Panas : Adun BN dipujuk singkir MB Perak

CG Sponsors

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,411
Reaction score
11,151
Points
1,906
Komplot guling MB: Kalau ada, ia sangat *****

Diterbitkan 11 Dis 2018, 8:35 pagi | Dikemaskini 11 Dis 2018, 8:43 pagi

WAWANCARA | Hanya orang ***** yang berusaha mengganggu gugat kerajaan Perak selepas bertungkus-lumus menjatuhkan BN pada pilihan raya umum (PRU) lalu, kata Ahmad Faizal Azumu.

Menteri Besar Perak itu berkata dalam keadaan sekarang beliau tidak berpendapat ada dalam kalangan exco negeri itu sengaja mahu menjatuhkan kerajaan sekarang.

Justeru, katanya, dakwaan yang mengaitkan ada gerakan tertentu dalam kalangan PH berpakat mahu menyingkirkannya daripada jawatan menteri besar adalah mengarut.

“Kerajaan (sudah) berjalan dengan stabil, banyak polisi dan usaha kita telah menampakkan hasil.

"Secara jujur dan ikhlas, saya tak fikir ada mana-mana pihak ingin melemahkan atau menjatuhkan kerajaan PH sekarang.

“Kalau ada, it’s very silly (ia sangat *****).

"*****lah kita, dah susah-susah tubuhkan kerajaan, sekarang nak jatuhkan kerajaan pula.

"Saya tak fikir ada wakil rakyat atau exco PH Perak yang menjadi tidak bijak untuk jatuhkan kerajaan negeri,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Malaysiakini semalam.

Pusat pun kena tempias

Pada 25 Nov lalu, Ketua Pembangkang Perak Saarani Mohamad mendakwa wujud komplot melibatkan beberapa exco Perak yang cuba mengusulkan undi tidak percaya ke atas Ahmad Faizal di dewan undangan negeri itu.

Kira-kira 10 hari kemudian Saarani memberi gambaran bahawa individu dimaksudkan itu ialah Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Dr Abdul Aziz Bari.

Bagaimanapun wakil rakyat DAP bagi kawasan Tebing Tinggi itu menafikannya dalam satu sidang media.

Aziz Bari

Biarpun menegaskan dakwaan itu sebagai tidak berasas, Ahmad Faizal mengakui dakwaan itu bukanlah ringan.

Jika benar, katanya, ia tidak saja menyebabkan krisis di peringkat Perak, malah boleh mengheret kerajaan pusat, selain negeri lain yang dikuasai PH.

Ditanya sama ada beliau sudah bertemu dengan exco Perak bagi mendapatkan penjelasan, Ahmad Faizal berkata semua 10 exco negeri itu menyatakan sokongan kepadanya.

“Saya tak rasa (dakwaan itu) berlaku, tetapi jika benar, saya percaya majlis PH di peringkat pusat akan ambil tindakan.

"Ini bukan perkara main-main, ia akan memberikan kesan kepada PH peringkat pusat dan negeri-negeri yang lain,” tambahnya lagi.

Nak usik di sini sana

Sementara itu Ahmad Faizal berkata laporan dibuat kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan tersebut.

SPRM pula, katanya, sudah memanggil beberapa Adun Perak untuk disoal siasat berhubung perkara itu.

Bagi Ahmad Faizal, beliau tidak mahu terlibat dalam polemik politik sebaliknya mahu menumpukan sepenuh perhatiannya dalam melunaskan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya selaku menteri besar.

“Saya faham, mungkin kerana kedudukan kerusi yang begitu tipis, membuatkan ada pihak yang cuba-cuba hendak mengusik di sini dan sana.

"[...] Akan sampai masanya kita kembali berpolitik, apabila sudah dekat (akhir) penggal nanti, jadi pada tahun keempat itu kita mulalah balik (berpolitik)," jelasnya.

Tambah Ahmad Faizal, sekarang adalah masa untuk setiap orang sama-sama membuat kerja masing-masing dalam membina negeri, baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang.

“Di kalangan pemimpin PH pun saya selalu nasihatkan, kita sudah berjuang sekian lama untuk tubuh kerajaan. Kini hendak uruskan kejayaan itu bukan mudah.

