BTC USD 60,019.1 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pakistan Lancar Aplikasi Pemesejan Seakan WhatsApp

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,593
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,593
Reaction score
6,519
Points
916
Awards
1
Kementerian Teknologi Maklumat Pakistan telah melancarkan aplikasi seakan WhatsApp, iaitu Beep Pakistan yang juga merupakan aplikasi pemesejan pertama negara itu. Dalam fasa pertama dan kedua, aplikasi itu akan tersedia untuk pegawai kerajaan yang merangkumi 41 kementerian dan jabatan persekutuan terlebih dahulu, sebelum ianya dilancarkan kepada rakyat negara itu.

Berfungsi sebagai alternatif kepada WhatsApp, Beep Pakistan akan digunakan untuk komunikasi yang lebih selamat dalam kalangan pegawai kerajaannya, terutamanya melibatkan perkongsian dokumen kerajaan.

Beep-Pakistan-a-secure-mobile-app-to-soon-launch-for-Govt.-employees.jpg


Mengenai cirinya pula, aplikasi itu menawarkan pemesejan yang selamat, panggilan audio dan video, telesidang, serta perkongsian data.

Sumber asal MoIT Pakistan
 
Sponsored Post

Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register