BTC USD 65,946.5 Gold USD 2,646.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pahlawan Negara - Adakah kita peduli?

klleman

Active Member
Messages
1,423
Joined
Dec 2, 2006
Messages
1,423
Reaction score
4
Points
25
walau perut dirobek peluru namun lawan tetap lawan…itulah Kanang anak Langkau

KETIKA bersama lebih 30 anggota Platun Gempur Batalion Kelapan, Rejimen Renjer Diraja (RRD) bertempur dengan segerombolan pengganas komunis di Perak tahun 1980, Kanang anak Langkau ditembak tiga kali berturut-turut oleh pihak musuh.

Sebutir peluru dari arah belakang singgah ke jantungnya sebelum menembusi dadanya. Beberapa saat kemudian, dua lagi tembakan dari depan dengan setiap sebutir peluru mengenai saluran kencing dan merosakkan buah pinggang kirinya.

Kanang yang berlumuran darah dan tidak bermaya waktu itu, sementara menanti bantuan tiba, cekal menggagahkan dirinya memapah seorang anggota bawahannya dari menjadi mangsa tembakan menggila komunis.

“Akibat tembakan itu saya terpaksa dirawat selama setahun,” katanya.

Anugerah tertinggi Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) diterimanya hasil pertempuran dengan komunis di Perak, Februari 1980.

Setahun sebelumnya beliau menerima pengurniaan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) atas kehebatan dan keberaniannya menembak mati lima pengganas komunis di Hutan Simpan Korbu, Sungai Siput, Perak.

Nah, sejauh mana kita mengenali Kanang berbanding Rosyam Noor atau Fasha Sandha.

Sejauh mana kita mengenang beliau selain daripada pingat besi yang disemat di dadanya itu.

Baru-baru ini kerajaan hendak menganugerahkan pangkat Datuk kepadanya tetapi ditolaknya dengan baik, katanya;

Saya bukan orang kaya, saya nie orang miskin. Kalau diberikan gelaran Datuk, saya terpaksa mengubah penampilan saya dan mengupah seorang pemandu yang mana saya tak mampu untuk sediakan.”

Ramaikah rakyat Malaysia tahu akan beliau? Ataupun, anak Sarawak masihkah berbangga dgn beliau?
 
Last edited:
Sponsored Post

APABILA menonton Sarjan Hassan, ramai mengagumi kehebatan filem perang itu, termasuk keberanian dan semangat juang watak utamanya lakonan P Ramlee dalam mempertahankan negara ini daripada pendudukan tentera Jepun. Bagaimanapun, tidak ramai tahu filem itu adalah kisah benar seorang bekas pegawai tentera, Kapten (B) Hassan Othman, 64, sehinggalah beliau meninggal dunia pada 1 Mei 1991 di Hospital Seremban, kira-kira jam 4.15 pagi akibat angin ahmar.

Allahyarham yang berasal dari Kampung Pantai, Seremban meninggalkan seorang balu, Aishah Mohamad Salleh, 12 anak enam dan 18 cucu ketika itu dan jenazahnya dikebumikan di Makam Tuan Haji Said.

Beliau menyertai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 1946 sebelum menamatkan perkhidmatannya pada 1967 dengan memegang pangkat Kapten, seterusnya membuka syarikat pengangkutannya sendiri. Sepanjang 21 tahun dalam bidang ketenteraan, seramai 54 pengganas komunis tumpas ditangannya dan di atas keberaniannya itu, beliau dikurniakan pingat kebesaran termasuk Ahli Mangku Negara (AMN) dan Pingat Jaksa Kebaktian (PJK).

Semangat juangnya yang tinggi turut memberi ilham kepada penulis skrip Sarjan Hassan Ramlee memindahkan kisahnya ke layar perak pada 1955, malah Hassan turut membantu penerbitan filem berkenaan. Diakui, tiada filem perang lain mampu menandingi kehebatan filem berkenaan sehinggalah Jins Shamsuddin (kini Tan Sri) tampil dengan filem Bukit Kepong pada 1980 yang memaparkan peristiwa berdarah Balai Polis Bukit Kepong diserang hendap komunis.

Lama dah tak tgk filem niii
 
Kanang anak Langkau

kanang_SPaward_01.jpg
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register