BTC USD 62,149.2 Gold USD 1,768.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pakatan Saran Polis Siasat Suspek Hina PM Secara Adil

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
KUALA LUMPUR 4 Sept - Beberapa ahli Pakatan Rakyat hari ini mempertikaikan isu berhubung penahanan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap individu yang menghina gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam sambutan hari kemerdekaan 'Janji Demokrasi' di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lalu.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berkata, tindakan yang sama (penahanan) perlu dilakukan terhadap individu yang membuat perkara hina (tayang punggung) di hadapan kediaman Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan.

"Kami tidak menolak tindakan tersebut, tetapi mengapa tindakan berlainan di kenakan terhadap kesalahan yang sama. Perkara itu turut berlaku secara 'live' di depan kediaman Datuk Ambiga," katanya kepada pemberita di sidang media selepas mesyuarat majlis setiausaha Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Antony Loke berkata, pihak polis perlu telus dalam melakukan siasatan serta mengikut etika dan profesionalisma.

Antony turut menyamakan insiden tersebut dengan kes Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang 'diberi' kek najis.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut menyokong kenyataan tersebut dan bersetuju siasatan lanjut diteruskan.

"Kalau ada perlu polis lakukan siasatan, 'go ahead' (teruskan)," ujarnya.

Bagi Naib Presiden PKR, Tian Chua, polis perlu menjalankan tugas dengan baik serta mengikut etika terutamanya dalam menjalankan siasatan.

"Polis ada hak dalam menyiasat kerana itu kerja polis. Tetapi tidak perlu membuat andaian awal sama ada membuat siasatan terhadap pegawai tertinggi mahupun ahli politik,"jelasnya.
 
Sponsored Post

a_fik

Fun Poster
Joined
Jul 2, 2008
Messages
912
Reaction score
1
Points
15
bila pembangkang ada jer nak amik tindakan..
bila umngok semua betul jer..
puihhh
 

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,851
Points
191
pdrm cawangan umno..x penahnya nak berlaku adil pd parti lain selain umno.
 

C_Kenek

Super Active Member
Joined
Feb 23, 2008
Messages
5,123
Reaction score
58
Points
70
puak umno yang ajar bebudak ikut dia tangkap plak
 

hafizan78

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Apr 2, 2009
Messages
12,818
Reaction score
155
Points
123
mana rakyat nak percaya polis nie telus...
 

din06

Active Member
Joined
Apr 9, 2010
Messages
2,192
Reaction score
0
Points
20
hampeh betul..aku tak kisah budak tu kena tangkap sebab berlaku kurang sopan..tapi bila BN buat pada pemimpin PR..tak kena pula...hampehhhh
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register