BTC USD 27,586.6 Gold USD 1,978.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pakar Singapura bantu tambah baik sektor perumahan negara

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,507
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,507
Reaction score
22,004
Points
2,866
Awards
1

Pakar Singapura bantu tambah baik sektor perumahan negara​

Januari 18, 2023 @ 4:17pm


Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.


Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

KUALA LUMPUR: Malaysia akan membawa masuk pakar daripada agensi perumahan Singapura, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk menambah baik sektor perumahan di negara ini.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata kerajaan Singapura bersetuju untuk menghantar beberapa pakar HDB bulan depan bagi berkongsi kepakaran dengan Malaysia.


Beliau berkata, langkah itu adalah antara komitmennya untuk memberi tumpuan khusus kepada sektor perumahan, selain menyatakan kesediaan untuk mempelajari daripada negara lain seperti Jepun dan China bagi reformasi sektor perumahan negara.
"Kita sudah mendapat persetujuan daripada kerajaan Singapura, pakar HDB akan masuk ke KPKT (Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan) mungkin bulan depan.


"Mereka akan berkongsi pengalaman serta kejayaan mereka dan apa yang mereka lakukan. Kita akan belajar daripada mana-mana kajian kes, khususnya mengenai apakah amalan terbaik yang boleh kita contohi.

"Dari Singapura, Jepun atau China, kita tak kira. Yang penting, kesejahteraan rakyat kita jaga," katanya dalam satu temu bual bersama Astro Awani, semalam.

.
Mengulas lanjut, Kor Ming memaklumkan, KPKT juga akan menyenarai hitam pemaju yang bertanggungjawab dalam 'projek sakit', iaitu projek pembangunan yang mengalami kelewatan kemajuan lebih 30 peratus.

Tegasnya, sektor perumahan perlu diberi perhatian khusus memandangkan ekosistemnya membabitkan kira-kira 200 industri yang pelbagai.
Selain daripada beberapa industri asas dalam pembinaan seperti kontraktor dan pekerja binaan, katanya, ia turut membabitkan sektor lain seperti firma guaman, perbankan dan pemasaran.

"Oleh itu, sektor pembangunan perumahan di negara kita perlu diberi perhatian. Ya, walaupun ia ada masalah, tapi juga banyak pencapaiannya.

"Kita lihat mana-mana projek yang betul-betul mampan, hijau dan berdaya saing, kerajaan akan beri pengiktirafan. Namun, kawal selia tetap ketat," katanya.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,507
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,507
Reaction score
22,004
Points
2,866
Awards
1

Pelajari kaedah negara luar untuk mantapkan Dasar Perumahan Negara​

Januari 23, 2023 @ 12:31pm


Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Penelitian ke atas beberapa contoh dasar perumahan di negara luar adalah antara pendekatan dilaksanakan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam menambah baik Dasar Perumahan Negara (DPN).

Kajian semula ke atas DPN sedia ada itu dibuat bagi memastikan ia diselaras berpandukan rangkuman intisari Malaysia Madani agar dapat diterjemah kepada nilai kesejahteraan dan keseimbangan bagi semua lapisan masyarakat di negara ini.





KPKT dalam kenyataan hari ini, berkata kajian itu akan membabitkan penelitian menyeluruh ke atas sektor perumahan khususnya bagi meningkatkan pelaksanaan rumah mampu milik dan penyediaan perumahan awam.
Kementerian berkata, beberapa dasar perumahan di negara luar, termasuk Singapura akan diteliti terutamanya bagi perumahan awam dan mampu milik, berdasarkan kejayaan republik itu menyediakan perumahan awam atau sosial ke atas 80 peratus rakyatnya yang layak.

Justeru, katanya, atas dasar itu KPKT bercadang mengadakan sesi perkongsian ilmu bersama pakar perumahan dari Singapura bagi mengukuhkan strategi pembangunan perumahan negara.

