Covid-19 Pakej PRIHATIN PKS (Tambahan) Covid19

CG Sponsors




Sponsored Post

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Permohonan Geran Khas Prihatin dibuka permohonan 1 Mei - Tengku Zafrul

zafkewang_1588063209.jpg


KUALA LUMPUR: Permohonan Geran Khas Prihatin untuk perniagaan mikro akan dibuka mulai 1 Mei 2020, demikian kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, proses permohonan akan diselaraskan dan diumumkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dalam masa terdekat.

Mengenai Program Subsidi Upah, sehingga 26 April, permohonan subsidi upah yang diluluskan telah meningkat daripada 159,000 majikan, membabitkan satu juta pekerja kepada 195,000 majikan yang membabitkan 1.5 juta pekerja.

"Bantuan ini membabitkan peruntukan RM1.35 bilion, meningkat daripada RM1.2 bilion pada minggu lalu," katanya menerusi perkongsian laporan ketiga pencapaian pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook rasminya hari ini.

Tengku Zafrul berkata, Dana Pinjaman Mudah PKS, yang mana RM6.3 bilion diperuntukkan, sebanyak RM4.5 bilion telah diluluskan untuk 8,500 PKS sehingga 26 April lalu, meningkat berbanding RM2.7 bilion untuk 5,000 PKS minggu lalu.

Beliau berkata, bermula 23 April 2020, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan Program Bantuan Majikan COVID-19 atau e-CAP untuk membantu PKS yang layak dalam menguruskan aliran tunai bulanan perniagaan.

Beliau berkata, program bantuan itu juga diharap dapat membantu majikan untuk terus kekal beroperasi serta mengekalkan tenaga kerja mereka.

Katanya, program itu juga ni membolehkan majikan yang mempunyai sehingga 200 pekerja untuk memohon penangguhan dan penstrukturan Bayaran Caruman Syer Majikan untuk caruman April, Mei dan Jun 2020 (iaitu pada bulan Mac, April dan Mei
2020).

"Bagi PKS yang mempunyai lebih 200 pekerja, sekiranya mereka perlukan penyelesaian yang berlainan dari apa yang ditawarkan melalui program e-CAP, mereka juga boleh menghubungi KWSP untuk pertimbangan, dengan syarat PKS mempunyai rekod bayaran caruman yang baik sebelum bermulanya wabak COVID-19," katanya.

Tengku Zafrul berkata, pakej PRIHATIN bertujuan untuk membantu rakyat dan perniagaan untuk tempoh selama tiga hingga enam bulan dalam menghadapi cabaran wabak COVID-19.

Beliau berkata, kerajaan sudah memulakan usaha merangka pelan pemulihan semula ekonomi dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

"Insya-Allah, pelan pemulihan ekonomi ini akan dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat. Sesungguhnya, kerajaan memerlukan usaha sama dan sokongan daripada sektor swasta dan juga setiap lapisan rakyat untuk memastikan ekonomi akan dapat dibangunkan segera.

"Cabaran yang kita hadapi adalah amat besar, tetapi kita mampu atasi jika kita bersatu...Insya-Allah," katanya.

Sumber : berita harian
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
"Sebaik PKP ditamatkan, perniagaan akan berdepan pelbagai tindakan dan pertikaian yang boleh memberi kesan buruk."
#AWANInews #FajarAWANI #HapusCOVID19


Pakatan perniagaan gesa rangka akta COVID-19; elak tindakan undang-undang
Bernama |
Diterbitkan pada
April 30, 2020 04:46 MYT


Pakatan perniagaan gesa rangka akta COVID-19; elak tindakan undang-undang

Penguatkuasaan akta khusus COVID-19 disifatkan amat penting bagi mengelak timbulnya banyak kes undang-undang. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Satu pakatan persatuan perniagaan Malaysia merayu kerajaan untuk mempertimbang penguatkuasaan akta khusus COVID-19 yang antara lainnya bertujuan mengelak syarikat dikenakan tindakan undang-undang kerana gagal menunaikan obligasi kontrak akibat penularan wabak tersebut.

Sehubungan itu, mereka meminta kerajaan dapat membentangkan rang undang-undang/akta berkaitan (Langkah-Langkah Sementara) dalam persidangan Parlimen akan datang pada 18 Mei ini untuk mengelak perniagaan terus lumpuh sekurang-kurangnya sehingga 31 Dis, 2020.

