Covid-19 Pakar perubatan persoal sukatan suhu tidak tepat, langgar SOP

CG Sponsors




dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,224
Reaction score
1,601
Points
206

Petugas kesihatan menjalankan Saringan Komuniti Covid-19 kepada penduduk di Hulu Langat pada 12 April 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMARENCANAWAWANCARA
Mei 27, 2020 11:54 am

Oleh Sakini Mohd Said
KUALA LUMPUR, 27 MEI: Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas dan kini PKP Bersyarat (PKPB), boleh dikatakan ramai yang sudah mengamalkan normal baharu dalam urusan kehidupan seharian.

Daripada budaya kerja, bidang pembelajaran kepada perniagaan, pergantungan kepada teknologi digital semakin ketara. Begitu juga amalan tatacara operasi piawai (SOP) yang disarankan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.

Hendak masuk ke mana-mana pejabat dan pusat membeli-belah juga tidak semudah dahulu. Setiap daripada kita pada masa ini wajib melepasi pemeriksaan suhu badan sekiranya ingin melangkah masuk ke dalam bangunan.
Benarlah, pandemik Covid-19 merubah banyak perkara dalam rutin kehidupan kita.

Hanya yang bacaan suhu badan memenuhi SOP akan mendapat lampu hijau untuk masuk daripada pengawal keselamatan yang ditugaskan untuk membuat pemeriksaan. Langkah ini amat penting untuk memastikan tiada penularan wabak Covid-19.
Namun begitu, adakah pengambilan suhu itu benar-benar mengikut SOP yang ditetapkan? Persoalan paling penting, adakah anda yakin bahawa bacaan suhu itu adalah tepat mahupun sebaliknya?

Suhu rendah

Ini yang dipersoalkan oleh Pakar Paru-Paru Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Helmy Haja Mydin dalam satu ciapan di Twitternya baru-baru ini, selepas mengunjungi sebuah restoran di sekitar kawasan Petaling Jaya.


Pembantu perubatan memeriksa suhu badan pesakit sebelum menerima rawatan di Klinik Ajwa Seksyen 7, Shah Alam pada 27 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Beliau yang ketika itu sedang menunggu giliran untuk diperiksa suhu badan oleh pekerja restoran berkenaan terkejut sebaik melihat segala rekod suhu badan pelanggan sebelum ini yang dicatatkan mereka di sebuah buku.
Agak luar biasa menurut Dr Helmy kerana kesemua suhu badan pelanggan yang datang ke restoran itu adalah di bawah suhu 36.0 darjah selsius iaitu 33.0, 32.0, 31.5, 33.5, dan paling rendah adalah 29 darjah selsius, sesuatu yang langsung tidak masuk akal!

Ini kerana suhu badan manusia normal adalah antara 36.0 darjah selsius sehingga 37.5 darjah selsius dan sekiranya melebihi suhu berkenaan seseorang itu dikira demam dan tidak boleh dibenarkan masuk ke dalam sesebuah premis.

Seperti diketahui, gejala utama Covid-19 adalah demam dan saringan paling mudah untuk memastikan pelanggan sesebuah restoran, pekerja ke pejabat atau sesiapa sahaja untuk melangkah ke dalam bangunan merupakan seorang yang sihat adalah melalui bacaan suhu badan menggunakan termometer.

Itu yang telah ditetapkan dan wajib dipatuhi sektor ekonomi kerana kegagalan mematuhi SOP akan membuatkan mereka berhadapan tindakan undang-undang di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Tak guna buat saringan suhu badan sekiranya peralatan yang digunakan tak jitu. Use the right equipment and check your thermometers – we don’t want false assurances!” kata beliau dalam ciapannya di akaun @dochelmy.

Bernama yang menghubungi beliau baru-baru ini untuk bertanya lebih lanjut mengenai ciapannya itu dimaklumkan bahawa, keadaan tersebut jelas membuktikan pelanggan yang dibenarkan masuk ke dalam restoran berkenaan tidak disaring sebetulnya dan sudah tentu ia membimbangkan.

Ini kerana kemungkinan besar ada antara mereka mempunyai suhu badan lebih daripada 37.5, mempunyai gejala Covid-19 seperti demam tetapi dibenarkan masuk apabila bacaan suhu rendah kerana tidak disaring sebetulnya oleh pihak premis.

Hal ini menjadi kerisauan Dr Helmy kerana berkemungkinan pelanggan tidak disaring sebetulnya ini merupakan pesakit Covid-19 tanpa mereka sedari yang akhirnya menjangkiti orang lain.

Kena tahu cara guna

“Kalau tengok catatan buku tersebut ada yang mempunyai suhu serendah 29 darjah selsius dan ia sangat tidak logik kerana itu sudah suhu tahap mayat. Suhu badan manusia walau di mana saja kita berada termasuklah di negara sejuk, akan tetap sama antara 36.0 darjah selsius sehingga 37.5 darjah selsius.


Penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam melakukan ujian saringan suhu badan kepada pengunjung Pasar Seksyen 6, Shah Alam pada 1 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

“Sekiranya ada yang mempunyai suhu bawah 36.0 darjah selsius adalah disebabkan mereka sakit seperti penyakit hypothermia tetapi tidaklah sampai serendah 29 darjah selsius.
“Perkara ini perlu diambil perhatian jitu kerana normal baharu yang menetapkan setiap individu diperiksa dahulu suhu badan sebelum masuk tidak akan berguna sekiranya tidak disaring sebetulnya.

“Bayangkan, pemilik restoran sudah bersedia lengkap mematuhi SOP ditetapkan tetapi disebabkan kesilapan bacaan suhu badan, kita bimbang ada kes demam berkait dengan Covid-19 terlepas masuk,” katanya kepada Bernama menerusi WhatsApp.

Menurut Dr Helmy, ada beberapa faktor yang menyebabkan pembacaan suhu itu tidak tepat antaranya disebabkan kesilapan pengendalian alat berkenaan kerana tidak memahami sebetulnya tatacara penggunaan, kualiti mahupun aspek menyelaraskan fungsi tentukur termometer tidak diambil perhatian.

Walhal, amat penting sebenarnya alat tersebut diselaraskan fungsinya (menentukur) sebelum digunakan buat pertama kali dan juga sekiranya ia terjatuh mahupun apabila diguna berulang kali bagi memastikan bacaan yang akan diambil nanti adalah tepat.
Selain perlu juga memahami termometer mempunyai pelbagai jenis dan setiap alat pengimbas suhu ini adalah berbeza cara penggendaliannya.

Paling popular digunakan ketika ini oleh kebanyakan syarikat, restoran adalah termometer temporal artery atau juga dipanggil termometer dahi yang menggunakan sinaran inframerah untuk menentukan suhu pada dahi kerana agak mudah mengendalikannya serta tidak berlakunya sentuhan.
“Sebenarnya, pemeriksaan suhu paling tepat adalah menggunakan termometer merkuri di mana perlu meletakkannya di bawah lidah selama beberapa minit. Ia susah sikit berbanding dengan yang dipakai pada dahi,” jelas Dr Helmy.

Berbeza

Sementara itu, menurut Pakar Perubatan Kecemasan KKM, Dr Ahmad Zakimi Abdullah, kepentingan untuk mengetahui fungsi setiap termometer ini penting bukan sahaja untuk memastikan bacaan suhu yang diambil tepat bahkan juga disebabkan cara bacaan suhu alat pengimbas itu adalah berbeza antara satu sama lain.

Berkongsi maklumat berkenaan di laman sosial, Facebook miliknya selepas berhadapan insiden hampir serupa dengan Dr Helmy, beliau terkejut apabila ada penjaga pintu di satu premis yang dikunjunginya tidak tahu suhu yang betul untuk dibenarkan masuk.


Petugas keselamatan memeriksa suhu penghantar makanan di pusat membeli-belah Central i-City, Shah Alam pada 26 Mac 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

“Tak semua orang tahu kan. Oleh itu, kita perlu memberi sedikit penerangan tentang tatacara penggunaan termometer untuk saringan awal.
“Suhu badan normal adalah sekitar 36 darjah selsius hingga 37.4 darjah selsius. Maka suhu 37.5 darjah selsius atau lebih sudah dikira anda demam. Ini hanya untuk bacaan ‘thermoscan infrared’.

“Bacaan suhu dengan termometer jenis lain dikira demam adalah berbeza; ketiak >37.2 darjah selsius, mulut >37.8 darjah selsius dan rektum (punggung) atau telinga >38 darjah selsius.
Menurut beliau, cara mengambil suhu tujuan saringan pintu masuk, mestilah dengan menggunakan termometer jenis infrared gun demi mengekalkan penjarakan 1 meter.

“Jarak menggunakan termo gun ini taklah terlalu jauh kerana ia akan memberi ralat dan tidak tepat pada bacaan. Perlu lihat tatacara penggunaan termo gun mengikut pengeluar.
“Penyaring perlu memakai PPE sekurang-kurangnya topeng muka. Penjarakan 1 meter adalah diwajibkan. Bateri termometer ini kena sentiasa diperiksa secara berkala juga,” katanya dalam status tersebut.

Golongan berisiko

Sememangnya, hal ini tidak boleh dipandang ringan. Apatah lagi, media sebelum ini ada melaporkan terdapat ramai individu membawa golongan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 seperti kanak-kanak dan warga emas ke tempat awam sejak PKPB dilaksanakan pada 4 Mei lepas.

