BTC USD 63,011.3 Gold USD 1,745.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pakistan VS India (Kahsmir) | India, Pakistan agree to truce over disputed

Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
INDIA-KASHMIR-UNREST-STRIKE_1604241470.jpg

Anggota tentera India berkawal di Srinagar, Kashmir. - Foto AFP

896635-j-k-terrorist.jpg

Hizb-ul-Mujahideen's Kashmir chief, Saifullah Mir aka Ghazi Haider

ElwG8EQX0AUK-NZ.jpg




Polis India tembak pemimpin pemberontak Kashmir

SRINAGAR: Pasukan keselamatan India menembak mati pemimpin kumpulan militan terbesar di Kashmir hari ini, menurut pihak berkuasa.

Pemimpin Hizbul Mujahidin, Saifullah Mir, juga dikenali sebagai Musaib atau Doktor Saif, terbunuh dalam pertempuran bersenjata di daerah Rangreth di Srinagar, berhampiran lapangan terbang utama

Menurut pihak polis, dia ditembak ketika merawat militan yang cedera dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan India manakala salah seorang rakannya berjaya ditahan.

Kumpulan pemberontak berjuang sejak berdekad lalu untuk menuntut kemerdekaan Kashmir atau penggabungannya dengan Pakistan dan mendapat sokongan meluas.

Pergolakan sejak 1989 itu menyebabkan puluhan ribu orang maut, kebanyakannya orang awam.

Ketua Polis Kashmir, Vijay Kumar, berkata militan yang terbunuh dalam serangan itu adalah ketua komandan operasi Hizbul Mujahidin.

"Saya dapat mengesahkan bahawa , Dr Saifullah Mir terbunuh dalam pertempuran, ini pencapaian yang sangat besar," katanya kepada wartawan di lokasi pertempuran itu.

Mir menggantikan bekas ketua Hizbul Mujahidin, Riyaz Naikoo, yang terbunuh dalam pertempuran bersenjata selama dua hari dengan pasukan keselamatan kerajaan di lembah Kashmir selatan pada Mei lalu.

Mir, 31, yang cergas bergerak di daerah selatan Pulwama, Kulgam dan Shopian adalah lepasan jurusan biologi dan bekerja sebagai juruteknik sebelum menyertai kumpulan pemberontak pada 2014, menurut maklumat rasmi.

Operasi anti-pemberontakan di Kashmir, di mana India menempatkan lebih 500,000 tentera, mula meningkat sejak India melaksana sekatan di seluruh negara ekoran COVID-19 pada akhir Mac, dengan lebih 100 militan terbunuh setakat ini. - AFP.
 
Last edited:

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
India: Hizbul Mujahideen chief Saifullah killed in encounter near Srinagar


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
PAKISTAN_INDIA_KASHMIR_CONFLICT_1605351921.jpg

Seorang mangsa yang cedera akibat pertempuran pasukan India dan Pakistan di Kashmir dirawat di hospital Neelum Valeey, Azad Kashmir, Pakistan. - Foto EPA

13 terbunuh dalam pertempuran terbaharu India-Pakistan di Kashmir

SRINAGAR: Pasukan India dan Pakistan semalam bertempur dengan menggunakan senjata artileri terbesar mereka hingga menyebabkan lebih 13 orang mati dan puluhan cedera di kedua-dua belah sempadan Kashmir yang direbut.

Pertembungan artileri dan senapang dilaporkan berlaku sepanjang 740 kilometer di garis gencatan senjata yang memisahkan saingan senjata nuklear selama tujuh dekad lalu, menurut pegawai dari kedua-dua pihak.

Ratusan penduduk kampung berpindah dari kawasan yang dikenali Garis Kawalan (LoC) di wilayah yang dikuasai India, sementara pegawai Pakistan mengatakan puluhan rumah terbakar akibat tembakan India di bahagian mereka.

Ketegangan terbaharu itu muncul hanya lima hari selepas tiga tentera India dan tiga militan terbunuh dalam satu proses pertukaran di sepanjang LoC.

Dalam pada itu, India juga terbabit dalam pertempuran di sempadan dengan tentera China di Himalaya.

Pertempuran itu berlaku apabila kedua belah pihak saling menuduh melancarkan serangan 'tidak diprovokasi' dan tembakan peluru masih dilancarkan hingga waktu malam, menurut penduduk.

Sementara itu, menurut kenyataan tentera India, Pakistan menggunakan mortar dan senjata lain dan sengaja mensasarkan kawasan awam.

