BTC USD 63,018.9 Gold USD 1,744.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pakistan VS India (Kahsmir) | India, Pakistan agree to truce over disputed

Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
Pegawai tentera India dituduh letak senjata pada mayat buruh di Kashmir

SRINAGAR (INDIA): Polis India semalam menuduh seorang pegawai tentera dan dua rakannya meletakkan senjata pada mayat tiga buruh yang terbunuh di Kashmir, supaya mereka kelihatan seolah-olah pihak militan dalam satu pertempuran dikatakan berlaku pada Julai lalu.

Sebelum ini, pihak tentera mendakwa tiga lelaki berkenaan terbunuh dalam pertempuran membabitkan senjata api di perkampungan Amshipora yang terletak di selatan Kashmir, dan tiga senjata turut ditemui pada mereka.

Malah, ketiga-tiga mayat berkenaan dilaporkan turut ditanam secara tergesa-gesa di sebuah kawasan sempadan yang terpencil.

Keluarga tiga lelaki terbabit yang tinggal di kawasan pergunungan terpencil, Rajouri, hanya mengenal pasti mereka kira-kira sebulan kemudian berdasarkan gambar yang tersebar dalam media sosial.

Keluarga mereka mendakwa, ketiga-tiga lelaki itu sekadar mencari peluang pekerjaan di ladang epal di Kashmir.

Kontroversi terbabit mencetuskan penyiasatan berasingan oleh tentera India yang memiliki lebih 500,000 askar di Kashmir, serta pihak polis.

Polis juga memaklumkan, mereka hanya diberitahu mengenai pertempuran didakwa itu selepas insiden kematian terbabit di mana ia melanggar peraturan ditetapkan.

Menurut polis dalam satu kenyataan, semalam, pegawai tentera itu bersama dua lagi didakwa 'meletakkan senjata serta bahan berkaitan yang diperoleh secara haram, pada mayat tiga lelaki terbabit selepas menghapuskan identiti dan menandakan mereka sebagai pengganas tegar.'

Minggu lalu, pihak tentera memaklumkan, pengumpulan bukti kes itu telah selesai dan tindakan lanjut akan menyusul.

Berikutan siasatan dijalankan, ketiga-tiga mayat terbabit digali semula pada September lalu dan dipulangkan kepada keluarga mereka selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan.

Menurut kenyataan polis itu lagi, Kapten Bhoopendra Singh sudah didakwa dengan pertuduhan membunuh, konspirasi serta kesalahan lain, dan kini berada bawah penahanan pihak tentera.

Dua 'sumber' orang awam yang didakwa berada bersamanya ketika kejadian itu pula ditahan polis.

Menurut kenyataan berkenaan, mahkamah telah bertanya kepada pihak tentera sama ada pegawai dituduh itu harus dibicarakan di mahkamah awam atau dihadapkan ke mahkamah tentera.

Mengikut Akta Kuasa Khas Angkatan Bersenjata, iaitu undang-undang darurat dilaksanakan di Kashmir sejak 1990 berikutan tercetusnya pemberontakan, pasukan pemerintah yang ditempatkan di rantau berkenaan tidak boleh dibicarakan di mahkamah awam kecuali dengan persetujuan kerajaan New Delhi.

Namun, kebenaran sedemikian tidak pernah diberikan sejak tiga dekad lalu walaupun polis sudah membuat puluhan permintaan berkenaan selepas menjalankan siasatan terhadap tindakan pasukan keselamatan. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
INDIA-KASHMIR-UNREST_1609422883.jpg

Tentera India berdiri di sisi mayat yang disyaki militan selepas selama 20 jam di pinggir bandar utama wilayah Srinagar. - Foto AFP

Tentera India dakwa remaja terbunuh pemberontak Kashmir

SRINAGAR: Waris dua remaja dan seorang lelaki yang terbunuh dalam dalam insiden tembakan di Kashmir yang ditadbir India, semalam menafikan ahli keluarga mereka adalah anggota militan, dalam protes yang jarang berlaku di wilayah Himalaya yang sedang bergolak.

Polis berkata, ketiga-tiga mereka terbunuh dalam pertempuran senjata selama 20 jam di pinggir bandar utama wilayah Srinagar selepas mereka terkurung dalam sebuah rumah pada Selasa lalu.

"Pengumuman berulang kali dibuat kepada pengganas yang bersembunyi supaya meletakkan senjata haram mereka dan menyerah diri.

"Tetapi sebaliknya, pengganas yang bersembunyi melepaskan tembakan terus menerus ke arah polis," kata polis dalam satu kenyataan.

Anggota keluarga ketiga-tiga mangsa itu membantah kenyataan itu dan melakukan protes di luar bangunan polis di Srinagar di mana kesemua mayat itu disimpan.

"Sekitar jam 10 pagi semalam (Selasa), dia minum teh dengan saya," kata Bashir Ahmad Ganai, datuk kepada seorang pemuda yang terbunuh, Aijaz Maqbool kepada wartawan.

"Kami tidak tahu dari mana dia dijemput dan kemudian dibunuh. Apa yang sedang terjadi di Kashmir?" kata Ganai.

Sementara itu, keluarga dua mangsa lain, iaitu masing-masing seorang pelajar sekolah menengah Athar Mushtaq dan tukang kayu Zubair - juga menegaskan anak mereka tidak bersalah.

Ibu bapa pelajar itu menyatakan mereka sedang dalam perjalanan untuk menerima tuisyen swasta di Srinagar.

Polis menegaskan dua daripadanya adalah 'sekutu pengganas tegar' dan yang ketiganya dipercayai menyertai kumpulan pemberontak.

Usia sebenar ketiga-tiga mereka yang terbunuh tidak didedahkan.

Sebelum ini tentera India mendakwa ketiga-tiga lelaki yang terbunuh dalam pertempuran bersenjata di kampung Amshipora, dan senjata itu dijumpai di atas badan mereka.

Bagaimanapun, pada Ahad, seorang pegawai tentera India dan dua rakannya dituduh menanam senjata di badan mangsa supaya kelihatan mereka seperti militan.

Sejak Januari, sekurang-kurangnya 180 militan dibunuh oleh pasukan kerajaan, menurut laporan AFP.

Kumpulan hak asasi berkata, ganjaran tunai diberikan kepada pasukan kerajaan yang membunuh pengganas dan undang-undang ketenteraan darurat membantu melancarkan pelanggaran hak, namun pihak berkuasa menolak dakwaan itu.

Di bawah Akta Kuasa Khas Angkatan Bersenjata, pasukan kerajaan yang dikerahkan di wilayah itu tidak dapat dibicarakan di mahkamah sivil kecuali jika New Delhi bersetuju. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601

After months of hostilities, India and Pakistan have agreed to a truce along their disputed border in Kashmir. Both sides have agreed to observe the 2003 ceasefire agreement along the Line of Control. Numerous violations over the years have left hundreds of civilians dead.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601

As India and Pakistan issued a joint statement agreeing to observe a ceasefire agreement along the Line of Control (LoC) in Jammu and Kashmir, Shekhar Gupta explains what led the two sides to make this move, why it's significant and what next
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601

The United States has welcomed the joint statement of India and Pakistan to hold ceasefire along the Line Of Actual Control ( LoC) and also to maintain peace and harmony. US labelled it as a 'positive step' towards greater peace in the South Asian region.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601

Three suspected rebels have been killed in a gunfight in Indian-administered Kashmir. Security forces raided a village, and there were confrontations with residents after police destroyed a house during the operation.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601

Mohammad Saleem Akhoon a territorial Army soldier who was on leave was shot dead by two terrorists in Jammu & Kashmir.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register