rakyat_jelata
Active+ Member
- Joined
- Dec 8, 2008
- Messages
- 3,387
- Reaction score
- 131
- Points
- 38
Soseh Soseh: Artis enggan pindah
Rap
SEBELUM ini ramai yang sudah tahu mengenai artis wanita jelita ini sudahpun putus cinta dengan kekasihnya yang juga anak seorang VIP.
Malah, SS difahamkan, bekas kekasih artis wanita popular ini sudahpun menemui penggantinya yang juga bekas personaliti TV tidak kurang cantiknya.
Namun, satu sumber memberitahu rakan SS, artis wanita ini masih lagi tinggal di rumah milik bekas kekasihnya itu sampai sekarang. Artis wanita itu dikatakan tetap berdegil untuk keluar dari rumah mewah itu sekalipun sudah diminta keluarga bekas kekasihnya.
Bekas kekasihnya pula, kata rakan SS, tidak sampai hati untuk berkeras, sekali gus meminta artis wanita itu keluar dari rumah berkenaan. Maklumlah, sebelum ini mereka pernah bercinta dan mempunyai impian untuk hidup bersama tapi sayangnya apa yang diimpikan itu tidak kesampaian. Artis wanita itu juga terpaksa menerima ketentuan Tuhan, hubungan mereka tidak sampai ke jenjang pelamin.
Sebenarnya, kata rakan SS lagi, kehidupan artis wanita berkenaan juga tidaklah semewah seperti gaya hidupnya yang dipaparkan pada masyarakat. Malah, punca perpisahannya dengan anak VIP itu juga kerana keluarga bekas kekasihnya itu tidak suka dengan gaya hidupnya yang bercita rasa tinggi itu.
Justeru, tidak hairanlah, kata rakan SS lagi, artis wanita ini terpaksa kembali menyemarakkan persada seni selepas berpisah dengan si kekasih untuk menyara kehidupan mewahnya itu.
Apa yang SS harapkan, artis wanita dan bekas kekasihnya itu mencari penyelesaian terbaik menyelesaikan masalah mereka berkaitan rumah yang menjadi lambang cinta suci mereka dulu.
Janganlah sampai isu berebut rumah menyebabkan mereka terpaksa turun naik mahkamah pula selepas ini. SS percaya, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.
.......... SAPE GERANGANNYER ?:-?:-?:-?