"Pengukuhan ini akan berpaksikan kerangka dasar Madani yang menerapkan nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

"Ini (semakan semula) membolehkan DPN yang baharu kelak mengambil kira pelbagai keperluan rakyat mengikut acuan budaya, adat resam, agama dan masyarakat berbilang kaum di Malaysia," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, KPKT percaya sasaran penyediaan 500,000 rumah mampu milik menjelang 2025 mampu direalisasikan melalui kerjasama semua agensi perumahan di peringkat Persekutuan, negeri dan pemaju swasta.

Sasaran itu antara lain mampu dicapai menerusi pembangunan DPN baharu serta perancangan yang lebih teratur.
"KPKT bersedia mengkaji inisiatif sedia ada, mencari peluang inisiatif baharu dan memudah cara semua bentuk prosedur dalam kelulusan pemajuan perumahan.

"Ia bagi memberi ruang kepada pemaju perumahan swasta bergiat aktif menyediakan perumahan mampu milik yang berkualiti dan selesa untuk rakyat," katanya.

Pada 18 Januari lalu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, dilapor berkata kementerian akan mendapatkan kerjasama pakar daripada agensi perumahan Singapura, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk menambah baik sektor perumahan di negara ini.

Katanya, kerajaan Singapura bersetuju untuk menghantar beberapa pakar HDB bulan depan bagi berkongsi kepakaran dengan Malaysia.

Beliau berkata, langkah itu adalah antara komitmennya untuk memberi tumpuan khusus kepada sektor perumahan, selain menyatakan kesediaan untuk mempelajari daripada negara lain seperti Jepun dan China bagi reformasi sektor perumahan negara.
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,507
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,507
Reaction score
22,004
Points
2,866
Awards
1
Dasar perumahan negara jiran itu berjaya menyediakan perumahan awam atau sosial untuk 80% rakyatnya.

Dasar Perumahan Negara dikaji, ambil contoh kejayaan di Singapura​





January 23, 2023 2:30 PM


ppr-flat-perumahan-fmt-240820-1.jpg
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan berkata pihaknya percaya sasaran penyediaan 500,000 rumah mampu milik menjelang 2025 mampu dicapai.

PETALING JAYA: Dasar Perumahan Negara sedia ada akan dikaji semula termasuk mengambil kira beberapa contoh dasar perumahan negara lain termasuk di Singapura.

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, dasar perumahan di negara itu menekankan aspek pengurusan perumahan awam dan mampu milik, berdasarkan kejayaannya menyediakan perumahan awam atau sosial untuk 80% rakyatnya tanpa mengira bangsa.

“KPKT bersedia mengkaji inisiatif sedia ada, mencari insentif baharu dan memudah cara semua bentuk prosedur dalam kelulusan pemajuan perumahan supaya dapat memberi ruang kepada pemaju swasta bergiat aktif dalam menyediakan perumahan mampu milik berkualiti dan selesa untuk rakyat,” katanya dalam kenyataan.





Menurut kenyataan itu, melalui dasar perumahan baharu itu termasuk perancangan yang lebih teratur, kementerian berkenaan percaya sasaran penyediaan 500,000 rumah mampu milik menjelang 2025 dengan kerjasama semua agensi perumahan di peringkat persekutuan, negeri dan pemaju swasta, boleh dicapai.



Katanya, Dasar Perumahan Negara akan dikaji semula berdasarkan rangkuman intisari Madani supaya ia dapat diterjemahkan kepada nilai kesejahteraan dan keseimbangan untuk semua kumpulan rakyat Malaysia.

KPKT berkata, Dasar Perumahan Negara yang baharu kelak akan mengambil kira pelbagai keperluan rakyat mengikut acuan budaya, adat resam, agama dan senario rakyat berbilang kaum di negara ini.

Menurut KPKT, kementerian turut bercadang mengadakan sesi perkongsian ilmu bersama pakar perumahan dari Singapura bagi mengukuhkan strategi pembangunan perumahan negara berpaksikan kerangka dasar Madani yang menerapkan nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register