BTC USD 61,304.0 Gold USD 4,252.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Panda pandai berselfie jadi viral

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg

Panda dirakam dengan aksi ayu.

nintchdbpict000294174271.jpg

image.jpg

image.jpg

Gambar-gambar yang menjadi tular di laman sosial apabila seekor panda menjadi pakar swafoto bersama seorang pelancong wanita.

CHENGDU - CHINA. Nampaknya panda kini juga sudah mempunyai kemahiran untuk berswafoto apabila beberapa keping gambar haiwan tersebut bersama seorang pelancong tersebar di laman sosial Weibo.

Panda yang dipanggil Meng Meng itu dilihat bukan sahaja ‘pose’ untuk kamera tetapi juga turut memegang tangan pelancong wanita tersebut seolah-olah mengajarnya untuk mendapatkan gambar yang lebih cantik.

Sejak gambar tersebut menjadi tular di laman sosial, ia telah dikongsi puluhan ribu pengguna laman itu yang menyukai aksi comel haiwan tersebut. lapor Boredpanda.

Malahan, Meng Meng juga kelihatan sudah serasi bersama dengan manusia apabila terdapat gambar yang menunjukkan kemesraan pelancong wanita dengan panda tersebut.

Mengambil gambar bersama panda merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan di Dujiangyan Panda Base di bandar Chendu.

Sementara itu, dengan kemasukan pelancong yang ramai ke pusat tersebut menjadikan haiwan-haiwan ini pakar swafoto yang sempurna.


http://www.sinarharian.com.my/global/bila-panda-juga-pandai-berswafoto-1.613444
 
Wow......itik ang aku dulu pandai gak selpie.

p/s:lepas tular, swafoto pulak...hanat taknak masok skali ke..
 
CHENGDU - CHINA. Nampaknya panda kini juga sudah mempunyai kemahiran untuk berswafoto apabila beberapa keping gambar haiwan tersebut bersama seorang pelancong tersebar di laman sosial Weibo.

Panda yang dipanggil Meng Meng itu dilihat bukan sahaja ‘pose’ untuk kamera tetapi juga turut memegang tangan pelancong wanita tersebut seolah-olah mengajarnya untuk mendapatkan gambar yang lebih cantik.

Sejak gambar tersebut menjadi tular di laman sosial, ia telah dikongsi puluhan ribu pengguna laman itu yang menyukai aksi comel haiwan tersebut. lapor Boredpanda.

Malahan, Meng Meng juga kelihatan sudah serasi bersama dengan manusia apabila terdapat gambar yang menunjukkan kemesraan pelancong wanita dengan panda tersebut.

Mengambil gambar bersama panda merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan di Dujiangyan Panda Base di bandar Chendu.

Sementara itu, dengan kemasukan pelancong yang ramai ke pusat tersebut menjadikan haiwan-haiwan ini pakar swafoto yang sempurna.


http://www.sinarharian.com.my/global/bila-panda-juga-pandai-berswafoto-1.613444

pandai panda baju biru tu berselfie..cantik pulak tu..
 
arituh gi zoo time weekday... aku dgn panda jerk dlm tuh.. xada owg ... rezeki aku tgk dorg dok bermain tanpa gangguan owg ramai... kekekeke
 
Tak mostahil najib akan pinjam panda ni plak lps ni.
 
ngeri pulak tgk kukunye
 
Back
Top
Log in Register