BTC USD 57,084.6 Gold USD 1,772.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pakar bedah AS lakukan pemindahan ginjal babi ke manusia

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,394
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,394
Reaction score
2,966
Points
201
Pakar bedah AS lakukan pemindahan ginjal babi ke manusia
NEW YORK: Pakar bedah di Amerika Syarikat (AS) berjaya melakukan pemindahan buah pinggang babi ke manusia buat pertama kali dalam sejarah perubatan.

Lapor Daily Mail, prosedur yang dilakukan oleh pasukan pakar bedah di NYU Langone Health di New York menandakan ‘langkah signifikan’ dalam penggunaan organ binatang bagi menyelamatkan nyawa manusia.

Pembedahan itu melibatkan penggunaan gen babi yang diubah sehingga tidak mengandungi molekul yang diketahui akan berlaku penolakan segera oleh tubuh manusia.

Penerima adalah pesakit yang mempunyai kegagalan fungsi bahagian otak dengan tanda-tanda kegagalan buah pinggang.

Pihak keluarga akhirnya bersetuju untuk menjalani pembedahan percubaan itu sebelum mesin bantuan pernafasan ditanggalkan.

Pembedahan selama dua jam itu diketuai oleh Pakar Bedah Pemindahan Organ, Dr. Robert Montgomery.

Katanya,selama tiga hari, ginjal baharu dicantumkan pada saluran darah pesakit bagi memudahkan pakar melakukan pemerhatian dan mengambil sampel biopsi.

Beliau menjelaskan hasil ujian dilakukan mendapati buah pinggang yang dipindahkan kelihatan cukup normal.

Penyelidik bekerja keras selama beberapa dekad mengkaji mengenai kemungkinan penggunaan organ haiwan ke tubuh manusia.

Di United Kingdom, lebih 6,100 pesakit menunggu giliran menjalani pembedahan pemindahan organ, termasuk 4,584 pesakit yang menunggu mendapatkan ginjal.

United Network for Organ Sharing melaporkan hampir 107,000 orang menunggu pembedahan pemindahan organ termasuk lebih 90,000 menunggu giliran mendapatkan buah pinggang di AS dengan tempoh menunggu secara purata adalah selama tiga ke lima tahun.
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,237
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,237
Reaction score
15,431
Points
1,906
Dulu, cukup sekadar para ‘alim dan mufti berfatwa tentang hukum derma organ manusia kepada manusia. Sekarang perlukan lebih dari itu, bahkan apakah hukumnya pula menerima derma organ daripada haiwan seperti babi.

Perkembangan sains perubatan di tahap percubaan menunjukkan bahawa buah pinggang babi boleh dipindahkan bagi mengganti organ yang rosak dalam tubuh manusia. Ia masih di tahap percubaan, tapi jelas menunjukkan arah tuju perkembangan perubatan moden.

Perkara-perkara besar seperti ini lebih memerlukan ijtihad para ‘alim masa kini, berbanding isu-isu titik-bengik tentang hukum memiliki gaya potongan rambut bergaris, contohnya [1]; atau adakah hingus kucing itu najis, misalnya [2]; atau fatwa hukum berkahwin dengan jin, umpamanya [3].

Umat Islam harus terkehadapan dengan teknologi terbaharu, dan jangan selamanya tersekat dengan perbahasan fiqh titik bengik yang tidak membantu perkembangan tamadun kemanusiaan.

[1] https://muftiwp.gov.my/.../4990-larangan-memiliki...
[2] https://www.muftiwp.gov.my/.../5015-al-kafi-1837-adakah...
[3] https://muftiwp.gov.my/.../3821-irsyad-al-fatwa-siri-ke...


 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,394
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,394
Reaction score
2,966
Points
201
Babi penyelamat manusia
Dulu pun keje dia jd cleaner dlm kapal

Skrang dia bertugas bersihkan darah kita

T kasih babi syukur hamdelilah
 

logammaut

Legendary Member
Messages
11,138
Joined
Dec 12, 2009
Messages
11,138
Reaction score
1,244
Points
201
Lepas ni byklah kes babi kena culik sbb organ. Tak pun ada babi buat duit jual organ sendiri 😂
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,786
Top Poster #5
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,786
Reaction score
22,055
Points
1,671
Nasib si penderma mcm mana

Maju betol perubatan dorang
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,237
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,237
Reaction score
15,431
Points
1,906
Nasib si penderma mcm mana

Maju betol perubatan dorang
maksud mcmana nasib si penderma tu,
akhirnya diraikan dlm bentuk makanan ke mcmana tu
 

theblur

Super Active Member
Messages
7,677
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,677
Reaction score
992
Points
121
nak komplen lebih2 tak boleh sebab kapir2 ni byk sgt inovasi dan lain2 yg bagus dan beri kebaikan utk manusia.

kita lawan la dgn berinovasi dan ber-r&d juga.

nak harap pak arab kaya trillion2 tu, memang tak la.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register