Covid-19 Pakej PRIHATIN PKS (Tambahan) Covid19

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,539
Reaction score
11,370
Points
2,376

Penangguhan bayaran levi untuk projek swasta selama dua bulan bagi projek yang bermula 1 Januari hingga 31 Mei 2020.​

Juga kelonggaran syarat pendaftaran kontraktor dengan mengecualikan keperluan mata Continuous Contractor Development (CCD) untuk pendaftaran baharu bagi tempoh April hingga Disember 2020.

Itu antara inisiatif diambil Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi mengurangkan beban kontraktor dan penggiat industri pembinaan yang terkesan akibat PKP.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Hampir 260,000 majikan terima subsidi upah

12 May 2020

MG111019_TINJAUAN-BELANJAWAN202003.jpg

Bangunan KWSP di Jalan Raja Laut

KUALA LUMPUR – Sehingga 10 Mei, sebanyak RM2.1 bilion subsidi upah telah diluluskan bagi 258,165 majikan yang mewakili 1.9 juta pekerja.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, kerajaan berharap agar subsidi upah ini akan dapat membantu syarikat untuk terus mengekalkan seramai mungkin pekerja masing-masing sekurang-kurangnya sehingga bulan Jun.


Ini boleh membantu mengekalkan kapasiti sedia ada, sekurang-kurangnya pada tahap 50% – agar negara bersedia untuk menyusuri gelombang pemulihan ekonomi kelak.
Bagaimanapun, katanya, jika kapasiti di tahap yang terlalu rendah, kerajaan perlu membuat peruntukan yang lebih tinggi untuk menambah kapasiti tersebut.

Untuk Program Bantuan Majikan Covid-19 (e-CAP) KWSP pula, setakat 10 Mei lalu sebanyak 13,690 permohonan telah diterima dan sebanyak 2,032 permohonan telah diluluskan bernilai RM13.4 juta bagi caruman KWSP majikan.

”Saya ingin menekankan bahawa bukanlah mudah untuk memproses berpuluh-ribuan permohonan dan saya memohon sedikit kesabaran dari pihak majikan.

“KWSP dan agensi-agensi Kerajaan yang lain perlu meneliti setiap permohonan penangguhan caruman KWSP majikan secara case-by-case. Walaupun pengalaman Covid-19 ini tidak pernah kita alami, ini tidak bermakna kita boleh meluluskan apa sahaja permohonan dengan sewenang-wenangnya,” katanya ketika memberi laporan pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) di sini hari ini.

BPN_Rajah4.jpg


Mengenai Dana Pinjaman Mudah PKS, Tengku Zafrul berkata, setakat 10 Mei, permohonan yang telah diluluskan oleh bank-bank tempatan dan disetuju terima oleh PKS adalah RM4.7 bilion dan memanfaatkan kepada 11,975c PKS.

BPN_Rajah5.jpg


Berhubung Geran Khas Prihatin (GKP) untuk PKS mikro pula, pendaftaran telah dibuka dari 1 hingga 15 Mei 2020 dan sehingga 10 Mei, hampir 500,000 permohonan telah diterima.

Jika semuanya diluluskan, ini akan melibatkan lebih kurang RM1.5 bilion, tambahnya.

Untuk Skim Kredit Mikro pula, Bank Simpanan Nasional telah meluluskan 2,626 permohonan bernilai RM114 juta dan kelulusan yang diberikan Tekun sebanyak 8,562, dengan nilai RM72 juta.

Skim ini diberikan dengan kadar faedah atau keuntungan 0% yang mana jumlah keseluruhannya bernilai RM700 juta. – MalaysiaGazette

 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,410
Reaction score
1,928
Points
206
Tiada isu kelewatan pembayaran BPN, Jelas LHDN



KUALA LUMPUR, 14 Mei -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menegaskan tiada isu kelewatan bayaran bagi pemohon yang telah diluluskan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan memberikan nombor akaun bank yang tepat.

LHDN dalam satu kenyataan berkata semua pembayaran BPN adalah berdasarkan garis masa yang ditetapkan Kementerian Kewangan (MOF) dan kementerian itu juga telah menggariskan syarat kelayakan penerima BPN dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada 29 Mac lepas.

