- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 261,662
- Reaction score
- 8,830
- Points
- 2,226

FOTO Hiasan
Ia disifatkan sebagai kes pedofilia terbaharu Perancis.
Joel Le Scouarnec, 68, dijangka dibicarakan Mac tahun depan atas dakwaan merogol anak perempuan jirannya, melakukan serangan seksual dan perbuatan tidak senonoh.
Dakwaan itu meliputi kesalahan sepanjang tiga dekad apabila di berkhidmat di hospital terletak di tengah dan barat Perancis.
Tuduhan pertama bertarikh awal 2017, apabila ibu bapa kanak-kanak berusia enam tahun yang tinggal berjiran dengan Le Scouarnec di bandar Jonzac menuduh dia merogol anak mereka.
Dia juga dituduh merogol seorang saudaranya yang masih muda, menyerang secara seksual seorang lagi dan mendera seorang pesakit.
Selepas tuduhan dikenakan, penyiasat membuka siasatan kedua selepas menemui diari rahsia yang menyaksikan Le Scouarnec memperincikan adegan seks membabitkan ramai kanak-kanak.
Nama kanak-kanak terbabit disebut dalam diari itu, membolehkan polis mengesan mereka untuk mendapatkan keterangan.
“250 kanak-kanak mangsa pedofilia ini dikenal pasti masih berada dalam batas undang-undang ketika siasatan kedua.
“Polis menyoal siasat 209 daripada mereka, sebahagiannya masih ingat dengan jelas kejadian itu,” kata pendakwa raya bandar raya La Rochelle, Laurent Zuchowicz, semalam. -AFP

Pakar bedah Perancis cabul 200 kanak-kanak
PARIS: Seorang pakar bedah Perancis yang didakwa merogol dan menyerang secara seksual empat kanak-kanak, dilaporkan mencabul hampir 200 kanak-kanak lain, kata pendakwa raya.