BTC USD 62,791.7 Gold USD 1,744.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pakistan VS India (Kahsmir) | India, Pakistan agree to truce over disputed

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
18hmvike_1492472890.jpg


Reuters

Srinagar (India): Kumpulan militan meningkatkan serangan di Kashmir sementara polis menasihatkan anggotanya supaya tidak pulang ke rumah, ketika keganasan melonjak selepas tentera didakwa mengikat seorang lelaki di hadapan kenderaan mereka sebagai perisai manusia.

Polis memfailkan kes terhadap tentera berhubung kejadian seorang pembuat selendang berusia 24 tahun ditahan pada 9 April lalu sebelum diikat di depan kenderaan askar dan berarak di beberapa kampung.

Rakaman video kejadian itu tersebar meluas di media sosial.


Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Rajesh Kalia berkata: “Kami sedang menentukan kesahihan video itu dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang bersalah.”

Tunjuk perasaan diadakan minggu lalu susulan pilihan raya kecil bertukar menjadi kucar-kacir sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh.

Sementara itu, semalam, polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan protes terhadap serbuan polis di sebuah kolej, Sabtu lalu, yang menyebabkan 50 pelajar cedera.
 
Terkini, dilaporkan sekurang-kurangnya empat orang telah terk0rban dan 15 ced3ra dalam insiden Ietupan di dalam sebuah masjid di daerah Quetta Kuchlak, Pakistan hari ini.

Siasatan awal polis mendapati bahawa Ietupan itu berpunca dari alat Ietupan (IED) yang ditanam di dalam masjid.

Menurut polis, mereka yang ced3ra telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan. Buat masa ini, kawasan berkenaan sudah dikepung dan skuad pelupusan b0m telah diminta untuk datang ke sana.

Sebelum ini, dilaporlam lima anggota tentera Pakistan terbvnuh dalam kejadian temb4kan di sempadan Kashmir, ketika ketegangan antara Islamabad dan New Delhi semakin memuncak.

Insiden kem4tian dalam dua kejadian berasingan tercetus selepas Pakistan memberi amaran bersedia berdepan sebarang pencerobohan India di Kashmir.

entera Pakistan dalam kenyataannya berkata, ramai anggotanya c3dera selain kubu pertahanan r0sak dalam pert3mpuran itu.

Kenyataan itu turut menyatakan ser4ngan balas masih berterusan, namun tidak menyatakan lokasi sebenar kejadian. Setakat ini belum ada sebarang kenyataan dari pihak berkuasa India.

Dalam kejadian berasingan, dua orang awam [email protected] manakala seorang ced3ra dalam [email protected] balas di Rawalakot, Kashmir, kata seorang pegawai kanan kerajaan kepada AFP.

Kejadian berlaku ketika tentera dua negara berkenaan membalas ser4ngan sejak pagi.

Isu Kashmir dilihat sebagai titik tolak kepada ketegangan hubungan antara India dan Pakistan. Ia melibatkan sempadan dan kedaulatan yang membawa kepada pembangunan snjata nukIear.

Kashmir merupakan sebuah wilayah kecil terletak di barat laut benua kecil India. Ia merujuk kepada lembah yang terletak di antara Banjaran Himalaya dan Banjaran Pir Panjal di kawasan paling utara negara India.

Pada masa ini, secara geopolitiknya, Kashmir terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Jammu dan Kashmir yang ditadbir oleh India, meliputi lembah Kashmir serta Jammu dan Ladakh.

Kawasan-kawasan Utara dan Azad Kashmir pula ditadbir oleh Pakistan, dan Rantau Aksai Chin dan Laluan Trans-Karakoram yang ditadbir oleh China.

Walaupun, kawasan-kawasan tersebut dikuasai oleh ketiga-tiga negara terbabit, tetapi India mahupun Pakistan tidak pernah mengiktiraf pemilikan antara satu sama lain ke atas kawasan- kawasan yang menjadi pertikaian.

