BTC USD 62,805.4 Gold USD 1,744.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pakistan VS India (Kahsmir) | India, Pakistan agree to truce over disputed

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,869
Reaction score
2,143
Points
201
Kerajaan komunis bantu kerajaan islam utk hentam kerajaan hindu


China Kirim Kapal Perang Canggih Untuk Pakistan
China telah mengirim satu dari empat kapal perang “paling canggih” yang dibangun untuk Pakistan, seiring semakin eratnya hubungan ekonomi dan pertahanan kedua negara.

Ini terjadi ketika kedua negara terlibat ketegangan dalam isu perbatasan dengan negara tetangga mereka, India.

Angkatan Laut Pakistan hari Minggu (23/8) mengatakan Galangan Kapal Hudong Zhonghua milik pemerintah, di Shanghai, menyelenggarakan upacara peluncuran kapal fregat jenis 054A itu, di hadapan para pejabat tinggi kedua negara.

Angkatan Laut Pakistan mengatakan kapal itu merupakan kapal fregat canggih yang dilengkapi dengan senjata modern, sensor dan senjata di bawah permukaan air dan senjata anti-serangan udara. “Kapal-kapal ini akan memberi sumbangan yang signifikan dalam menjaga perdamaian dan keamanan di wilayah yang merupakan tanggungjawab kami,” ujarnya. Pernyataan itu tidak menyebut berapa harga kapal militer itu, tetapi laporan memperkirakan harga per kapal mencapai lebih dari 350 juta dolar.

Begitu selesai, kapal-kapal ini akan menjadi kapal-kapal terbesar dan tercanggih dalam armada Angkatan Laut Pakistan, mendorong kapabilitasnya untuk menanggapi tantangan di masa depan.

China diperkirakan akan mengirim keempat kapal itu ke Pakistan selambat-lambatnya pada tahun 2021, yang menurut media China “akan melipatgandakan kekuatan” armada Angkatan Laut Pakistan.

Pejabat-pejabat Pakistan mengatakan kapal fregat jenis 054A/P digunakan oleh Angkatan Laut Tentara Pembebasan Rakyat China PLAN dan merupakan tulang punggung militer mereka. China dan Pakistan secara bersama telah memproduksi berbagai peralatan militer, termasuk pesawat tempur multi-peran JF17, yang menunjukkan hubungan pertahanan timbal balik yang kuat.

Hubungan ekonomi kedua sekutu itu dalam beberapa tahun terakhir telah memperkuat kerjasama ekonomi berdasarkan Belt & Road Initiative BRI. Koridor Ekonomi Pakistan-China yang terkait BRI telah membuat China menanamkan investasi hampir 30 miliar dolar dalam enam tahun terakhir ini,

untuk membangun jalan, pelabuhan dan pembangkit listrik di Pakistan. Namun para kritikus menilai investasi itu sebagai beban pada Pakistan yang sudah memiliki banyak utang. [em/ii]

sumber:https://www.voaindonesia.com/a/china-kirim-kapal-perang-canggih-untuk-pakistan/5554870.html
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
INDIA-PAKISTAN-KASHMIR-UNREST_1600346273.jpg

Penunjuk perasaan melontar batu ketika pertempuran dengan pasukan keselamatan kerajaan di Batamaloo, Srinagar. - Foto AFP

Polis, penduduk bertempur ekoran 4 terbunuh

SRINAGAR: Ratusan penduduk yang berang bertempur dengan pasukan keselamatan kerajaan di bandar Kashmir yang ditadbir India hari ini, selepas insiden berbalas tembakan menyebabkan tiga individu disyaki pemberontak dan seorang wanita maut, kata polis dan saksi kejadian.

Polis antirusuhan dan pasukan separa tentera persekutuan mengepung kejiranan Batamaloo di Srinagar tengah malam tadi, selepas menerima maklumat militan bersenjata bersembunyi di dalam sebuah kediaman di situ, menyebabkan tembak-menembak berlaku.