“Bagi fasa pertama, sebanyak 8.3 juta penerima telah diluluskan dan pembayaran telah dibuat secara berperingkat mulai 6 April dengan peruntukan bayaran yang terlibat ialah RM9.3 bilion. Bagi permohonan baharu dan rayuan yang dibuka sehingga 30 April pula sejumlah 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan BPN telah diluluskan dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.7 bilion,” jelas LHDN.

Penjelasan LHDN ini adalah sebagai maklum balas kepada surat seorang pembaca akhbar tempatan yang mendakwa terdapat isu kelewatan pembayaran BPN, penutupan talian telefon LHDN dan kekangan warga emas untuk menggunakan sistem teknologi maklumat selain terdapat risiko COVID-19 bagi mereka sekiranya hadir ke cawangan LHDN.

Bagi menjelaskan isu talian telefon, LHDN berkata semua cawangannya termasuk Pusat Khidmat Hasil (PKH) telah ditutup bagi mengekang penularan wabak COVID-19, dan ia telah dimaklumkan melalui satu kenyataan media bertarikh 17 Mac.

“Semua panggilan telefon ke cawangan LHDN telah ditutup dan jawapan sistem telefon automatik telah diaktifkan bagi memaklumkan mengenai penutupan ini.

“Namun demikian sebarang maklum balas dan pertanyaan boleh disalurkan ke Hasil Care Line (HCL) di talian 03-89111000 / 603-89111100 (Luar Negara), Hasil Live Chat dan portal Maklum Balas Pelanggan LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/,” kata LHDN.

Menurut LHDN lagi, perkhidmatan telefon di semua cawangannya telah beroperasi semula pada 29 April dan 4 Mei (kecuali di Pusat Transformasi Bandar) bermula 8 pagi hingga 4.30 petang.

“Justeru, adalah berkemungkinan penulis membuat panggilan dalam tempoh premis LHDN tidak beroperasi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan panggilan beliau tidak dijawab oleh pegawai kami,” kata LHDN dengan menjelaskan sehingga 30 April lepas, ia telah menjawab hampir 230,000 panggilan, e-mel dan chat.

Berhubung dengan isu warga emas, LHDN memaklumkan semua urusan permohonan BPN dan rayuan boleh dibuat tanpa perlu hadir ke kaunter, iaitu permohonan adalah secara dalam talian, manakala rayuan pula boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen secara e-mel ke alamat [email protected].

“Kaunter perkhidmatan disediakan sebagai alternatif bagi pemohon yang memilih untuk hadir ke premis LHDN,” menurut kenyataan itu.

Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my dan sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh LHDN juga boleh diajukan melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ atau melalui Twitter dan Facebook LHDN.

-- BERNAMA

 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
19,052
Reaction score
1,445
Points
206

AGENDANASIONAL
Tempoh bayaran BPN dilanjut sehingga 22 Mei
Mei 19, 2020 3:16 pm

KUALA LUMPUR, 19 MEI: Tempoh pembayaran bantuan prihatin nasional (BPN) fasa kedua yang dijadualkan berakhir pada hujung minggu lalu terpaksa dilanjutkan sehingga 22 Mei, 2020, disebabkan oleh beberapa kekangan teknikal.

Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata setakat ini, seramai 7.61 juta penerima BPN fasa kedua menerima bayaran berjumlah RM3.41 bilion, mewakili pencapaian 93 peratus daripada peruntukan untuk fasa tersebut.

“Bagi 2.3 juta penerima yang layak daripada permohonan baharu dan rayuan, bayaran telahpun bermula pada 15 Mei, 2020. Sehingga kini, seramai 830,000 telah menerima bayaran BPN melibatkan RM620 juta,” katanya semasa membentangkan Laporan Keenam Pencapaian Prihatin-Laksana, hari ini.

Susulan lanjutan proses rayuan yang diumumkan minggu lalu, beliau berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini sedang giat memproses rayuan yang diterima dan akan memberi pertimbangan sewajarnya.

“Pemohon diingatkan untuk mengemukakan rayuan dengan segera sebelum tarikh tutup rayuan yang telah dipanjangkan sehingga 31 Mei, 2020,” katanya.