Empat tentera India dan empat orang awam termasuk seorang budak lelaki berusia lapan tahun terbunuh, manakala sekurang-kurangnya 12 pasukan keselamatan dan orang awam cedera, menurut jurucakap tentera dan polis.

Di seberang sempadan pula, Menteri Kanan di Kashmir Pakistan, Raja Farooq Haider, berkata lima orang terbunuh dan 31 cedera dalam tembakan sengit di lembah Neelum dan Jhelum.

Tentera Pakistan mengesahkan salah seorang yang mati adalah seorang tentera.

"Berapa lama kita harus menanggung kerugian besar seperti itu?" katanya dalam ciapan di Twitter yang ditujukan kepada Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan.

Pegawai India mengatakan pertempuran itu tercetus ketika militan cuba menyeberang ke wilayah yang dikuasai India di hujung utara LoC.Tentera India membalas dan menyebabkan kerosakan besar pada infrastruktur dan mengorbankan tentera Pakistan. - AFP
 

frankdun3

Fun Poster
Joined
Nov 3, 2009
Messages
540
Reaction score
55
Points
65
kebenaran akan ungkap sabda nabi saw dlm hadis, akhir zaman Islam akan memerangi bani hind - India...
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
3 askar India terbunuh dalam serangan dilancarkan Pakistan

SRINAGAR : Sekurang-kurangnya tiga askar India terbunuh dalam serangan berbalas tembakan dan bedilan bom mortar dengan askar Pakistan.

Jurucakap tentera India, Lt Kol Devender Anand, berkata pertempuran berlaku semalam di kawasan Kashmir yang dikuasai India.

"Dua askar terbunuh apabila tentera Pakistan melakukan pelanggaran tanpa provokasi ke atas perjanjian gencatan senjata 2003, di daerah Rajouri selatan.

"Seorang lagi pegawai tentera India terbunuh dalam kes tembakan oleh tentera Pakistan di daerah jiran, Poonch, kelmarin

"Tentera India turut bertindak membalas serangan dengan melepaskan tembakan terhadap musuh," katanya.

Susulan kejadian itu, Pakistan belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Pada masa lalu, kedua-dua negara menuduh antara satu sama lain berkenaan siapa yang memulakan pertempuran di sempadan dekat wilayah Himalaya yang dituntut India dan Pakistan secara keseluruhan.

Pada 13 November lalu, sembilan orang awam selain enam askar terbunuh di Kashmir apabila tentera India dan Pakistan berbalas tembakan meriam artileri di beberapa lokasi sepanjang sempadan kawalan negara berkenaan.

Tragedi itu mencatatkan kematian paling tinggi dilaporkan dalam tempoh sehari sejak beberapa tahun kebelakangan ini. -AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
INDIA_KASHMIR_ELECTIONS_1606570048.jpg

Pilihan raya pertama Kashmir sejak status khas wilayah itu dilucutkan pada tahun lalu menyaksikan tahap keselamatan diperketat. - Foto EPA

Tahap keselamatan diperketatkan bagi pilihan raya pertama Kashmir

INDIA: Pengundi di Kashmir yang ditadbir oleh kerajaan India melaksanakan tanggungjawab membuang undi hari ini dalam situasi tahap keselamatan diperketatkan.

Ia adalah pilihan raya pertama sejak status khas wilayah itu dilucutkan pada tahun lalu.

Tindakan berjaga-jaga diambil dengan puluhan anggota polis dan separa tentera lengkap dengan mesingan berkawal di pusat pengundian susulan kebimbangan berlakunya serangan oleh puak pemisah militan.

Menurut pemerhati, hanya sejumlah kecil anggota keselamatan yang berkawal berikutan kebimbangan COVID-19, selain ada kawasan yang diliputi salji.

Proses pengundian akan berlangsung selama lapan hari sehingga 19 Disember ini, dengan proses pengiraan bermula tiga hari kemudian.

Wilayah Himalaya yang turut dituntut oleh Pakistan dikawal ketat sejak parti nasionalis Hindu, Bharatiya Janata (BJP) melucutkan status khas Kashmir dalam perlembagaan pada Ogos tahun lalu.

Sehari sebelum hari pengundian, pihak berkuasa menyekat pemimpin Parti Demokratik Rakyat (PDP), Mehbooba Mufti supaya kekal berada di rumah, bahkan polis turut menghalang wartawan mengikuti sidang media yang dianjurkan.

Mufti antara sebilangan besar pemimpin politik yang ditahan di rumah selama berbulan-bulan.

Kashmir terpisah antara India dan Pakistan ketika mencapai kemerdekaan pada 1947.

Kedua-dua negara menuntut wilayah berkenaan sepenuhnya. - AFP
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register