Pakistan VS India (Kahsmir) | Terkini - Is Kashmir becoming Palestine?

CG Sponsors




Sponsored Post

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
15,519
Reaction score
2,906
Points
236
India Sekat Kemasukan Ahli Parlimen British Kritik Kerajaan

19.02.2020 - New Delhi, INDIA semalam telah menyekat kemasukan seorang Ahli Parlimen dari United Kingdom yang dikatakan lantang mengkritik tindakan kontroversi negara itu menarik balik status khas wilayah Kashmir tahun lalu.

Debbie Abrahams yang mempengerusikan grup parlimen berhubung Kashmir berkata beliau tidak diberikan e-visa standard setibanya di Lapangan Terbang Indira Gandhi, Delhi.

Pegawai-pegawai imigresen enggan menjelaskan sebab tindakan itu diambil, lapor bbc.com.

Tahun lalu Debbie telah menyuarakan kebimbangan berikutan tindakan India menarik balik autonomi bagi sebahagian dari wilayah Kashmir yang ditadbirkan oleh negara itu.

Tindakan India itu disambut baik dengan meluas di India, tetapi beberapa negara membantahnya .

Debbie yang merupakan Ahli Parlimen kawasan Oldham East dan Saddleworth melakukan kunjungan peribadi ke India dengan menaiki sebuah pesawat Emirates apabila beliau dimaklumkan tentang tindakan imigresen India itu.

Beliau berkata setiba beliau di kaunter imigresen seorang pegawai telah mengambil pasportnya dan menghilangkan diri selama 10 minit sebelum muncul kembali dan dengan biadab menengking beliau dan mengarahkan beliau mengikutnya.

Seterusnya beliau bertanyakan kepada beberapa pegawai imigresen di situ sebab visa beliau ditolak, tetapi tiada siapa pun dapat memberikan jawapan.

Ahli politik British itu kemudian dibawa ke sebuah lokap imigresen sebelum dihantar ke Dubai.



Berita asal https://www.bbc.com/news/business-51499776
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Top Poster Of Month
Joined
Nov 9, 2008
Messages
37,529
Reaction score
2,743
Points
201
Kashmir showdown | DW Documentary


 
Sponsored Post
Top
Log in Register