"Banyak perniagaan, khususnya dalam industri peruncitan, pengeluaran dan perkhidmatan mempunyai komitmen kontrak masing-masing. Sebaik PKP ini ditamatkan, mereka sebaliknya akan berdepan pelbagai tindakan dan pertikaian yang boleh memberi kesan buruk terhadap perniagaan.

"Rang undang-undang/akta itu perlu melibatkan aspek perkongsian beban kewangan termasuk daripada pemilik pusat beli-belah, lot kedai, pejabat dan kilang dari segi pengurangan sewa," kata Presiden McMillan Woods Association/Network of Accountants Datuk Seri Raymond Liew pada Rabu.


Liew berkata demikian pada sidang media bersama yang dianjurkan oleh 12 badan perniagaan dan perdagangan termasuk Persekutuan Rantaian Peruncitan dan Francais ASEAN, Persatuan Hotel Bajet Malaysia, Persatuan Rantaian Peruncitan Malaysia dan Dewan Perniagaan Digital Malaysia.

Kumpulan persatuan perniagaan itu turut menggesa supaya kerajaan berunding dengan pihak terbabit bagi memastikan rang undang-undang itu lebih menyeluruh.

Sementara itu, Penasihat Undang-Undang Persatuan Peruncit Bumiputera Syed Naqiz Shahabuddin berkata kebanyakan transaksi perniagaan tidak disertakan dengan dokumentasi kontrak sewajarnya.

"Sekiranya kontrak-kontrak ini ada klausa 'force majeure' (pengecualian) sekali pun, lazimnya klausa ini tidak dinyatakan secara tepat atau memihak kepada salah satu pihak,

"Oleh itu, dengan adanya satu rang undang-undang atau akta khusus seperti Akta COVID-19 yang amat bersesuaian untuk Malaysia kerana menetapkan situasi 'force majeure' bagi kedua-dua pihak; ia menggariskan bagaimana isu itu dapat diselesaikan," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia Datuk Michael Kang Hua Keong menyifatkan penguatkuasaan akta sedemikian sebagai amat penting bagi mengelak timbulnya banyak kes undang-undang.

"Jika tidak, kita akan menyaksikan peningkatan kes saman dalam tempoh enam bulan akan datang yang membabitkan majikan dan pekerja, penyewa dan tuan rumah selain bank dan pelanggan."

Malah, katanya, akta itu juga dapat membantu memastikan perniagaan dapat dilindungi daripada berdepan kemungkinan ditutup.

"Satu kaji selidik dalam kalangan PKS yang kita lakukan dan membabitkan 2,005 responden menunjukkan 25 peratus daripada mereka berhasrat untuk menutup perniagaan manakala 40 peratus lain merancang untuk memberhentikan pekerja masing-masing.

"Banyak PKS yang turut mengalami krisis dari segi aliran tunai," katanya.

-- BERNAMA


 

imatheonlyone

Legendary Member
Joined
Mar 11, 2009
Messages
13,127
Reaction score
440
Points
141
Sabar sabar...yakin lah selepas selesai kesengsaraan pasti dtg rezeki Dan kesenangan...skrg ni sabar la walaupun tgh perit sgt...
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
Kementerian Kewangan sasar Geran Khas Prihatin manfaatkan 700,000 PKS mikro - Zafrul



BANGI, 1 Mei -- Kementerian Kewangan menyasar sebanyak 700,000 perusahaan kecil dan sederhana mikro akan menerima manfaat daripada Geran Khas Prihatin (GKP) yang berjumlah RM2.1 bilion.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata GPK adalah bantuan kewangan secara sekali berjumlah RM3,000 kepada setiap PKS mikro berkelayakan yang akan dapat membantu meringankan beban mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

"GKP adalah geran, ia dibayar secara one-off (sekali) dan tidak perlu dibayar balik," katanya selepas lawatan kerja Hasil Care Line & Hasil Recovery Call Centre Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan perasmian GKP, di sini, hari ini.

Tengku Zafrul berkata permohonan bagi geran itu dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020.

