Pakistan VS India (Kahsmir) | Terkini - Is Kashmir becoming Palestine?

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
38,800
Reaction score
2,841
Points
201


Reuters

Srinagar (India): Kumpulan militan meningkatkan serangan di Kashmir sementara polis menasihatkan anggotanya supaya tidak pulang ke rumah, ketika keganasan melonjak selepas tentera didakwa mengikat seorang lelaki di hadapan kenderaan mereka sebagai perisai manusia.

Polis memfailkan kes terhadap tentera berhubung kejadian seorang pembuat selendang berusia 24 tahun ditahan pada 9 April lalu sebelum diikat di depan kenderaan askar dan berarak di beberapa kampung.

Rakaman video kejadian itu tersebar meluas di media sosial.


Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Rajesh Kalia berkata: “Kami sedang menentukan kesahihan video itu dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang bersalah.”

Tunjuk perasaan diadakan minggu lalu susulan pilihan raya kecil bertukar menjadi kucar-kacir sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh.

Sementara itu, semalam, polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan protes terhadap serbuan polis di sebuah kolej, Sabtu lalu, yang menyebabkan 50 pelajar cedera.
 
Last edited:
Sponsored Post

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,906
Reaction score
581
Points
161
Video pun belum tentu sahih.

Kalau video palsu, siapalah punya kerja nak buat rusuhan camni.
 

m0mo~

CG Top Poster Club
Platinum Member
ForexMart Fans
Joined
Oct 4, 2012
Messages
35,307
Reaction score
387
Points
136
dunia makin kacau bilau
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
38,800
Reaction score
2,841
Points
201
Berebut Kashmir, wilayah "Switzerland Asia" terus bermandi darah


Seorang penduduk di perkampungan Korotana, Jammu Kashmir sedih semasa meninjau kemusnahan di kawasan rumahnya akibat daripada pertempuran askar India dan Pakistan yang memuncak sejak seminggu lalu. - Gambar Ap

KASHMIR: Sejak lebih tiga dekad lalu, sengketa membabitkan India dan Pakistan kerana berebut Kashmir, sebuah wilayah indah dianggap "Switzerland Asia" tidak pernah surut.

Setiap minggu, ada laporan mengenai kematian dan siri pertempuran baharu. Mereka yang maut terdiri daripada orang awam dan anggota keselamatan kedua-dua buah negara.

Dalam siri pertempuran terbaharu, masih lagi bersangkut-paut dengan isu merebut Kashmir, ia terus memuncak apabila mencatatkan peningkatan angka korban.

Dalam pertempuran pada Jumaat, tiga orang awam dan seorang askar terbunuh.

Pertempuran itu berlanjutan memasuki hari ketiga apabila ada nyawa melayang.

Menurut pihak berkuasa India, sepuluh orang awam dan dua lagi tentera India turut alami kecederaan.

Pertikaian antara kedua-dua pihak berkuasa India dan Pakistan itu berlarutan yang menyaksikan penduduk di wilayah Kashmir semakin tertekan dengan pertempuran yang berlaku.

Perunding Hal Ehwal Luar India Raveesh Kumar sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang menuduh Pakistan mencabuli genjatan senjata yang dipersetujui sebelum ini.

India juga menuduh Pakistan bertindak melakukan serangan terlebih dahulu dengan India terpaksa bertindak balas.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan Pakisatan.

Sejak 1989, hampir 70,000 orang terbunuh dalam putaran keganasan, yang kebanyakannya dicetuskan oleh tindakan keras tentera India.

Pakistan dan India pernah hampir terjerumus dalam perang sebanyak tiga kali kerana isu Kashmir.

Siri usaha untuk mengembalikan keamanan mutlak di Kashmir di peringkat diplomasi dua negara sejak beberapa tahun lalu tidak membuahkan hasil.

Dalam satu tinjauan sebelum ini, warga Kashmir lebih berminat untuk berada di bawah Pakistan, keputusan yang dianggap India satu bentuk bantahan dan perlu diperangi oleh mereka.

http://www.astroawani.com/berita-du...-switzerland-asia-terus-bermandi-darah-166136
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
38,800
Reaction score
2,841
Points
201
India, Pakistan bertempur di Pakistan


ANGGOTA Pasukan Keselamatan Sempadan India (BSF). - Foto EPA​
SRINAGAR, India: Pertempuran antara tentera India dan Pakistan di wilayah yang dipertikai, iaitu Kashmir memaksa ratusan penduduk melarikan diri, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai gencatan senjata selama 15 tahun antara kedua-dua negara.

Bagaimanapun, punca pertempuran di Garisan Kawalan (LoC) yang memisahkan wilayah Himalaya yang sebahagian besarnya dihuni penduduk Islam, pada Sabtu lalu itu tidak diketahui.

Ketegangan di wilayah itu memuncak sejak awal bulan ini, susulan serangan ke atas kem tentera India di Kashmir yang mengorbankan enam anggota tentera.

India menuduh Pakistan sebagai dalang serangan berkenaan dan mahu negara jirannya itu 'membayar' atas segala yang berlaku.

Superintendan, Imtiaz Hussain, berkata peluru artileri yang dilancarkan oleh tentera Pakistan menimpa kawasan Uri dan ia mendorong ratusan penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Insiden itu memaksa tentera India melancarkan serangan balas, iaitu yang pertama sejak gencatan senjata pada 2003.

Imtiaz berkata, serangan itu memaksa pihak berkuasa Pakistan mengarahkan penduduk kampung di kawasan berhampiran LoC lari menyelamatkan diri mereka.

"Kira-kira 700 penduduk kini berlindung di sekolah di Uri," katanya. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2018/02/392738/india-pakistan-bertempur-di-pakistan
 

abah5851

Active Member
Joined
Dec 5, 2014
Messages
2,417
Reaction score
116
Points
43
perang je lah..kompem usa cover india...bagi pakistan hapus..settle masalah..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register