BTC USD 26,282.5 Gold USD 1,942.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pakej 2B Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai berdepan denda RM30,000 sehari

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,420
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
40,420
Reaction score
5,238
Points
481
Awards
1
Pakej 2B Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai berdepan denda RM30,000 sehari

Azami pada sidang DUN Kelantan, hari ini. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
Azami pada sidang DUN Kelantan, hari ini. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
KOTA BHARU: Pakej 2B membabitkan pembinaan laluan dari Ketereh hingga Kok Lanas bawah Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, kini berdepan denda setinggi RM30,000 sehari kerana kelewatan ia disiapkan.

Advertisement


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan, Datuk Azami Mohd Nor, berkata kemajuan pembinaan Pakej 2B sepatutnya sudah 100 peratus berdasarkan jadual tetapi baru mencapai 80 peratus.

Beliau berkata, ia adalah sebahagian daripada pelaksanaan Projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai yang dipecahkan kepada tujuh pakej, termasuk dua telah siap sepenuhnya, dengan keseluruhan pembinaan membabitkan jalan sepanjang 66.88 kilometer (km) dan kos sebanyak RM2.33 bilion.

"Pakej 1B membabitkan pembinaan laluan dari Pasir Hor ke Kadok serta Pakej 2A dari Kadok ke Ketereh, telah siap sepenuhnya dan digunakan.

"Pakej 2B dari Ketereh ke Kok Lanas masih dalam pembinaan. Kemajuan pakej ini berdasarkan jadual sudah 100 peratus tetapi yang sebenar masih 80 peratus. Pakej ini berjalan dalam tempoh denda sangat tinggi, iaitu RM30,000 sehari.

"Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengeluarkan pengakuan kerja tidak siap kepada pihak kontraktor," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) mengenai perkembangan projek berkenaan, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Azami yang juga ADUN Kadok berkata, lain-lain pakej pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sedang berjalan ketika ini.

"Bagi Pakej 3B dari Kampung Berangan Mek Nab ke Kampung Keruh, yang dahulunya adalah Pakej Lebuh Raya Rakyat, membabitkan pembinaan jalan sepanjang 10km dan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk disiapkan.

"Kerajaan Pusat sudah bersetuju untuk mengambil alih pembinaannya tetapi tanpa hutang. Kita berhutang sebanyak RM60 juta dan berharap jasa baik kerajaan supaya mengambil alih projek berkenaan termasuk dengan hutang," katanya.
 
Sponsored Post

puyol

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,485
Top Poster #9
Joined
Jun 28, 2011
Messages
30,485
Reaction score
4,187
Points
261
Awards
1
Jarak 6km pun lambat siap juga. Apa cerita ini kawan?

72642216_1551981814941767_9134528941824933888_n.jpg
 
Sponsored Post

Top
Log in Register