Mengenai program i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tengku Zafrul berkata, sehingga 17 Mei, sebanyak 4.4 juta permohonan diterima manakala 3.9 juta permohonan diluluskan, peningkatan daripada 3.7 juta pada minggu sebelumnya dengan jumlah pembayaran melibatkan RM1.83 bilion sebulan.

Sementara itu, bagi langkah pengurangan caruman KWSP oleh pekerja kepada 7.0 peratus daripada 11 peratus, beliau berkata jumlah pengurangan caruman yang dianggarkan diterima ahli KWSP untuk bulan Mei adalah RM923.5 juta.

Menurutnya, kerajaan mendapati semakin ramai pekerja membuat pilihan sendiri untuk mengekalkan caruman mereka pada kadar 11 peratus, iaitu seramai 1.5 juta atau lebih kurang 20 peratus daripada pencarum KWSP sehingga 17 Mei berbanding 1.2 juta pencarum pada bulan April.

Di bawah Subsidi Upah pula, Tengku Zafrul berkata sebanyak RM2.24 bilion diluluskan bagi 267,752 majikan sehingga 17 Mei, mewakili dua juta pekerja.

Mengenai Dana Pinjaman Mudah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), beliau berkata setakat 17 Mei, permohonan diluluskan bank tempatan dan disetujuterima oleh PKS berjumlah RM5.8 bilion, dan ini akan memanfaatkan 14,075 PKS.

Berkaitan Kemudahan Bantuan Khas (SRF) yang dikendalikan Bank Negara Malaysia (BNM) beliau berkata permintaan terhadap dana itu sangat menggalakkan dan peruntukan awal RM5 bilion telah digunakan sepenuhnya dengan cepat.

“Malah, seperti yang diumumkan oleh BNM minggu lalu, lebih 20,000 permohonan berjumlah kira-kira RM10 billion diluluskan oleh institusi kewangan yang menawarkan SRF ini.

“Berikutan sambutan yang sangat menggalakkan ini, BNM telah menambah jumlah peruntukan sebanyak RM5 bilion lagi bagi memenuhi jumlah permohonan diluluskan ini,” katanya.

Daripada jumlah diluluskan ini, beliau berkata sejumlah RM5.75 bilion disetujuterima oleh 13,908 PKS manakala RM4.25 bilion permohonan selebihnya pula sedang dalam proses pasca-kelulusan termasuk permohonan jaminan dan setujuterima oleh pemohon.

-BERNAMA
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,539
Reaction score
11,370
Points
2,376
zafrul-prihatin_1589871267.jpg


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Subsidi upah bantu kelangsungan perniagaan, kekal pekerja


PUTRAJAYA: Program subsidi upah yang diperkenalkan kerajaan terbukti dapat membantu kelangsungan perniagaan di samping mengekalkan pekerjaan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata sehingga 17 Mei lalu, sebanyak RM2.24 bilion sudah diluluskan bagi 267,752 majikan yang mewakili dua juta pekerja.

Beliau berkata, jumlah itu adalah peningkatan sebanyak RM140 juta untuk 100,000 pekerja berbanding minggu sebelumya.

Katanya, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), adalah diharapkan pembukaan semula kebanyakan sektor ekonomi akan membolehkan syarikat fokus kepada usaha meningkatkan pendapatan.

"Apa yang dilihat sejak PKPB dimulakan, perniagaan dan orang ramai akur mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di pusat membeli belah dan kedai.

"Teruskan kerjasama anda. Kejayaan menangani peperangan ini adalah di tangan kita semua. Wabak ini tidak akan hilang dalam masa terdekat dan tiada negara yang mampu untuk menyekat sektor perniagaannya secara berterusan.

"Inilah sebabnya mengapa Malaysia memilih untuk memperkasakan perniagaan dan individu untuk memainkannya bahagian dalam memulakan semula ekonomi," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi perkongsian laporan keenam pencapaian pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook rasminya, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, bagi Program Pengekalan Pekerja (ERP) yang menjamin kelangsungan pekerjaan serta membantu perniagaan, sehingga 17 Mei 2020, seramai 128,000 pekerja diluluskan iaitu peningkatan daripada 52,000 akhir bulan lalu.

