BTC USD 23,904.8 Gold USD 1,787.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Palm Kernel Deoiled Meal - makanan berkhasiat untuk lembu/kambing

munetsman

Fun Poster
Messages
135
Joined
Jan 31, 2008
Messages
135
Reaction score
0
Points
10
Salam sume.. kt sini sy nk offer satu produk makanan ternakan baru yg berada dipasaran iaitu Palm Kernal Deoiled Meal atau lebih dikenali sebagai PKM.. makanan ni lebih kurang sama seperti PKC atau lain2 jenis dedak tetapi mempunyai khasiat yg tinggi.. dedak ni sesuai utk makanan lembu dan juga kambing.. sila baca artikel dibawah ini..


MAKANAN TERNAKAN BERASASKAN ISIRONG KELAPA SAWIT (PALM KERNEL)

Penggunaan makanan ternakan berasaskan isirong kelapa sawit (palm kernel) telah lama digunakan selain daripada makanan ternakan berasaskan kacang soya, jagung, beras dan bijirin. Penghasilan makanan dari isirong kelapa sawit menjadi pilihan penternak kerana ianya murah, mempunyai kandungan tenaga dan protein yang terbaik, kelembapan yang rendah serta serat yang berkualiti tinggi. Selain itu, faktor bahan mentah yang banyak dan mencukupi meyakinkan penternak untuk menggunakan produk makanan ternakan berasaskan isirong kelapa sawit kepada ternakan mereka.

Di antara makanan ternakan berasaskan isirong kelapa sawit yang terdapat di dalam pasaran ialah Palm Kernal Cake (PKC). Ianya dihasilkan dari proses penghasilan minyak kelapa sawit yang menggunakan kaedah pemerahan tekanan (screw pressing method) bagi menghasilkan minyak mentah kelapa sawit. Kaedah ini mengakibatkan penjanaan haba yang tinggi dan menyebabkan pengurangan kandungan protein dan khasiat. Jangkahayat PKC adalah tidak tahan lama disebabkan lebihan minyak yang teroksida yang terhasil dari proses tersebut. Selain itu, keadaan rupa bentuk PKC adalah kasar, tajam dan keras boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pencernaan makanan haiwan ternakan.

PKM adalah merupakan satu ramuan makanan ternakan berasaskan isirong kelapa sawit yang dihasilkan khas bagi meningkatkan produktiviti ternakan. Ianya sangat berkhasiat untuk tumbesaran ternakan kerana kaya dengan nutrisi dan serat. Ternakan memerlukan makanan yang dapat menampung keperluan khasiat yang cukup dan seimbang dalam tumbesaran. Dengan itu, PKM adalah merupakan makanan yang paling sesuai bagi ternakan untuk membesar dengan baik dan mempunyai ketahan melawan penyakit.

Penghasilan PKM adalah berbeza dari PKC iaitu ianya melalui kaedah pengekstrakan larutan (solvent extraction method) yang menjamin kandungan mineral dan khasiat dalam PKM. Isirong kelapa sawit dikisar sehalus 0.3 mm, sebelum proses pengekstrakan minyak kelapa sawit berkualiti tinggi dilakukan. Kaedah ini hanya menghasilkan haba yang minimum, lantas mengekalkan kandungan nutrisi seperti protein dan menghasilkan makanan ternakan berbentuk serbuk yang halus dan lembut. Jangkahayat PKM adalah lebih lama berbanding dengan PKC.

Kelebihan penggunaan PKM

PKM dapat menghasilkan kadar tumbesaran yang optimum dengan lebih cepat berbanding PKC. Selain itu, haiwan ternakan menjadi aktif dan cergas serta mempunyai kepadatan daging yang tinggi. Hasil pencerapan menunjukkan kadar kelahiran telah meningkat dan kadar kematian kelahiran di dapati menurun. Haiwan ternakan juga mempunyai daya tahan melawan penyakit yang tinggi. PKM juga adalah merupakan satu-satunya produk makanan ternakan yang mendapat pengesahan status HALAL dari JAKIM.


Detail-detail pasal PKM ni sy tak dpt nk upload terus kt sini sbb dia dlm bentuk table form.. so geng2 sumer leh ler baca dengan melawat ke link seperti dibawah ni..
http://www.mediafire.com/?djhtzymh9xu

sebagai wakil jualan PKM bagi pihak Aima Agro Farm.. sy sedikit sebanyak boleh menjawab sebarang persoalan mengenai PKM ni.. jika sesiapa yg ingin memesan PKM ni.. boleh terus contact dengan sy..

sy sendiri pun telah guna PKM ni sebagai makanan lembu2 sy kt kandang.. 100% PKM.. selepas 3 hari mencuba.. sudah nmpk perubahan kpd lembu2 tersebut.. semakin kuat.. kurang tahi dan keras.. bulu semakin cantik.. dan yg pasti selepas sebulan.. kita akan nmpk perubahan yg jelas dr segi saiz badan lembu yg semakin membesar..

jd sesiapa yg berminat boleh ajukan apa2 persoalan mengenai PKM ni kt tread ni.. ataupun telefon terus sy.. atau ada yg ingin order terus pun lg baik.. insyaallah ternakan anda semua akan semakin membesar, produktif dan sihat..

harga: RM23/beg, 1 beg = 35kg.. tidak termasuk penghantaran.. kos penghantaran bergantung kepada jarak dan tempat..

sekian..
 
Sponsored Post

munetsman

Fun Poster
Messages
135
Joined
Jan 31, 2008
Messages
135
Reaction score
0
Points
10
jika sesiapa yg ingin melihat hasil pkm ni terhadap lembu dn daging.. boleh hubungi saya.. insyaallah saya akan bawak dan tunjukkan hasil drp pkm ni kpd anda.. lembu semuanya besar2 belaka..
 

munetsman

Fun Poster
Messages
135
Joined
Jan 31, 2008
Messages
135
Reaction score
0
Points
10
insyaallah nnt sy akan uploadkan gambar lembu dan kambing yg diberi mkn pkm ni.. supaya anda semua boleh percaya dgn hasilnya..
 

rosdirahmat

Freshie
Messages
1
Joined
Feb 21, 2022
Messages
1
Reaction score
0
Points
3
insyaallah nnt sy akan uploadkan gambar lembu dan kambing yg diberi mkn pkm ni.. supaya anda semua boleh percaya dgn hasilnya..
Pellet PKM UTK kambing harganya sama juga yer boss... Lokasi boss area mana yer...jika hantar ke Raub Pahang berapa harga pos n pellet...nak try dulu beli 1 ke 2 beg nak tgok kambing suka MKN atau x..jika ok pasti Oder kuantiti lebih LG... 01114513483 ... Jika sy nak JD ejen jual sekitar kwsn sy juga boleh kan boss..boleh whatsapp sy..rosdi
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register