India mendakwa kawasan-kawasan — termasuk yang diserahkan oleh Pakistan kepada China iaitu Laluan Trans-Karakoram pada tahun 1963 — adalah sebahagian daripada wilayahnya.

Sementara itu, Pakistan pula menuntut keseluruhan kawasan Kashmir kecuali Aksai Chin dan Laluan Trans-Karakoram.

Ini bermakna, India menuntut keseluruhan wilayah Kashmir sama ada di bawah pentadbiran Pakistan mahupun China.

Sejarah pertikaian wilayah Kashmir bermula pada tanggal 27 Oktober 1947 merupakan detik hitam dalam sejarah wilayah Kashmir apabila lebih 300,000 penduduk Islam menjadi k0rban dalam tempoh dua bulan setelah tentera India menakluki wilayah Jammu dan Kashmir.

Kerajaan India telah mencabul Akta Kemerdekaan India dan Rancangan Pemisahan tahun 1947 dengan menghantar tentera untuk menakluk wilayah tersebut.

Mengikut Akta Kemerdekaan India dan Rancangan Pemisahan yang diluluskan oleh Parlimen Britain pada 18 Julai 1947, kerajaan Britain telah memutuskan bahawa India sebagai negara jajahannya perlu dibahagikan kepada dua.

Kawasan yang mempunyai penduduk majoriti Hindu akan membentuk negara India, manakala kawasan yang mempunyai penduduk majoriti Islam di wilayah barat dan Bengal Timur (kini dikenali sebagai Bangladeh) akan dimasukkan di bawah negara baru Pakistan.

Kashmir yang mempunyai majoriti penduduk Islam hampir 90 peratus mempunyai kecenderungan untuk menyertai Pakistan, tetapi atas perancangan pemimpin Hindu dan Kongres Kebangsaan India menyebabkan impian penduduk Kashmir untuk menyertai sebuah negara Islam Pakistan tidak kesampaian.

Satu dokumen kontr0versi berhubung hak pemilikan ke atas Kashmir yang dirangka di Delhi dan dibentangkan kepada Maharaja Hari Singh, yang merupakan pemerintah negeri Jammu dan Kashmir pada masa itu, tidak dapat dibuktikan, sama ada Maharaja itu telah menandatangani dokumen tersebut seperti yang didakwa oleh India.

Kerajaan India tidak pernah mendedahkan secara terbuka kepada umum dan secara rasmi tentang dokumen tersebut di mana-mana forum antarabangsa, kecuali dalam bentuk gambar salinan asal perjanjian berkenaan yang disiarkan melalui laman web rasmi kerajaan India.

Kerajaan India mendakwa Maharaja Hari Singh iaitu Maharaja Jammu dan Kashmir telah menandatangani dokumen penyerahan wilayah itu kepada India pada 26 Oktober 1947.

Penduduk Kashmir tidak menerima pendudukan India sejak hari pertama pencerob0han berlaku dan mula menjalankan pember0ntakan bersenj4ta yang disokong dengan kebangkitan rakyat Kashmir pada tahun 1947.

Pada 1 Januari 1948, setelah kekalahan tenteranya, India merujuk masalah tersebut kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mendapatkan bantuan.

Majlis Keselamatan PBB kemudian telah meluluskan resolusi menetapkan bahawa penaklukan dan pendudukan India ke atas Kashmir adalah tidak sah.

Badan dunia itu telah meluluskan dua resolusi, satu pada 13 Ogos 1948 dan satu lagi pada 5 Januari 1949 yang diterima oleh Pakistan dan India.

Melalui kedua-dua resolusi tersebut PBB meluluskan gencatan s3njata, menetapkan garisan gencatan [email protected] (LOC), mengisytihar wilayah itu sebagai bebas tentera dan pungutan suara dengan pengawasan PBB.

Walaupun satu fasa daripada resolusi tersebut (gencatan senj4ta) telah dilaksanakan, namun langkah membebaskan wilayah tersebut daripada kuasa tentera dan mengadakan pungutan suara yang bebas di bawah pengawasan PBB masih tidak dilaksanakan sampai ke hari ini.