Katanya, program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula menyaksikan sebanyak 20,771 permohonan diterima dan 3,168 permohonan bernilai RM20.6 juta diluluskan bagi caruman KWSP majikan, berbanding RM13.4 juta minggu lalu.

"Saya ingin menekankan bahawa ini adalah penangguhan dan penstrukturan semula bayaran caruman, bagi membantu aliran tunai perniagaan syarikat masing-masing.

"Dari segi undang-undang, caruman ini masih perlu dibayar apabila keadaan ekonomi lebih stabil," katanya.

Beliau berkata, Dana Pinjaman Mudah PKS yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pula menyaksikan permohonan yang diluluskan oleh bank tempatan dan disetuju terima oleh PKS setakat 17 Mei 2020 adalah berjumlah RM5.8 bilion, memanfaatkan 14,075 PKS.

Jumlah ini, katanya termasuk dana Kemudahan Bantuan Khas (SRF), Agrofund dan Insurans Takaful untuk saringan COVID-19.

"Disebabkan sambutan menggalakkan SRF, BNM menambah jumlah peruntukan sebanyak RM5 bilion lagi bagi memenuhi jumlah permohonan yang telah diluluskan," katanya.

Tengku Zafrul turut berkongsi laporan mengenai Geran Khas Prihatin (GKP) untuk PKS mikro, yang mana kerajaan sedang memproses 642,979 permohonan.


 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,434
Reaction score
3,336
Points
236
MPK Belanja RM2.016 Juta Sokong Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor

19.05.2020 - Shah Alam, Majlis Perbandaran Klang (MPK) membelanjakan RM2.016 juta bagi menyokong Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin untuk menangani kesan Covid-19 fasa pertama dan kedua.

Yang Dipertuanya Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata jumlah itu membabitkan pengecualian sewa premis, fi Notis E penggal 1/2020 dan pemotongan gaji.

“Pengecualian sewa bulan April bagi premis MPK berjumlah RM701,445 manakala pengecualian fi Notis E penggal 1/2020 bagi 65,320 pemegang harta berjumlah RM1.306 juta,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPK Bil.3/2020 di Dewan Raja Mahadi, Klang hari ini.

Beliau berkata sejumlah RM8,502 pula disalurkan ke Tabung Khas Bantuan Covid-19 melalui potongan gaji Mei dan Jun membabitkan 63 kakitangan bergred 44 hingga 54.

MPK-NEW.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/05/mpk-belanja-rm2-016-juta-sokong-pakej-rangsangan-ekonomi-selangor/
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,539
Reaction score
11,370
Points
2,376
dpmmabdhalim_1589892696.jpg

Presiden DPMM, Dr Abdul Halim Husin (kiri) dan Naib Presiden DPMM, Amir Hamzah Karim pada sidang media di Ibu pejabat DPMM, Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/Saifullizan Tamadi



'Tambah dana bantu usahawan mikro' - DPMM


KUALA LUMPUR: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mencadangkan dana mikro kredit perlu ditambah kepada RM1.5 bilion berbanding RM700 juta ketika ini bagi membantu lebih ramai usahawan mikro mengurangkan impak negatif COVID-19 terhadap perniagaan.

Presidennya, Dr Abdul Halim Husin, berkata DPMM berpandangan skim mikro kredit lebih sesuai dibuat secara dana pusingan modal kerja.

Beliau berkata, kemudahan modal pusingan amat penting bagi menjamin kelangsungan perniagaan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Majoriti usahawan mikro memerlukan bantuan aliran tunai dan kepantasan bantuan bagi membolehkan perniagaan mereka kembali pulih lebih pantas.

"Usahawan juga memerlukan bantuan secara menyeluruh termasuk bimbingan dan bantuan pemasaran untuk memulihkan perniagaan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan hasil kaji selidik kesan PKP bagi membendung penularan COVID-19 terhadap perniagaan usahawan Melayu.

Berdasarkan kaji selidik yang bermula 4 April 2020 membabitkan 1,000 responden mendapati 52 peratus responden menyatakan perniagaan mereka mampu bertahan selama sebulan walaupun dengan bantuan Skim Bantuan Upah.