"Tempoh permohonan 15 hari tersebut adalah mencukupi tetapi kita terbuka. Kita mahu permohonan dibuat dalam tempoh ini agar kita boleh mempercepatkan pembayaran selepas hari ke-15. Kita mahu pastikan data adalah tepat sebelum membuat pembayaran," katanya.

Permohonan geran tersebut boleh dibuat secara dalam talian melalui portal GKP - https://gkp.hasil.gov.my - yang disediakan oleh LHDN.

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020 dan pembayaran dijangka dibuat pada Jun yang akan dikreditkan ke akaun pemohon yang layak.

Antara kelayakan untuk memohon GKP adalah warganegara Malaysia dan pemohon menjalankan PKS mikro dengan jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000 serta jumlah pekerja kurang lima orang, tidak termasuk pemilik.
PKS mikro tersebut hendaklah berdaftar dengan LHDN, pihak berkuasa tempatan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebelum atau pada 31 Dis 2019 dan masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibayar secara berperingkat mulai 4 Mei melibatkan jumlah penerima seramai 8.3 juta orang dengan jumlah pembayaran sebanyak RM3.68 billion.

Daripada jumlah ini, katanya, hampir 2.05 juta permohonan baharu dan rayuan telah diluluskan yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.51 bilion, dan masih terdapat permohonan baharu dan rayuan dalam proses semakan oleh LHDN.
Pembayaran bagi permohonan baharu dan rayuan akan dibuat pada pertengahan Mei 2020.

Tengku Zafrul berkata bayaran BPN fasa pertama berjalan lancar dengan proses bayaran bermula pada 17 April kepada sejumlah 7.78 juta penerima dengan jumlah pembayaran sebanyak RM5.5 bilion.

"Kesemua pembayaran BPN melibatkan jumlah sebanyak RM10.7 billion bagi bulan April dan Mei. Terdahulunya kita menganggarkan RM10 bilion. Jadi, kita kena buat peruntukan tambahan, kita perlu berlaku adil. Kita melihat semua permohonan secara objektif,” tambahnya.

-- BERNAMA
 

silvermaddness

Legendary Member
Joined
Oct 6, 2007
Messages
11,517
Reaction score
63
Points
120
xleh proceed nak submit..tekan button "teruskan" xde jadi mende...dah buat captcha pon still takleh proceed..huhu
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,182
Reaction score
11,350
Points
2,376
IMG_20200502_012100_672.jpg

IMG_20200502_012104_560.jpg


Geran Khas Prihatin (GKP) untuk PKS​
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
Kita memerlukan cara bagaimana boleh membantu syarikat yang diburu pemiutang berikutan terpaksa tutup kedai setelah PKP dikuatkuasakan


Perlukah ada Akta Bantuan Covid-19?
SALLEH BUANG | | 3 Mei 2020
699598.jpg

Suasana Pasar Chow Kit di Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur yang diarah tutup sehingga 13 Mei ini akibat wabak Covid-19. -Foto Bernama


PADA 29 April lalu, Majlis Peguam ada mencadangkan supaya kerajaan menggubal satu undang-undang baharu untuk melindungi entiti perniagaan tempatan yang terkesan akibat pandemik koronavirus (Covid-19) apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020.

Mengikut Presiden Majlis Peguam, Salim Bashir, undang-undang baharu itu perlu dilaksanakan sebelum PKP dibatalkan.

Cadangan Majlis Peguam itu sebenarnya bukan perkara baharu kerana sebelum ini sudah ada beberapa pihak lain mengemukakan cadangan yang serupa.

Ada pengamal undang-undang yang mencadangkan kita meneliti semula Akta Syarikat 2016 (Akta 777) untuk melihat bagaimana kita boleh membantu syarikat yang diburu pemiutang akibat mereka terpaksa tutup kedai setelah PKP dikuatkuasakan.

Ada juga yang mencadangkan kita ikut jejak Singapura. Pada 1 April lalu, pemerintah republik itu membentangkan Rang Undang-Undang Covid-19 (Langkah-Langkah Sementara) di Parlimen untuk membantu entiti perniagaan di negara itu yang terkesan oleh pandemik.

Seorang sahabat turut mencadangkan kerajaan Malaysia mewujudkan satu shield law baharu untuk melindungi buat sementara waktu syarikat tempatan daripada diheret ke mahkamah oleh pemiutang-pemiutang disebabkan kegagalan mereka mematuhi kontrak dengan rakan niaga masing-masing disebabkan PKP.

