Pakatan Rakyat Malaysia?PRM? lain macam je bunyinya....

CG Sponsors




AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
ROS Syor Nama Baru Pakatan Pembangkang
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Pendaftar Pertubuhan (ROS) mencadangkan nama Pakatan Rakyat ditambah perkataan 'Malaysia' menjadi Pakatan Rakyat Malaysia sebagai nama rasmi gabungan pembangkang bagi mencerminkan imej nasional.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, syor itu dinyatakan ROS semasa pertemuan beberapa bulan lalu bagi membincangkan cadangan permohonan pakatan pembangkang PKR-PAS-DAP.

"Itulah kali terakhir kita bertemu mereka dan sehingga kini kita belum menerima apa-apa maklum balas daripada ROS. Kali terakhir kita bertemu ROS beberapa bulan lalu, mereka cadangkan nama Pakatan Rakyat ditambah dengan perkataan 'Malaysia' menjadi Pakatan Rakyat Malaysia bagi cerminkan imej nasional.

"Tapi sampai sekarang kita tunggu... belum ada apa-apa," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Pakatan Rakyat mengemukakan permohonan kepada ROS untuk menjadi gabungan rasmi pada November tahun lalu bagi menggunakan satu lambang.

Bagaimanapun semalam BERNAMA melaporkan Ketua Pengarah ROS, Datuk Md Alias Kalil berkata, pihaknya belum menerima permohonan pakatan pembangkang untuk mendaftarkan lambang parti pakatan itu.

Ditanya sama ada Pakatan Rakyat menghadapi masalah dari segi ideologi parti komponennya, Saifuddin berkata pihak gabungan itu tidak menghadapi masalah sedemikian sebaliknya hanya berkaitan soal taktikal.

"Apa yang disuarakan ialah kebimbangan jika kita gunakan satu lambang untuk bertanding pada pilihan raya iaitu kekeliruan di kalangan pengundi tradisi di kawasan pedalaman.

"Apa yang mereka faham apabila disebut pilihan raya (pertandingan) antara BN (Barisan Nasional) atau Umno lawan PAS... itu sahaja. Mereka kenal lambang dacing untuk BN dan lambang bulan untuk PAS.

"Apabila kita adakan satu simbol, lawan politik boleh kata PAS tak bertanding tahun ini sebab tak ada (lambang) bulan. Ini satu contoh yang kita dikautiri akan sebabkan kekeliruan di kalangan pengundi tradisi di kawasan pedalaman," katanya.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/11/22/mstar_berita/20101122174754&sec=mstar_berita
 
Last edited:
Sponsored Post

badboy4110

Active Member
Joined
Sep 16, 2008
Messages
1,390
Reaction score
23
Points
25
hahaha..nama pun nk letak grand2 ke?kalo bkhidmat grand2,xperlu nama grand pn bole
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
keke .. bunyi mcm kelakar je pakatan rakyat malaysia :))
 

azam575

CG Hardcore Club
Joined
Jul 19, 2007
Messages
99,039
Reaction score
830
Points
576
hehhe.... depa pon takut nak guna NAMA baru "PAKATAN RAKYAT MALAYSIA" masa lawan 2013 nanti huhuhuhu.......

betul gak org tu cakap... pengundi kenal pada PAS, DAP, PKR lawan BN ..... kang guna PRM lawan BN ..... ada yang keliru ... kena plak geng geng pengundi lama aka otai :D hehehehehe
 

azam575

CG Hardcore Club
Joined
Jul 19, 2007
Messages
99,039
Reaction score
830
Points
576
keke .. bunyi mcm kelakar je pakatan rakyat malaysia :))
aku rasa perkataan "RAKYAT" tak sesuai kot .... sbb bukan semua rakyat berpakat dalam parti tu pon ..... huhuhuhu...

tukar jadi PARTI REFORMASI MALAYSIA ar.... baru syiok.... Kata NAk TUKAR ..... so kita REFORMASI lah ..... hehehehehe
 

RizMa

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
4,475
Reaction score
112
Points
38
Hentam saja la labu...daftar dlu...
mgkin saja ja ros pelambatkan maklum balas. nnt nk dekat pilihanraya baru nk luluskan .snang skit BN nk menang..sbb org xkan sempat kenal PRM tu sapa...
 

fareast262

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2007
Messages
4,010
Reaction score
7
Points
25
em..bg aku depa ni xpyah bsatu..especialy pas..klu nk jugak amik nama ni pon ssuai parti rosak malaysia.
 

Zul34

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,959
Reaction score
14
Points
65
ltak aaa nama catchy sikit..mcm pelik sikit spaya org blh bezakan snang

mcm PARTI HARIMAU ke...PARTI SOTONG ke, hahaha
 
Sponsored Post
Top
Log in Register