PANAZZ 020110-Saya sudah kahwin-Datuk Sosilawati Lawiya

CG Sponsors




Status
Not open for further replies.

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri
[email protected]



KUALA LUMPUR: “Saya sudah berkahwin,” kata usahawan produk kecantikan terkemuka, Datuk Sosilawati Lawiya, menyangkal dakwaan dia ditangkap khalwat pada malam tahun baru, kelmarin.

Sosilawati berkata, lelaki yang dilaporkan ditangkap berkhalwat bersamanya pada malam itu sebenarnya suaminya dan mereka sudah bernikah di luar negara.

“Kami pasangan suami isteri dan tidak timbul isu ditangkap khalwat. Namun, kami gagal menunjukkan surat nikah menyebabkan kami disyaki berkhalwat,” katanya ketika mengunjungi pejabat Harian Metro di sini, semalam.

Sementara itu, peguamnya, Datuk Zaidi Zain, ketika dihubungi mengesahkan pasangan itu sudah melangsungkan pernikahan bagaimanapun enggan memberikan maklumat terperinci kerana kes berkenaan masih dalam siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).


“Sosilawati dan pasangannya sudah berkahwin, namun atas sebab tertentu kami tidak dapat memberikan maklumat lanjut kerana kes ini dalam siasatan Jais dan anak guam saya juga masih menjalani satu lagi perbicaraan di mahkamah,” katanya.




Beliau berkata, pihaknya akan membuat pengumuman rasmi mengenai perkahwinan Sosilawati dan pasangannya satu hari nanti, namun perlu menunggu sehingga siasatan selesai.

“Kami tidak mahu membuat ulasan lebih panjang kerana ia hanya mengundang lebih banyak spekulasi. Yang penting mereka sudah berkahwin,” katanya.

Semalam, sebuah akhbar dalam talian melaporkan mengenai seorang usahawan produk kecantikan terkemuka dilaporkan ditangkap berkhalwat dengan seorang duda anak tiga berketurunan Indonesia pada malam tahun baru.

Usahawan berkenaan yang masih dalam proses menjalani majlis sulh (perbincangan) kes tuntutan RM1.38 juta ke atas bekas suaminya seorang penyanyi rock popular di Mahkamah Tinggi Syariah, ditangkap berkhalwat selepas mendapat aduan orang awam.

Serbuan itu dilakukan sekumpulan lapan individu dari sebuah institut pengajian tinggi awam yang diketuai seorang ustaz yang mendapat tauliah penguatkuasaan mencegah maksiat dan khalwat dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Menurut laporan itu, serbuan dilakukan pada jam 12.30 tengah malam di Astana Damansara Kondominium selepas mendapat maklumat daripada penduduk kawasan terbabit.

Hasil serbuan yang dilakukan di unit A2 kondominium berkenaan mendapati pasangan terbabit berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan.

Wanita itu mendakwa dia singgah ke kondo sewaan teman lelakinya itu selepas keluar makan malam untuk untuk berbincang mengenai majlis perkahwinan yang dijangka berlangsung pada minggu depan.

Usahawan kosmetik itu adalah bekas isteri kepada penyanyi kumpulan rock popular tanah air yang kemudian menjadi penyanyi solo.

Mereka berkahwin pada 16 November 2006 di Batu Pahat, Johor, namun bercerai pada 26 Mei 2009 selepas penyanyi berkenaan tidak lagi duduk sebumbung dengan usahawan kosmetik itu.

Kini mereka sedang menjalani majlis sulh (perbincangan) kes tuntutan harta RM1.38 juta oleh usahawan tersebut ke atas suaminya di Mahkamah Tinggi Syariah.

ps:apasal bercanggah dgn berita semalam..mane 1 betul ni ~X(
 
Last edited:
Sponsored Post

788

Active+ Member
Joined
Jan 18, 2009
Messages
4,601
Reaction score
18
Points
25
wayang ajer tu..kalau dah kawin tunjuklah surat nikah..aparaa..
 

LoneRanger

Active Member
Joined
Jan 30, 2009
Messages
2,028
Reaction score
13
Points
25
Hakikatnya memang patut Nash tinggalkan dia.
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
dah kurang 1 fitnah ttg sape ex isteri penyanyi rock tersebut

skrg ni nk konfomkn kesahihan perkahwinan dorang jer sbb berita semalam gtau mereka nk kwen mggu depan..hmm..ader duit,sume boleh..upah jer peguam ckp utk pihak dorang ...ngeee :D
 

azman1609

Active Member
Joined
Dec 25, 2009
Messages
1,970
Reaction score
0
Points
20
sekali imbas rupa dia ni cam Michael Jackson pun ade yek.....
 

ratusanRM

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,686
Reaction score
359
Points
131
nikah pun luar negara :-?:-? apa kes???


apa guna duit banyak2 tak nak nikah secara sah dalam malaysia.... dah takde jurunikah bertauliah kat malaysia ke? :(scam:mad:
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
nikah pun luar negara :-?:-? apa kes???


apa guna duit banyak2 tak nak nikah secara sah dalam malaysia.... dah takde jurunikah bertauliah kat malaysia ke? :(scam:mad:
bkn luar negara la..jiran sebelah..si suami org endon :eek:
 
Status
Not open for further replies.
Sponsored Post
Top
Log in Register