Kaji selidik itu mendapati 39.1 peratus responden yakin bahawa prestasi perniagaan mereka boleh dipulihkan selepas PKP.

Dapatan kaji selidik itu menunjukkan sungguhpun dalam situasi mencabar, hampir 95 peratus responden bersetuju untuk terus berjuang dalam arena perniagaan mereka.

Sementara itu, 28.7 peratus responden berpandangan model perniagaan sedia ada mereka perlu diubah mengikut kelaziman baharu.

Sebanyak 66 peratus responden meminta agar geran khas untuk pemasaran dilaksanakan.

Selain itu, DPMM juga melancarkan Biro Aduan Pengusahaniaga COVID-19 untuk menerima aduan daripada syarikat kecil dan sederhana (PKS) seluruh negara.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,539
Reaction score
11,370
Points
2,376

MIKRO KREDIT | SEDC Peruntuk RM50 Juta Bantu Usahawan IKS​

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) memperuntukkan RM50 juta di bawah Skim Pinjaman Mikro Kredit.

Skim berkenaan terbuka kepada usahawan kecil dan sederhana di Sarawak yang terjejas akibat COVID-19.
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
19,434
Reaction score
3,336
Points
236
Penggiat e-Dagang Perkenal Insentif Rangsang Ekonomi, Bantu 320,000 PKS

17.06.2020 - Kuala Lumpur, Penggiat e-dagang, Lazada Malaysia dan TNG Digital Sdn Bhd memperkenalkan program insentif bernilai RM6 juta dinamakan #KitaBantuKita untuk merangsang ekonomi negara selepas Covid-19 dan melindungi lebih 320,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta netpreneur.

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Leo Chow berkata ekonomi digital akan menjadi faktor penting dalam pemulihan ekonomi Malaysia.

“Kita telah menyaksikan perubahan yang ketara dalam landskap perniagaan, dengan lebih banyak PKS tempatan mendigitalkan perniagaan mereka dengan memilih dalam talian.

“Sejak lima bulan lepas, jumlah penjual baharu di Lazada naik lebih 200 peratus berikutan rakyat Malaysia semakin ke arah penyelesaian dalam talian untuk keperluan harian mereka,” katanya dalam kenyataan bersama semalam.

Dengan satu pertiga daripada rakyat Malaysia yang membeli-belah di Lazada setiap bulan, inisiatif #KitaBantuKita menyasarkan untuk membantu PKS kembali bangkit dan mempercepatkan pemulihan mereka, katanya.

Sebagai tambahan kepada Pakej Kedai Pintar melibatkan dana tunai sebanyak RM10 juta sebelum ini, program itu merupakan yang pertama daripada beberapa langkah dalam perancangan mereka.

“Ini termasuk pembiayaan bersama kempen Shop Malaysia Online yang akan datang sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk menyokong PKS tempatan.

“Dengan pendekatan digital diterajui kerajaan ke arah penjanaan semula ekonomi negara daripada kelembapan baru-baru ini, Lazada bersama komuniti kami terdiri daripada pelanggan, penjual, jenama dan rakan kongsi akan mempercepatkan pemulihan ekonomi negara melalui ekosistem e-dagang kami,” kata Leo.

Rakyat Malaysia akan dapat menikmati penjimatan sehingga RM36 setiap satu melalui baucar dan rebat #KitaBantuKita semasa membeli-belah di Lazada.

Program insentif itu, bekerjasama dengan TNG Digital, akan mempercepatkan penggunaan platform digital dan pembayaran dalam kalangan pengguna dan peniaga, terutamanya perusahaan kecil dan perniagaan runcit, serta membantu mereka kembali bangkit dan berkembang dalam norma baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Ignatius Ong berkata melalui program insentif #KitaBantuKita dengan Lazada Malaysia, syarikat akan terus membantu meningkatkan pemulihan ekonomi negara dan menggalakkan penyelesaian pembayaran yang mampan melalui Touch ‘n Go eWallet.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/06/pen...l-insentif-rangsang-ekonomi-bantu-320000-pks/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register