terpulang kpd keinginan & kebijaksanaan kita utk memilih pada program/syarikat yg di iklan kan . Forum di sini memang byk membantu ... terutama pada yg baru nak mendekatkan diri dalam bidang ni ... tapi kadang² yang senior pon terkena jugak .. dalam perbincangan sememangnya ada yang menyokong .. ada yang membantah ... sememangnya adat perbincangan .. kalau semua setuju .. dan tersilap langkah menanggung padah .. kalau semua membantah dan benda ni membawa keuntungan kita tengok ja la .. dan kita sbg rakyat malaysia sememangnya terkenal dengan budaya beradab sopan
 

akukaya2000

Fun Poster
Joined
Oct 27, 2007
Messages
228
Reaction score
0
Points
10

drzairie

Active Member
Joined
Dec 18, 2007
Messages
2,097
Reaction score
9
Points
30
selambe dek je ko buak program jual ebook jual mp3 alquran ...ko nih tak takut ke kene tangkap? ko bukak skim piramid beb..kene 1 juta
maaf yea tuan moderator kalau den silap masuk forum..den baru laie jadi member cg nih...setau sayolah sc takdo akta laie dengan program reseller nih sobab dio takdo buek ceramah rapat umum dan sebagainyo..cumo promosi url ajo dan ianyo tak menjadi kesalahan bagi pihak kpdnhep...tak taulah den kok den silap pulak..maaflah yo..den baru laie..tak tau apo apo pun..he he

:D :D :D :D #:-S #:-S
 

nicky81

Active+ Member
Joined
Nov 3, 2006
Messages
3,724
Reaction score
1
Points
25
bukan reseller tu yg salah...
cara tu yg salah...autodownline, forced matrix...take deposit without permit...ntah2 ape2..
mggunakan konsep reseller utk mengabui mata org lain...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register