Kontraktual
Wajar juga kita lihat apa yang berlaku di China. Mengikut akhbar Financial Times, negara itu mengeluarkan sijil force majeure (force majeure certificates atau FMC) kepada syarikat pengeksport yang gagal melaksanakan kewajipan kontraktual kepada syarikat pembeli asing.

Antara syarikat di negara itu yang diberi FMC termasuklah syarikat besi keluli, elektronik, pembuat kereta dan pembekal alat ganti kereta.

Satu laporan Reuters pada Mac lalu menyatakan bahawa Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCIPT) mengeluarkan 5,637 FMC bernilai 503.5 bilion yuan (RM312 bilion).

Perkembangan di Perancis juga menarik perhatian kita. Mengikut laporan media negara itu, kerajaan Perancis mengumumkan mana-mana syarikat di negara itu yang gagal melaksanakan kontrak perolehan dengan kerajaan disebabkan Covid-19 tidak akan dikenakan penalti.

Mengikut Menteri Ekonomi dan Kewangan Perancis, Bruno Le Maire, pandemik Covid-19 adalah satu kes force majeure untuk syarikat-syarikat perniagaan di negara itu.

Istilah force majeure yang merupakan bahasa Perancis bererti ‘kuasa besar‘ (superior force) ditakrif dalam Artikel 1218 Kanun Sivil negara itu sebagai ‘satu kejadian di luar kawalan, tidak boleh diramalkan dan sama sekali tidak boleh dielakkan'.

Mengikut pakar undang-undang, istilah itu mengandungi tiga elemen penting iaitu tidak boleh dielakkan, tidak boleh diramalkan, dan satu halangan sebenar (irresistibility, unpredictability, a real impediment).

Apa yang menjadi masalah bagi kita adalah bahawa tidak ada prinsip am force majeure di Malaysia yang boleh melindungi entiti perniagaan sekiranya satu pandemik seperti Covid-19 melumpuhkan negara.

Mengikut kes-kes mahkamah, satu peruntukan khas force majeure mesti diwujudkan (disebutkan) dalam dokumen kontrak sewaktu pihak-pihak ini menandatangani kontrak mereka. Satu peruntukan khas seperti itu mesti ada dinyatakan dalam dokumen kontrak untuk melindungi mereka sekiranya mereka melakukan pecah kontrak.

Untuk melindungi diri mereka di bawah fasal-fasal force majeure ini, pihak yang melakukan pecah kontrak perlu membuktikan wujud tiga keadaan – satu, ada kejadian atau malapetaka di luar kawalan mereka; dua, kejadian itu menghalang, melambatkan dan menyusahkan pelaksanaan kontrak; dan tiga, pihak itu telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk mengelak terkesan dengan kejadian itu.

Terkesan
Pada 27 Mac 2020 lalu, Presiden Donald Trump menandatangani satu undang-undang baharu di Amerika Syarikat bernama Akta Bantuan Koronavirus, Relief dan Sekuriti Ekonomi (ringkasnya CARES Act).

Matlamat utama akta baharu itu adalah untuk memberi bantuan segera dan penjagaan kesihatan kepada individu, keluarga dan entiti perniagaan yang terkesan dengan pandemik koronavirus.

Sewaktu rang undang-undang itu digubal, kerajaan berniat memberi bantuan kewangan sebanyak AS$500 bilion (RM2.1 trilion) kepada rakyat negara itu, pinjaman AS$208 bilion (RM894 bilion) kepada industri besar, dan pinjaman AS$300 bilion (RM1.3 trilion) kepada perniagaan kecil.

Setelah perundingan diadakan antara kepimpinan Demokrat dengan Republikan, peruntukan tersebut dinaikkan lagi sehingga AS$2 trilion (RM8.6 trilion).

Mengikut penganalisis ekonomi, undang-undang baharu Amerika Syarikat itu memberi bantuan (pakej rangsangan) yang terbesar dalam sejarah negara itu, iaitu kira-kira 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS.

Ia jauh lebih besar daripada peruntukan AS$831 bilion (RM3.6 trilion) pakej rangsangan yang diluluskan pada tahun 2009 ekoran Kemelesetan Besar (Great Depression) negara.