Tiga individu disyaki pemberontak dipercayai penduduk tempatan, terbunuh dalam insiden berbalas tembakan itu yang berlarutan selama beberapa jam, kata polis menerusi Twitter.

"Seorang wanita muda turut terbunuh dalam kejadian itu," kata seorang pegawai polis kepada AFP.

"Wanita itu terperangkap dalam tembak-menembak berkenaan. Kematiannya adalah dikesali," kata ketua pengarah polis, Dilbagh Singh kepada wartawan, selain memaklumkan seorang anggota pasukan separa tentera turut tercedera dalam insiden berkenaan.

Berita kematian menyebabkan ratusan penduduk turun ke jalan raya dan melontar batu ke arah pasukan keselamatan kerajaan yang membalas dengan tembakan gas pemedih mata dan peluru besi.

Penunjuk perasaan turut melaungkan beberapa slogan, antaranya 'Hidup Pakistan' dan 'Kami mahukan kebebasan', kata seorang jurugambar AFP yang berada di lokasi.

Tiada kecederaan dilaporkan daripada insiden susulan itu buat masa ini.

Pertempuran bersenjata antara pemberontak dan pasukan keselamatan kerajaan kerap berlaku di wilayah itu, namun agak jarang di pusat bandar berkenaan. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
Tentera India akui tersilap bunuh 3 penduduk Kashmir

SRINAGAR: Tentera India mengakui pasukannya bertindak keterlaluan ketika operasi sehingga mengakibatkan tiga orang awam terbunuh di Kashmir.

Ketiga-tiga mangsa yang bersaudara itu ditembak selepas disyaki pengganas Pakistan ketika operasi membanteras pemberontakan pada 18 Julai lalu di lembah Kashmir selatan dan selamat dikebumikan di kawasan sempadan terpencil.

Terdahulu, mangsa dikenal pasti selepas keluarga terlihat gambar mereka di media sosial dan menjelaskan bahawa ketiga-tiganya adalah buruh tempatan.

Ketika ini, pihak keluarga mangsa sedang menunggu ujian DNA sebagai sebahagian daripada siasatan untuk membuktikan bahawa mereka adalah lelaki tempatan.

Tragedi itu menimbulkan kemarahan di Kashmir dengan kumpulan politik, aktivis hak asasi dan penduduk setempat menuntut siasatan bebas terhadap kematian itu.

Semalam, jurucakap tentera Rajesh Kalia, berkata tentera dalam operasi itu bertindak keterlaluan dan melanggar garis panduan ketenteraan di Kashmir.

"Prosiding tatatertib akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab," katanya.

Pada masa sama, polis belum dapat membuktikan pembabitan ketiga-tiga lelaki itu dengan keganasan atau kegiatan yang berkaitan. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
Amnesty International gantung operasi di India

NEW DELHI: Amnesty International (AI) hari ini memaklumkan pihaknya menggantung operasi di India selepas akaun bank dibekukan angkara tindakan kerajaan negara itu mengancam untuk 'memburu' kumpulan hak asasi terbabit.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menerima banyak tuduhan dan ugutan daripada pentadbiran diterajui Perdana Menteri India, Narendra Modi, kerana membangkitkan hal berkaitan hak asasi terutama di wilayah Kashmir.

Menurut AI, pihaknya mengetahui akaun bank dibekukan pada 10 September lalu, sekali gus terpaksa mengambil keputusan melepaskan kakitangan termasuk menghentikan semua kempen serta penyelidikan yang sedang berjalan.

"Ini adalah pemburuan terbaru terhadap NGO, sekali gus menimbulkan ketidakselesaan berpanjangan dilakukan kerajaan India berikutan tuduhan tidak berasas," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Mengikut AI, akaunnya dibekukan selepas ia mengeluarkan laporan bersiri mendakwa berlaku 'pelanggaran hak asasi manusia yang dahsyat' oleh polis ketika rusuhan kaum sehingga mengakibatkan kematian di New Delhi Februari lalu dan di Kashmir.