“Buatlah kerja dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh. Rakyat akan tahu juga (akhirnya),” katanya lagi.

Temu bual ini turut disertai Al-Abror Mohd Yusuf, Abraham Sebastian dan Norman Goh.

https://www.malaysiakini.com/news/455622
 
Sponsored Post

BenVentures

Super Active Member
Joined
May 10, 2018
Messages
9,459
Reaction score
563
Points
121
I'm not pleasant either with his fake degree accusation which most probably is true. DAP once used Nizar to his bone & reaped what they wanted for long so there won't be another time. Peja won't budge easily by the threats. He has full support of Malays & i guess PH won't be ruling Perak for another term. Malays detest Aziz Bari for being a lapdog and to be honest if DAP keeps on pressuring, then why not having another state re-election. We'll see who's going to rule. But rest assured, Malay votes are with Peja.
So his degree was fake?
 
TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,694
Reaction score
21,087
Points
1,671
MB sedih kawan dalam Bersatu desak letak jawatan

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu tidak berasa tertekan dengan desakan lapan ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri ini yang mahukan beliau meletak jawatan.

Pengerusi Bersatu Perak itu berkata beliau ketika ini lebih memfokuskan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya menubuhkan kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

"Saya sedih jugalah apabila kawan-kawan (dalam parti) suruh saya letak jawatan tetapi saya masih okay sebab saya sudah kerap kali disuruh letak jawatan daripada mula-mula menjadi pengerusi Bersatu (negeri) sebelum kita belum menubuhkan kerajaan negeri.

"Namun, saya sentiasa cuba (melaksanakan tugas) dengan seikhlas mungkin kerana saya bukan orang yang sempurna, tentunya ada kelemahan tetapi saya yakin kepada mereka yang mendukung semangat perjuangan parti seterusnya membantu saya memperkuatkan parti agar kita dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," katanya.

Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Pakatan Harapan negeri berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengumuman strategi perniagaan baharu Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh hari ini.

Ahad lepas, lapan ketua bahagian Bersatu iaitu Beruas, Bagan Serai, Lenggong, Gerik, Teluk Intan, Tapah, Batu Gajah dan Larut yang menerima notis pembuburan bahagian masing-masing mendesak Ahmad Faizal meletakkan jawatannya kerana didakwa gagal dan tidak mampu mentadbir urus parti berkenaan dengan baik sehingga menimbulkan pelbagai masalah di peringkat akar umbi.

Pembubaran bahagian

Menurut Ketua Bahagian Gerik, Ibrahim Hanafiah mendakwa perkara paling ketara ialah pembubaran beberapa bahagian parti itu di negeri ini yang dikatakan tidak mengikut perlembagaan parti selain alasan pembubaran yang tidak benar antaranya jawatankuasa bahagian tidak lagi berfungsi, tidak aktif dan anggotanya tidak dapat dikesan.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata tindakan majlis tertinggi parti yang membubarkan beberapa bahagian di negeri ini adalah sah mengikut perlembagaan parti.

"Saya hadir dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi itu yang membubarkan beberapa bahagian dan itu adalah satu keputusan bersama dan bukannya hanya semata-mata keputusan satu atau dua orang pemimpin, ia adalah keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi parti.

"Saya tidak fikir apabila keputusan kepimpinan untuk membubarkan (bahagian) kita, tiba-tiba itu bukan keputusan yang tepat, tetapi apabila kepimpinan melantik kita untuk sesuatu jawatan, ia adalah keputusan yang tepat. Ini bukanlah satu semangat politik yang nak dibawa oleh parti," katanya.

Pada 12 Februari lepas, Ahmad Faizal juga menyatakan bahawa pembubaran itu diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti 29 Januari lepas sebagai antara usaha dari segi pentadbiran untuk memperkemaskan jentera parti. - MK

raynasofia

Permanently Banned, Multiple Account azriff
Joined
Aug 31, 2010
Messages
5,375
Reaction score
330
Points
81

huru hara bhaii PH ni.. semua gila kuasa.. DAP sah2 mengidam jawatan MB Perak ni.. Aoyaiii la Pakatan Fake Degree ni..
 
