abangpower
Active+ Member
- Messages
- 3,628
- Joined
- Sep 5, 2010
- Messages
- 3,628
- Reaction score
- 385
- Points
- 41
Assalamualaikum amigooos! Sempena covid19, aku yakin ramai kaki senam outdoor & gym teragak2 samada nak teruskan atau senam di rumah saja. Aku dh stop kayuh bskl tapi masih senam di rumah spt bodyweight cardio & full body workout dgn dumbell.
Bagi mereka yang ingin teruskan sessi senaman semasa pandemic coronavirus Covid-19 ini, berikut tip keselamatan dan amalan Kevin Zahri
Bagi mereka yang ingin teruskan sessi senaman semasa pandemic coronavirus Covid-19 ini, berikut tip keselamatan dan amalan Kevin Zahri
- Jika kurang sihat atau ada sebarang simptom jankitan coronavirus COVID-19, sila hindari dari menyertai mana-mana program, sessi atau tempat semanan yang melibatkan orang lain. Self-quarantine jika perlu dan dapatkan rawatan dan pemerikasaan doktor secepat mungkin.
- Anda sihat dan sertai group training? Pastikan anda jarakkan diri dengan rakan senaman yang lain.
- Semasa bersenam, elak apa-apa sentuhan dengan rakan senaman anda, termasuk lah partner workouts, body contact sports dll.
- Elak sentuhan muka sepanjang sessi senaman dan pakai facial mask jika sesuai.
- Jangan kongsi tuala dengan orang lain.
- Elak salam tangan atau high-five setelah sessi senaman selesai. Also elak selfies di mana kedudukan anda dengan rakan terlalu rapat.
- Online! Untuk program-program berkumpulan seperti Jom Kurus, sesuaikan keadaan dan alih aktiviti kepada online coaching, live video streaming, live chat, whatsApp video dan lain-lain.
- Elak mass workouts seperti larian, fiesta senaman, senam aerobik besar-besaran di mana sukar untuk anda mengawal keadaan.
- Jangan kongsi air minuman atau makanan dengan orang lain.
- Cuci tangan dan gunakan sanitizer terutamanya selepas selesai sessi senaman.