BTC USD 44,086.7 Gold USD 1,770.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pameran Kerjaya GRADUAN Aspire, Secara Maya Bermula 9 Julai

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
1625716502972.png


Setiap tahun para graduan diberi peluang meneroka dunia korporat dan kerjaya idaman menerusi pameran kerjaya GRADUAN Aspire. Walaupun masih dalam tempoh PKP, usah khuatir kerana anda masih boleh menyertainya. Tahun ini, GRADUAN Aspire 2021 rasmi akan dianjurkan secara maya bermula tarikh 9 hingga 12 Julai 2021.

Untuk pengetahuan, pameran ini disertai pelbagai organisasi dalam negara yang akan memperkenalkan budaya korporat mereka. Peserta juga boleh sertai pelbagai sesi bimbingan kerjaya menarik melalui webinar. Seterusnya, pelbagai jawatan kosong juga akan ditawarkan dalam pameran ini. Jadi, peserta yang sedang mencari kerja boleh terus memohon dan sertai temu bual bersama majikan secara maya.

Screenshot-2021-07-07-173251.jpg


Dalam pada itu, peserta juga boleh meluaskan rangkaian kerja melalui perbincangan bersama peserta-peserta lain. Selain organisasi terkemuka, pameran ini juga akan dihadiri banyak universiti untuk anda yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke pascasiswazah. Kepada para graduan yang masih mencari kerja atau perlukan bimbingan kerjaya, siapkan resume sekarang dan sertai GRADUAN Aspire 2021 di https://graduan.com/aspire.

 

CG Sponsors




Top
Log in Register