BenVentures

Super Active Member
Joined
May 10, 2018
Messages
9,459
Reaction score
563
Points
121
huru hara bhaii PH ni.. semua gila kuasa.. DAP sah2 mengidam jawatan MB Perak ni.. Aoyaiii la Pakatan Fake Degree ni..
Dont blame Dap. Faizal Azumu himself never come clean about his degree until he was caught by netizen. Aziz Bari is far more experienced than him and Aziz Bari got a GENUINE degree!
 
t3rdtier

Active+ Member
Joined
Oct 21, 2010
Messages
3,084
Reaction score
127
Points
33
Dont blame Dap. Faizal Azumu himself never come clean about his degree until he was caught by netizen. Aziz Bari is far more experienced than him and Aziz Bari got a GENUINE degree!
aziz bari pencacai dap.. mesti la hg sokong.. bod0 punya kelin..
 
d_conan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 24, 2011
Messages
24,174
Reaction score
866
Points
161
Dont blame Dap. Faizal Azumu himself never come clean about his degree until he was caught by netizen. Aziz Bari is far more experienced than him and Aziz Bari got a GENUINE degree!
kerusi dap plg byk di perak slps bn.. so dap taiko la kat perak.. yg lain menumpang je.. so dap la mastermind
 
TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,694
Reaction score
21,087
Points
1,671
Najib Razak
1 hr ·

Rancangan DAP untuk ambil alih Menteri Besar Perak sudah bermula?

Peja dah sampai masa untuk dipancung, kata dia.

=====

Aziz Bari tepis klip beliau cerita rancangan singkir MB Perak

PETALING JAYA: Exco Perak Aziz Bari menepis klip video memaparkan beliau menceritakan strategi untuk menyingkir Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu, setahun selepas pemimpin PPBM itu menyangkal khabar angin mengatakan beliau akan digantikan.

“Bila sidang Dewan Undangan Negeri sahaja timbul isu nak menjatuhkan menteri besar…saya dah sebut banyak kali dah saya tak terlibat,” kata Aziz kepada pemberita hari ini.

Ahli akademik yang menjadi ahli politik itu menyertai DAP pada 2015 dan seorang Adun penggal pertama.

Dalam video lima minit yang dimuatnaik di YouTube oleh penulis blog, Raja Petra Kamarudin, Aziz didengar merujuk kepada seorang lelaki PPBM yang bergelar “Haji”, yang memberitahunya mereka mahu menggantikan Faizal.

“Dia cadangkan saya (sebagai menteri besar baru), saya kata ‘okaylah’. Lepas jumpa ada orang yang cukup ini, akan jumpa dengan Tuanku (Sultan Perak),” kata Aziz yang berdepan seseorang yang tidak dikenali.

Beliau juga mendakwa ada bercakap dengan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub bagi mendapat sokongan daripada enam Adun parti itu di Perak.

Katanya, dengan sokongan PKR, dia boleh mendapat sokongan 28 Adun Perak.

Aziz juga berkata rakan-rakan exconya, bekas menteri beasr Mohamad Nizar Jamaluddin serta Asmuni Awi, yang kini bersama Amanah, tidak layak untuk jawatan MB.

“Dia ini jenis macam anak raja tahu atau tidak. Mereka bukan pejuang jalanan, saya tidak katakan saya pejuang jalanan, tetapi sekurang-kurangnya saya lebih baik daripada mereka,” katanya.

Mengatakan beliau mempunyai hubungan baik dengan Istana Perak, Aziz berkata seseorang bernama Annuar Zaini memberitahunya bahawa beliau disukai Sultan Perak.

Aziz sementara itu berkata beliau cuba mengatur satu sidang media bersama Faizal bagi mematahkan khabar angin tentang suatu komplot.

“Saya masih menunggu sampai sekarang. Jadi pada saya tidak ada isu dan saya tidak akan melatah sebab saya banyak kerja lain.

“Saya dah jawab benda ini tahun lepas lagi dan tak berlaku pun undi tidak percaya.”

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,436
Reaction score
721
Points
121
Teruk dah PH ni..ni citer Perak..kt thread 1 lg geng PKR bergaduh.. Tak lama hidup la geng2 gelojoh gila kuasa ni
 
Sponsored Post
Top
Log in Register