Justeru, bayangkanlah apabila golongan berisiko tinggi ini berada di tempat awam yang tidak disaring betul suhu bacaannya dan berkemungkinan besar terdedah kepada jangkitan Covid-19 tanpa disedari. Bukankah ini membahayakan mereka?

Kerana itulah, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berpandangan adalah sebaiknya setiap daripada kita mengelak untuk berada di tempat awam sekiranya tidak ada keperluan penting biarpun sesuatu aktiviti itu dibenarkan mahupun premis itu lengkap dengan SOP ditetapkan.

Jangan mudah selesa dengan angka semasa Covid-19 yang ketika ini berlegar sekitar dua digit. Kecuaian dan kelekaannya memungkinkan Malaysia berdepan peningkatan penularan Covid-19 secara mendadak pada pertengahan Jun berdasarkan pemodelan dan ramalan Covid-19 oleh Institut Kesihatan Negara (NIH) .

“Janganlah kita sesekali sia-siakan pencapaian agak cemerlang yang gigih lagi tekun kerajaan dalam memerangi pandemik Covid-19 sehingga dikitiraf di peringkat dunia!
“(Apa yang kita lalui hari ini adalah) “norma baharu yang bersifat sementara sahaja” sehingga pandemik ini dapat diperangi dengan jayanya tidak lama lagi,” katanya.

-BERNAMA
 
Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,224
Reaction score
1,601
Points
206
betul2 jadi kek den, ptg smlm lps asar 1st time nk mkn kek kedai mamak alam sentral, mcm biaso kena tulis nama & scan suhu badan.

lebih 5 kali mamak tu scan suhu kek dahi den, takdo apo2 kek scanner tu, kosong ajo!

last2 dio kasi masuk & makan dulu, nanti lps byr scan suhu lagi

APA JADI? lps mkn & byr pun bilo scan lagi result samo ajo, KOSONG! org lain scan dapek plak suhu bdn deme ekeeekekek

gamaknyo scanner tu pening dgn suhu bdn den sbb aura den terlalu power ekekekee:LOL:
 

adamrao

Active Member
Joined
Mar 1, 2017
Messages
1,541
Reaction score
156
Points
43
masa aku berenti kat trafik light lalu melihat ke maybank bagan serai.. aku tengok ramai makan besar besaran.. seperti tiada apa.. biarlah siapa nak terjun dalam longkang dengan arahan x munasabah ker jaan.. dipersilakan.. cuma nak ucap salam takziah pada kkm sebab nak kena jadi mangsa terpaksa layan kes kes baru muncul d perak kelak..

ehh ada ka kes baru.. ada kasi senyap kot?? xkan nak riuh pula kan??
 

anbusan

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2006
Messages
7,823
Reaction score
143
Points
83
kat bangi seksyen 3 ni pun sama kedai melayu selamba lepak bertiga kat meja kaki lima, yg aku tgk masih patuh kedai mamak untuk yg makan kat kedai
 

logammaut

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
9,835
Reaction score
454
Points
91
Temperature scanner pening la tu kot. Tak pernah kerja keras mcm dlm musim covid-19 ni.
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
20,440
Reaction score
1,949
Points
201
scanner murah sebab tu jadi mcm tu..ramai import dari China ambil kesempatan untuk jual...jual pulak harga tak agak agak.....yg bagus beli kat farmasi..
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
21,224
Reaction score
1,601
Points
206
kat bangi seksyen 3 ni pun sama kedai melayu selamba lepak bertiga kat meja kaki lima, yg aku tgk masih patuh kedai mamak untuk yg makan kat kedai
Btol Jang. Kek kmpg mentua, dpn klinik krajaan ado gerai2 mkn org kmpung selambo ajo mkn ramai2 4 org semeja takdo penjarakan. Raso mcm nk join ajo ekekeke.

Klu pengsan ramai2 bleh trus hntr masuk klinik tu ekekeke
 

TamingSari

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 28, 2006
Messages
25,466
Reaction score
158
Points
138
aku pun pelik dapat suhu 34.. list nama sblm ni pun 35 yg byk..
memang x masuk akal
 

pedang_setiawan

Fun Poster
Joined
Nov 16, 2010
Messages
868
Reaction score
166
Points
33
Sb tu la penting kalibrasi dengan kawalan mutu. Org lab biasa mmg pro benda ni. Aku malas nk cerita sb by the time aku hbs cerita, korang semua dah dpt mata CPD utk 3 hari kursus. Hehehe...dgn pengujian sbyk 3 kali (triplicate). Ok. Habis kat sini saja.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,422
Reaction score
21,052
Points
1,671
ada jgk yg tlalu sensitif. smlm ak kena 38. dah xpasal kena mark demam . cek kedai lain ok je 36
 
Sponsored Post
Top
Log in Register