Pada 18 Julai 1949, Pakistan dan India menandatangani Perjanjian Karachi bagi mewujudkan Garisan Kawalan (LOC) dengan diawasi oleh pemerhati daripada PBB.

Berikutan persempadanan semula itu, kawasan seluas kira-kira 141,338 kilometer persegi meliputi negeri Jammu dan Kashmir kekal di bawah India, manakala kawasan seluas 85,846 kilometer persegi meliputi kawasan Azad Jammu dan Kashmir, yang dikenali sebagai Azad Kashmir berada di bawah kawalan Pakistan.

Semenjak dari itu, wilayah Kashmir terus menjadi rebutan antara India dan Pakistan sehingga mencetuskan beberapa siri [email protected] antara kedua-dua buah negara yang mana kali terakhir adalah Per4ng Kargil pada tahun 1999.

Kini, wilayah Kashmir kembali bergolak apabila konvoi tentera india [email protected] oleh pihak pemisah Kashmir.

India menuduh pihak pemisah tersebut didalangi oleh Pakistan, manakala Pakistan menafikan bahawa mereka mendalangi ser4rgan tersebut, namun menyatakan bahawa perkara tersebut adalah berpunca daripada perjuangan masyarakat Kashmir yang secara demografinya dihuni oleh majoriti Muslim yang tidak rela dan perasaan tidak puas hati dengan Delhi.

Rentetan daripada itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi telah mengambil langkah drastik dengan menarik kembali status autonomi yang memberikan keistimewaan kepada masyarakat di Jammu dan Kashmir untuk mempunyai perlembagaan negeri sendiri, kuasa perundangan dan eksekutif terhadap kebanyakan rakyatnya selain mempunyai kuasa autonomi yang lebih besar berbanding negeri-negeri lain di India.

Hanya warga tempatan di negara itu yang dibenarkan untuk memiliki harta atau memegang jawatan dalam kerajannya seperti mana yang terkandung di dalam Artikel 370.

Artikel 370 tersebut diperkenalkan oleh Menteri dalam Negeri India, Amit Shah kemudian ditandatangani oleh Presiden Ram Nath Kovind dalam satu upacara di India pada tahun 1950-an.

Status khas Jammu dan Kashmir berpunca dari komposisi demografinya yang mana ia adalah satu-satunya wilayah di bawah pentadbiran India yang mempunyai masyarakat bermajoritikan umat Islam.

Ia sebagai keistimewaan dan perlindungan yang diberikan kepada mereka bagi mengurangkan rasa takut terhadap golongan asimilasi yang dipaksa.

Penarikan status autonomi terhadap Jammu dan Kashmr ini menunjukkan bahawa kedua-dua wilayah ini adalah wilayah biasa di dalam India dan mengesahkan bahawa India mempunyai kedaulatan yang mutlak terhadap kedua-dua wilayah tersebut.

Tindakan Narendra Modi terhadap Kashmir seperti sudah dirancang bagi menurunkan status autonominya kepada status wilayah biasa kerana beliau dan parti pimpinannya Bharatiya Janata Party (BJP) memang sudah lama menentang artikel 370, malah ia menjadi salah satu janji dalam manifesto Pilihan Raya 2019.

Modi dan BJP berpandangan bahawa Artikel 370 perlu dimansuhkan bagi memastikan Kashmir dapat berintegrasi dengan keseluruhan India serta mempunyai sentimen nasionalisme terhadap India.

Hal ini kerana setelah 20 tahun tamatnya Insiden Kargil, secara tiba-tiba terdapat ser4ngan mengejut yang dikatakan dilakukan oleh puak pemisah Kashmir dengan disokong oleh Pakistan.

Mungkin secara fizikalnya, ya, kerana masyarakat di wilayah Kashmir tidak pernah rela menjadi sebahagian daripada India, namun mengapa baru sekarang puak pemisah tersebut kembali menggan4s?

