BTC USD 28,279.7 Gold USD 1,981.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pakar Singapura bantu tambah baik sektor perumahan negara

SMI6

Super Active Member
gem
Messages
6,051
Joined
Jan 3, 2016
Messages
6,051
Reaction score
1,595
Points
156
nice tn SMI6 highlight this issue (y)
it seems that Ngar Kor Meng ni dah ada history dan reputasi pasal tanah hartanah ni
betu tu cek mek sebenarnya kebenaran merancang ni datang dari kerajaan negeri. Sbb kelulusan projek tu datang dari MB bukan nya dari menteri federal

Sebagai contoh Negeri Selangor, kerajaan negeri award tanah kepada pemaju utk dibangunkan kawasan kediaman. Bukannya pemaju beli. So bila ada pembangunan yg di buat oleh kerajaan negeri lapran kebenaran merancang adalah kelulusan Kerajaan negeri, pemaju kene buat sediakan laporan consultan dll laporan yg dibawa bersama dalam kebenaran merancang. yg meluluskan adalah MB negeri. dekat situ la kerajaan negeri blh bantu utk kawal harga rumah. Kalau tak buat mcm ni lagi mahal la harga rumah nanti.


panjang tu proses nak meluluskan kebenaran.

bila siap Kerajaan negeri akan dapat kutip hasil cukai tanah, PBT pulak dapat hasil dari development charges sewaktu projek sedang berjalan, kerajaan persekutuan akan dapat hasil dari SST bila rumah dah selesai jual.

KPKT dia bagi guideline pada pemaju rumah. Pemaju kene berdaftar dengan KPKT lesen pemaju APDL dll tu datang dari KPKT, KPKT tu monitor pemaju2 ni buat kerja.

Sepatutnya MB kedah jgn le kelam kabut sangat. Dia yg bahaya kalau nga kor meng dok dlm kerajaan negeri. Land Is state metter.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,709
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,709
Reaction score
22,080
Points
2,866
Awards
1
KPKT menyifatkan tuduhan berkaitan isu membawa masuk pakar HDB untuk menambah baik sektor perumahan di negara ini adalah satu tindakan provokasi yang berbaur hasutan.

Isu pakar HDB: KPKT sedia ambil tindakan perundangan​


26 Januari 2023 05:53pm


2070355.jpeg

Kor Ming

SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan kepada pihak yang membuat tohmahan, fitnah dan cubaan menghasut rakyat susulan membawa masuk pakar luar untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman berhubung isu perumahan.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, tuduhan sesetengah pihak berkepentingan politik bahawa perkongsian pakar perumahan daripada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HBD), Singapura dibuat bagi mengisi kelemahan penjawat awam Malaysia adalah tidak benar dan berniat jahat.

Menurut beliau, tuduhan tersebut adalah satu tindakan provokasi yang berbaur hasutan.

“Penjawat awam di KPKT sentiasa memberikan khidmat yang terbaik dengan penghasilan pelbagai dasar seperti Dasar Perumahan Negara, Dasar Rumah Mampu Milik, dan program-program perumahan holistik untuk rakyat di negara ini.

“Malah penjawat awam telah berkhidmat dengan cemerlang sejak dari pentadbiran Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sehinggalah ke hari ini. Sinergi penjawat awam dan anggota pentadbiran telah melahirkan pelbagai dasar, program dan pelan-pelan tindakan demi kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, media melaporkan Malaysia akan membawa masuk pakar daripada agensi-agensi perumahan Singapura, HDB untuk menambah baik sektor perumahan di negara ini.

Menurut Kor Ming, kerajaan Singapura bersetuju menghantar beberapa pakar HDB bulan depan untuk berkongsi kepakaran dengan Malaysia.
Namun demikian, perkara tersebut telah mendapat respons negatif daripada beberapa pihak dan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan dan mengkaji semula tindakan tersebut.
Jelas Kor Ming, niat untuk menjemput pakar dari negara luar termasuk Singapura dalam sesi seminar dan bengkel adalah bagi mendapatkan ilmu dan pengetahuan serta berkongsi kepakaran dalam bidang perumahan.

“Ia agar Malaysia dapat bergerak ke hadapan dan relevan dengan perkembangan semasa,” jelasnya.

Tambah beliau, berkongsi kepakaran dan bertukar amalan dalam sesuatu bidang bukan perkara baharu malah telah dimulakan sejak dahulu lagi dalam sistem kerajaan Malaysia bagi memberikan polisi, perancangan dan program terbaik kepada rakyat.

Menurutnya, Malaysia melalui KPKT telah melaksanakan pelbagai kerjasama yang serupa dengan pelbagai negara lain selain Singapura iaitu Australia untuk meneliti kaedah atau mekanisme dan polisi berkaitan pemajuan perumahan swasta serta akta sewaan kediaman manakala India dalam pemajuan swasta bercampur.

“Hubungan bersama pihak HDB Singapura telah dimulakan sejak tahun 2018 lagi apabila mantan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama delegasi telah menyertai lawatan ke Singapura. Antara yang turut dilawat ialah HDB Singapura untuk memahami perkara yang terbaik dalam perancangan dan penyediaan perumahan terutamanya dalam perumahan sosial,” ujarnya.

Tambah Kor Ming, dasar perumahan sedia ada yang dibangunkan merupakan hasil kerjasama kementerian bersama pakar perumahan dalam negara seperti Khazanah Research Institute (KRI), Bank Negara Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), para akademik, dan penganalisis hartanah.

“Tidak salah untuk kita menambah baik dasar sedia ada berdasarkan perkara yang terbaik supaya polisi yang dirangka lebih komprehensif dan praktikal dilaksanakan mengikut acuan Malaysia,” katanya.

Selain itu, KPKT mengarahkan agar stesen berita yang telah menyebarkan sebarang maklumat palsu untuk memohon maaf dan membetulkan kenyataan serta memegang teguh etika kewartawanan.
 

pelitaminyak

Legendary Member
gem
Messages
13,596
Top Poster #9
Joined
Aug 13, 2008
Messages
13,596
Reaction score
3,959
Points
261
Awards
1
Pakar Singapore setakat datang isi RON 95 kasi penuh tank, buat presentation lebih kurang pastu drive balik.
Pakar terowong dapat duit berjuta2, terowong hanya nampak dek bunian je...........

Pakar singapura ni Berapa juta lah pula........... Harap untuk manusia la
 
Sponsored Post

Top
Log in Register