BTC USD 61,126.1 Gold USD 1,793.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pakistan disenarai negara paling berbahaya

zack2terer

Legendary Member
Joined
Dec 11, 2007
Messages
13,627
Reaction score
193
Points
123
Pakistan disenarai negara paling berbahaya

NEW YORK 16 Dis. - Pakistan merupakan negara paling berbahaya untuk wartawan menjalankan tugas, diikuti Iraq di tempat kedua dan Honduras serta Mexico masing-masing di tempat ketiga.

Sekurang-kurangnya lapan wartawan terbunuh ketika menjalankan tugas di Pakistan pada tahun ini, meskipun jumlah wartawan yang terbunuh di seluruh dunia ketika membuat liputan menurun berbanding tahun lalu.

Jawatankuasa Perlindungan Wartawan yang berpangkalan di New York dalam satu kenyataan berkata, sehingga kini kira-kira 42 wartawan terbunuh sepanjang 2010, berbanding 72 orang pada tahun lalu ketika menjalankan tugas di seluruh dunia.

Namun, jumlah wartawan yang maut ketika membuat liputan di Pakistan pada tahun ini meningkat sekali ganda daripada empat orang pada 2009 kepada lapan orang tahun ini.


Enam daripada mereka terbunuh akibat serangan pengebom berani mati atau tertembak ketika serangan militan, kata kumpulan tersebut.

Negara lain yang berbahaya untuk wartawan menjalankan tugas ialah Thailand, Nigeria, Somalia, Angola, Indonesia, Afghanistan dan Filipina masing-masing dengan dua kes kematian wartawan.


"Kematian sekurang-kurangnya lapan orang wartawan (di Pakistan) itu menunjukkan betapa gejala keganasan di Pakistan begitu meluas berbanding negara jirannya, Afghanistan," kata pengarah eksekutifnya, Joel Simon.

"Peningkatan serangan pengebom berani mati memberi risiko yang tinggi ke atas petugas media menjalankan tugas mereka." kata Simon.

Filipina pada tahun lalu menjadi negara paling berbahaya bagi wartawan menjalankan tugas apabila 33 wartawan terbunuh di negara itu.

"Walaupun kematian 42 orang wartawan tahun ini berkurangan berbanding tahun sebelumnya, namun ancaman maut ke atas wartawan di seluruh dunia tetap dianggap tinggi," kata Simon.

Menurut kenyataan kumpulan itu, hampir 90 peratus wartawan yang terbunuh sepanjang tahun ini melibatkan wartawan tempatan dan berkhidmat untuk penerbitan dalam talian di Internet. - REUTER

Sumber


Kat negara2 Islam jugak yg jadi camtu...negara kapir tak pulak
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,620
Reaction score
15,631
Points
2,376
yg cuak tu wartawan dr barat la
sbb takut kena bom
 

janggut_X

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
mexico tu mmg bahye.diakui dari dulu lagi.
 

noonaka

Active+ Member
Joined
Nov 14, 2010
Messages
3,834
Reaction score
29
Points
30
kat mexico tu ada kongsi gelap berbahaya kan

memang gelap..
israel patut disenarai negara paling tak selamat..
ingat lagi tragedi serangan kapal misi bantuan ke palestin
10 aktivis terbunuh..
 

munshiahmad

Junior Member
Joined
Dec 17, 2010
Messages
82
Reaction score
0
Points
6
dh tahu bahayo, nk jugak pegi. dah mati kecoh2 lak kata negara islam punye pasal. pe la bang**g sgt omputih ni. dah dia pegi cari bala.
 

akukurt

Legendary Member
Joined
Feb 9, 2010
Messages
10,593
Reaction score
60
Points
120
omputih saje je nak label negara org bahaya..penganas..
 

udainosor

Fun Poster
Joined
Aug 12, 2008
Messages
779
Reaction score
38
Points
20
Filipina xtermasuk dalam senarai ke TT? Aku tgk tv citer Maguindanao Massacre..ramai gile wartawan kene bunuh, mati katak sume..2 van wartawan..sadis......Malaysia ade tak kes wartawan mati masa menjalankan tugas? Sape tahu?
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,199
Reaction score
94
Points
1,020
wartawan kat malaysia paling bahagia didunia haha
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register