Seolah-olah pergolakan ini telah dirancang oleh pihak yang berkepentingan dan sememangnya tidak bersetuju dengan keistimewaan yang diperoleh oleh wilayah Kashmir ini, maka secara teorinya Narendra Modi adalah individu yang dikatakan berperanan dalam tercetusnya perkara ini.

Dengan penarikan status autonomi dan keistimewaan terhadap wilayah tersebut, Delhi telah menghantar seramai kira-kira 10 ribu tentera dan tambahan sebanyak 70,000 tentera akan dihantar dalam masa terdekat bagi memastikan kestabilan wilayah Jammu dan Kashmir.

Selain itu, kerajaan India juga memperkenalkan langkah keselamatan lain terhadap dakwaan wujudnya ancaman kegan4san termasuk gesaan menyimpan bekalan makanan dan bahan api.

Tindakan kerajaan India ini seolah-olah mengiyakan bahawa rancangan untuk menurunkan status Kashmir sebagai wilayah autonomi sememangnya telah dirancang.

Sebagai seorang ketua kerajaan, tindakan Modi sekiranya terbukti bahawa beliau adalah dalang sebenar bukan suatu perkara yang pelik.

Ini kerana mana-mana ketua kerajaan atau negara di dunia ini akan memastikan kedaulatan negara mereka akan terus terpelihara, apatah lagi wilayah tersebut adalah sebuah wilayah yang kaya dengan sumber seperti mana Kashmir.

Selain itu, keutuhan sebuah negara bangsa di dalam sistem antarabangsa juga bertitik tolak daripada semangat nasionalisme yang ampuh oleh setiap wilayah dan masyarakat yang mendiami negara tersebut.

Maka, pergoIakan yang berlaku di Kashmir baru-baru ini juga tidak terlepas daripada persoalan kepentingan nasional India dan jangkaan bahawa Pakistan dikambinghitamkan juga tidak boleh diketepikan dalam menganalisis isu ini.

Konflik Kashmir ini adalah antara konflik wilayah yang agak sukar diselesaikan kerana ia melibatkan persoalan kedaulatan terhadap wilayah.

Konflik ini juga hanya mampu diselesaikan oleh pihak-pihak yang bertelingkah ini sahaja.

Sekalipun referendum oleh masyarakat di Kashmir dikeluarkan, sekiranya India dan Pakistan, negara yang menuntut keseluruhan kedaulatan terhadap Kashmir tidak berlapang dada menerima suara tersebut, maka sampai bila-bila konflik di wilayah indah tersebut tidak akan tamat.

Malaysia melalui Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan berhubung konflik yang semakin menegang di Kashmir dengan mengusulkan kepada pihak-pihak terlibat agar mematuhi resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengenai Jammu dan Kashmir dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Penyelesaian di meja rundingan adalah kaedah yang paling ampuh dalam menyelesaikan kemelut tersebut kerana sekiranya kemelut tersebut diselesaikan melalui kaedah ketenteraan, maka kebinasaan yang lebih dasyat akan berlaku serta akan merugikan pihak-pihak yang terbabit.

Sumber dari Astro Awani


INDIA-KASHMIR.jpg


'India scraps special status for Kashmir

Last edited:
Sponsored Post

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,909
Reaction score
585
Points
161
Video pun belum tentu sahih.

Kalau video palsu, siapalah punya kerja nak buat rusuhan camni.
 

m0mo~

CG Top Poster Club
Platinum Member
ForexMart Fans
Joined
Oct 4, 2012
Messages
35,312
Reaction score
387
Points
136
dunia makin kacau bilau
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
Berebut Kashmir, wilayah "Switzerland Asia" terus bermandi darah

41516399693_indiapakistan.jpg

Seorang penduduk di perkampungan Korotana, Jammu Kashmir sedih semasa meninjau kemusnahan di kawasan rumahnya akibat daripada pertempuran askar India dan Pakistan yang memuncak sejak seminggu lalu. - Gambar Ap

KASHMIR: Sejak lebih tiga dekad lalu, sengketa membabitkan India dan Pakistan kerana berebut Kashmir, sebuah wilayah indah dianggap "Switzerland Asia" tidak pernah surut.

