BTC USD 27,160.2 Gold USD 1,948.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Panda Zoo Negara Akan Kembali Ke China, Mei Ini

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
31.03.2023 - Kuala Lumpur, Orang ramai hanya memiliki tempoh kira-kira sebulan setengah untuk melihat aksi comel anak panda Yi Yi dan Sheng Yi di Zoo Negara, sebelum kedua-dua anak panda gergasi itu dihantar pulang ke China, Mei ini. Timbalan Pengarah Zoo Negara, [email protected] Ahmat Lana berkata kerajaan China telah memberi lampu hijau untuk Malaysia menghantar semula kedua-dua anak panda berkenaan, setelah ia tertangguh beberapa tahun akibat pandemik COVID-19.

"Bagaimanapun tarikh sebenar penghantaran masih belum diperoleh, namun mungkin pada pertengahan Mei ini. Anak panda ini akan dihantar terus ke Chengdu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Pasangan Panda Gergasi, Fu Wa dan Feng Yi dipinjamkan kepada kerajaan Malaysia pada 2014 untuk tempoh 10 tahun, sempena ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia dan China. Program pinjaman di bawah Perjanjian Kerjasama Pemuliharaan Panda Gergasi Antarabangsa itu, membolehkan Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan mengenai pemuliharaan Panda Gergasi, selain membangun dan melatih kepakaran tempatan.

Sehingga kini, pasangan panda berkenaan yang dinamakan semula sebagai Xing Xing dan Liang Liang, melahirkan tiga ekor anak panda, iaitu Nuan Nuan yang dilahirkan 18 Ogos 2015, Yi Yi (14 Jan 2018) dan Sheng Yi pada 30 Mei 2021. Nuan Nuan telah dihantar pulang ke China pada 2017. Mengikut perjanjian, setiap anak panda gergasi perlu dihantar pulang ke China apabila usia mencecah 24 bulan dan tidak melebihi usia empat tahun.

Kehadiran panda di Pusat Konservasi Panda Gergasi itu juga antara lain turut menyumbang kepada peningkatan jumlah pengunjung dan membantu meningkatkan pendapatan Zoo Negara.​

1680246282113.png
 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
42,331
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
42,331
Reaction score
3,806
Points
266
Awards
1

Penghantaran pulang Yi Yi, Sheng Yi ke China tangguh​

hm15pandas_1681570623.jpg


Kuala Lumpur: Penghantaran pulang anak panda Yi Yi dan Sheng Yi ke China yang dijadualkan pada bulan depan ditangguhkan, kata Timbalan Pengarah Zoo Negara, [email protected] Ahmat Lana.

Beliau berkata keputusan tersebut dibuat oleh Kerajaan China kerana kes Covid-19 di negara itu dilaporkan meningkat dan ketika ini masih belum ada tarikh rasmi untuk penghantaran pulang kedua-dua anak panda berkenaan.


"Tahun ini sudah dua, tiga kali ditangguhkan kerana situasi Covid-19 di China, namun kedua-dua anak panda ini tetap akan dibawa balik... mungkin penghujung tahun ini atau awal tahun depan, bergantung dengan keputusan Kerajaan China," katanya selepas ditemui pemberita pada majlis iftar bersama media dan penaja di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan anak panda Yi Yi dan Sheng Yi yang ditempatkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi, Zoo Negara akan dihantar terus ke Chengdu pada pertengahan Mei ini selepas ia tertangguh beberapa kali.

Yi Yi dan Sheng Yi adalah anak kepada pasangan Panda Gergasi, Fu Wa dan Feng Yi yang dipinjamkan kepada Kerajaan Malaysia pada 2014 untuk tempoh 10 tahun, sempena ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia dan China.

Program pinjaman di bawah Perjanjian Kerjasama Pemuliharaan Panda Gergasi Antarabangsa itu, membolehkan Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan mengenai pemuliharaan Panda Gergasi, selain membangun dan melatih kepakaran tempatan.

Sehingga kini, pasangan panda berkenaan yang dinamakan semula sebagai Xing Xing dan Liang Liang, melahirkan tiga ekor anak panda, iaitu Nuan Nuan yang dilahirkan 18 Ogos 2015, Yi Yi (14 Jan 2018) dan Sheng Yi pada 30 Mei 2021.

Nuan Nuan dihantar pulang ke China pada 2017.

[email protected] berkata ketika ini Yi Yi yang berusia lima tahun dan Sheng Yi yang bakal berusia dua tahun masing-masing mempunyai berat di bawah 50 kilogram.

Mengenai program perjanjian yang bakal berakhir melibatkan Fu Wa dan Feng Yi pada tahun depan, beliau berkata perkara itu sedang dibincangkan dengan Kerajaan China dengan syarat-syarat baharu.

"Dalam kontrak kita 10 tambah 10, jadi sekarang kerajaan kita sedang berunding untuk sambung kontrak itu mungkin tidak sampai 10 tahun lagi," katanya.

 
Sponsored Post

Top
Log in Register