Pengarah Eksekutif AI India, Avinash Kumar, berkata India melayan NGO hak asasi manusia seperti penjenayah.

"Kerajaan India membeza-bezakan individu sebagai penjenayah tanpa bukti yang boleh dipercayai, ini sengaja dilakukan ...untuk menimbulkan suasana ketakutan dan mencarik suara kritikal di negara ini.

"Ia menimbulkan ketakutan dan penindasan selain mengabaikan nilai kemanusiaan berpunca dari tindakan keras ini terutama ketika pandemik.

"Tindakan ini juga melanggar hak asasi rakyat bagi kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan, seperti mana dijamin di bawah Perlembagaan India," katanya dalam satu kenyataan. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
Silenced and shut down: Kashmir’s year of lockdown | The Listening Post


 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,776
Reaction score
407
Points
141
Kerajaan komunis bantu kerajaan islam utk hentam kerajaan hindu


China Kirim Kapal Perang Canggih Untuk Pakistan
China telah mengirim satu dari empat kapal perang “paling canggih” yang dibangun untuk Pakistan, seiring semakin eratnya hubungan ekonomi dan pertahanan kedua negara.

Ini terjadi ketika kedua negara terlibat ketegangan dalam isu perbatasan dengan negara tetangga mereka, India.

Angkatan Laut Pakistan hari Minggu (23/8) mengatakan Galangan Kapal Hudong Zhonghua milik pemerintah, di Shanghai, menyelenggarakan upacara peluncuran kapal fregat jenis 054A itu, di hadapan para pejabat tinggi kedua negara.

Angkatan Laut Pakistan mengatakan kapal itu merupakan kapal fregat canggih yang dilengkapi dengan senjata modern, sensor dan senjata di bawah permukaan air dan senjata anti-serangan udara. “Kapal-kapal ini akan memberi sumbangan yang signifikan dalam menjaga perdamaian dan keamanan di wilayah yang merupakan tanggungjawab kami,” ujarnya. Pernyataan itu tidak menyebut berapa harga kapal militer itu, tetapi laporan memperkirakan harga per kapal mencapai lebih dari 350 juta dolar.

Begitu selesai, kapal-kapal ini akan menjadi kapal-kapal terbesar dan tercanggih dalam armada Angkatan Laut Pakistan, mendorong kapabilitasnya untuk menanggapi tantangan di masa depan.

China diperkirakan akan mengirim keempat kapal itu ke Pakistan selambat-lambatnya pada tahun 2021, yang menurut media China “akan melipatgandakan kekuatan” armada Angkatan Laut Pakistan.

Pejabat-pejabat Pakistan mengatakan kapal fregat jenis 054A/P digunakan oleh Angkatan Laut Tentara Pembebasan Rakyat China PLAN dan merupakan tulang punggung militer mereka. China dan Pakistan secara bersama telah memproduksi berbagai peralatan militer, termasuk pesawat tempur multi-peran JF17, yang menunjukkan hubungan pertahanan timbal balik yang kuat.

Hubungan ekonomi kedua sekutu itu dalam beberapa tahun terakhir telah memperkuat kerjasama ekonomi berdasarkan Belt & Road Initiative BRI. Koridor Ekonomi Pakistan-China yang terkait BRI telah membuat China menanamkan investasi hampir 30 miliar dolar dalam enam tahun terakhir ini,

untuk membangun jalan, pelabuhan dan pembangkit listrik di Pakistan. Namun para kritikus menilai investasi itu sebagai beban pada Pakistan yang sudah memiliki banyak utang. [em/ii]

sumber:https://www.voaindonesia.com/a/china-kirim-kapal-perang-canggih-untuk-pakistan/5554870.html

sbb China ngan India bermusuh..
tapi China dan India berkawan dgn kuasa besar, Rusia..munkin bile perang, Rusia xnak masuk campur..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register