Selain membuat peruntukan bagi penjagaan kesihatan awam, undang-undang baharu itu juga memberi perlindungan (relief) kepada entiti perniagaan dan pertubuhan dalam bentuk pinjaman, kredit cukai, penangguhan cukai, potongan cukai, kemudahan pengangguran, geran pelajar, pinjaman pelajar, pelan persaraan dan akaun persaraan, akaun simpanan kesihatan dan tele-kesihatan.

United Kingdom juga bertindak cepat menggubal undang-undang Covid-19 yang baharu pada Mac lalu. Undang-undang itu, yang diberi nama Akta Koronavirus 2020, telah mendapat perkenan raja pada 25 Mac 2020 lalu.

Ia memberi kuasa darurat kepada kerajaan United Kingdom, tetapi (berbeza dengan CARES Act di Amerika Syarikat) ia tidak memberi bantuan kewangan besar dan kemudahan-kemudahan yang lain.

Dua negara Komanwel lain melakukan tindakan sama: Australia meluluskan Akta Omnibus Pakej Tindak Balas Ekonomi Koronavirus 2020 dan Kanada meluluskan Akta Tindak Balas Kecemasan Covid-19 2020.

Nampaknya Malaysia tertinggal jauh ke belakang. Kita dimaklumkan Parlimen akan bersidang pada 18 Mei ini. Soalnya, apakah ada masa untuk satu undang-undang Covid-19 baharu dibentangkan, dibahaskan dan diluluskan?
* Profesor Datuk Dr Salleh Buang ialah Pakar Undang-Undang

 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
6,840 PKS terima RM3 bilion kemudahan dana pinjaman mudah - Tengku Zafrul

6,840 PKS terima RM3 bilion kemudahan dana pinjaman mudah - Tengku Zafrul

Tengku Zafrul berkata kerajaan bersetuju untuk menambah peruntukan sebanyak RM120 juta kepada program ERP.

KUALA LUMPUR : Sehingga 5 Mei, 2020, sebanyak 6,840 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerima kemudahan dana pinjaman mudah berjumlah RM3 bilion yang disalurkan kerajaan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, jumlah itu merupakan pertambahan daripada RM1.5 bilion bantuan yang melibatkan 3,363 PKS setakat 26 April lepas.

Menurutnya, majoriti jumlah ini adalah daripada Kemudahan Bantuan Khas (SRF) yang mana PKS boleh memohon pembiayaan sebanyak RM1 juta dengan kadar faedah 3.5 peratus dan 80 peratus daripada jumlah pembiayaan dijamin kerajaan.

“Sambutan terhadap kemudahan ini amat menggalakkan dan saya berharap ia digunakan dengan penuh manfaat,” katanya semasa membentangkan Laporan Laksana Keempat Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, hari Selasa.

Tengku Zafrul berkata bagi Skim Pinjaman Mikro Kredit, sehingga 29 April, daripada RM700 juta kredit mikro yang ditawarkan pada kadar faedah 0 peratus oleh BSN dan TEKUN Nasional, sebanyak RM132 juta telah diluluskan.

Daripada jumlah ini, BSN telah meluluskan RM90 juta kepada 2,000 PKS Mikro dan TEKUN telah meluluskan RM42 juta kepada 5,000 PKS Mikro.

Manakala bagi program Subsidi Upah, sehingga 3 Mei, sebanyak RM1.9 bilion telah diluluskan yang memanfaatkan 235,000 majikan dan melibatkan 1.7 juta pekerja, katanya sambil menambah ia merupakan peningkatan daripada 195,000 majikan melibatkan 1.5 juta pekerja dalam laporan minggu lepas.

Tengku Zafrul berkata bagi program pengekalan pekerja (ERP) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kerajaan telah bersetuju untuk menambah peruntukan sebanyak RM120 juta (keseluruhan berjumlah RM240 juta).

Program ini bertujuan untuk memberi sokongan sebanyak RM600 sebulan selama enam bulan kepada pekerja yang bercuti tanpa gaji.

Sebelum ini pada 16 Mac, ERP telah diluluskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi dengan peruntukan sebanyak RM120 juta dan sehingga hujung April, 2020, lebih 52,000 permohonan pekerja telah diterima dan diluluskan.

Sumber : astro awani
 
Sponsored Post
Top
Log in Register