Setiap minggu, ada laporan mengenai kematian dan siri pertempuran baharu. Mereka yang maut terdiri daripada orang awam dan anggota keselamatan kedua-dua buah negara.

Dalam siri pertempuran terbaharu, masih lagi bersangkut-paut dengan isu merebut Kashmir, ia terus memuncak apabila mencatatkan peningkatan angka korban.

Dalam pertempuran pada Jumaat, tiga orang awam dan seorang askar terbunuh.

Pertempuran itu berlanjutan memasuki hari ketiga apabila ada nyawa melayang.

Menurut pihak berkuasa India, sepuluh orang awam dan dua lagi tentera India turut alami kecederaan.

Pertikaian antara kedua-dua pihak berkuasa India dan Pakistan itu berlarutan yang menyaksikan penduduk di wilayah Kashmir semakin tertekan dengan pertempuran yang berlaku.

Perunding Hal Ehwal Luar India Raveesh Kumar sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang menuduh Pakistan mencabuli genjatan senjata yang dipersetujui sebelum ini.

India juga menuduh Pakistan bertindak melakukan serangan terlebih dahulu dengan India terpaksa bertindak balas.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan Pakisatan.

Sejak 1989, hampir 70,000 orang terbunuh dalam putaran keganasan, yang kebanyakannya dicetuskan oleh tindakan keras tentera India.

Pakistan dan India pernah hampir terjerumus dalam perang sebanyak tiga kali kerana isu Kashmir.

Siri usaha untuk mengembalikan keamanan mutlak di Kashmir di peringkat diplomasi dua negara sejak beberapa tahun lalu tidak membuahkan hasil.

Dalam satu tinjauan sebelum ini, warga Kashmir lebih berminat untuk berada di bawah Pakistan, keputusan yang dianggap India satu bentuk bantahan dan perlu diperangi oleh mereka.

http://www.astroawani.com/berita-du...-switzerland-asia-terus-bermandi-darah-166136
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
India, Pakistan bertempur di Pakistan

indianborder25ff.transformed.jpg

ANGGOTA Pasukan Keselamatan Sempadan India (BSF). - Foto EPA​
SRINAGAR, India: Pertempuran antara tentera India dan Pakistan di wilayah yang dipertikai, iaitu Kashmir memaksa ratusan penduduk melarikan diri, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai gencatan senjata selama 15 tahun antara kedua-dua negara.

Bagaimanapun, punca pertempuran di Garisan Kawalan (LoC) yang memisahkan wilayah Himalaya yang sebahagian besarnya dihuni penduduk Islam, pada Sabtu lalu itu tidak diketahui.

Ketegangan di wilayah itu memuncak sejak awal bulan ini, susulan serangan ke atas kem tentera India di Kashmir yang mengorbankan enam anggota tentera.

India menuduh Pakistan sebagai dalang serangan berkenaan dan mahu negara jirannya itu 'membayar' atas segala yang berlaku.

Superintendan, Imtiaz Hussain, berkata peluru artileri yang dilancarkan oleh tentera Pakistan menimpa kawasan Uri dan ia mendorong ratusan penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Insiden itu memaksa tentera India melancarkan serangan balas, iaitu yang pertama sejak gencatan senjata pada 2003.

Imtiaz berkata, serangan itu memaksa pihak berkuasa Pakistan mengarahkan penduduk kampung di kawasan berhampiran LoC lari menyelamatkan diri mereka.

"Kira-kira 700 penduduk kini berlindung di sekolah di Uri," katanya. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2018/02/392738/india-pakistan-bertempur-di-pakistan
 

abah5851

Active+ Member
Joined
Dec 5, 2014
Messages
2,645
Reaction score
186
Points
43
perang je lah..kompem usa cover india...bagi pakistan hapus..settle masalah..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register