Pahit maung 20 tahun dunia niaga

Recommended Brokers


tnetcc

Junior Member
Joined
May 15, 2009
Messages
82
Reaction score
30
Points
16
Assalamualaikum...

dah lama tak post kat CG. aktif membaca saja. hari ni agak free, nak kongsi kisah saya dalam dunia niaga.

Mula berniaga part time 1997, buat bisnes sticker potong. (plotter).
1999 plan untuk buka pusat komputer / training center / cyber cafe. Lama gak cari modal dan lokasi yang sesuai.
2001 - buka biz bundle guna lori luton. tak berapa menjadi.
2002 - start biz komputer setelah dapat lokasi yang sesuai. modal ala kadar saja.
2002 - 2007 perkembangan perniagaan sangat pesat.
2008 - 2010 perniagaan tgh top.
2011 - 2013 perniagaan semakin perlahan
2014 - 2017 perniagaan semakin turun. masa ni semua saving dah start guna.

Julai 2018, saya ambil langkah kebelakang. start kerja dengan sebuah kompeni sbg finance. dapat sikit sebanyak menampung hidup.

Biz pula dijalankan oleh staff. Masih mampu membuat sedikit untung. Duit gaji top-up kat biz untuk tambah stok.
 
Sponsored Post

tnetcc

Junior Member
Joined
May 15, 2009
Messages
82
Reaction score
30
Points
16
Alhamdulillah, walaupun turun naik, sempat habiskan bayar kereta dan rumah. Sekarang pada usia 43 tahun, nak mula kerja dengan orang ni agak sukar.

Masa tengah top, merasa juga pendapatan 5 angka sebulan walaupun kedai kecik je.
 

AMHFZ

Super Active Member
Joined
Mar 6, 2012
Messages
5,040
Reaction score
205
Points
73
Terbaik tuan..

sy baru 27. siang makan gaji, malam niaga.. moga kita sama2 dimurahkan rezeki. inshaa Allah
 

zfa85

Active Member
Joined
Apr 26, 2012
Messages
1,122
Reaction score
23
Points
25
Boleh sharing x tuan,camne perniagaan tuan yg tgh top tu boleh merudum?
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,233
Reaction score
856
Points
161
Terbaik tuan..

sy baru 27. siang makan gaji, malam niaga.. moga kita sama2 dimurahkan rezeki. inshaa Allah
muda lg tuh....:)cgrock

aku sume x menjadi... trade forex hancur (5thn):((... biznes carwash (share partner bertahan 2 thn).... skrg makan gaji jerk.. cukup makan jerk la....
 

naz84

Active+ Member
Joined
May 8, 2009
Messages
3,865
Reaction score
43
Points
35
dugaan tu bro...tokey kfc pn stat meniaga umuq 60 lebey..jg putuih semangat:)cgrock
 

tnetcc

Junior Member
Joined
May 15, 2009
Messages
82
Reaction score
30
Points
16
Boleh sharing x tuan,camne perniagaan tuan yg tgh top tu boleh merudum?
1. Permintaan komputer semakin berkurangan
2. Persaingan dengan perniagaan baru
3. Persaingan dengan perniagaan online LZD
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,001
Reaction score
1,506
Points
596
pengalaman berharga leh sharing ngan bro sekali
 

tnetcc

Junior Member
Joined
May 15, 2009
Messages
82
Reaction score
30
Points
16
4. Kekurangan stok / pilihan
Untuk no 4 ni, pada tahun 2011, satu banjir kilat melanda premis perniagaan. Hampir separuh stok tengelam air dan tidak dapat digunakan. Banyak juga terpaksa jual murah-murah.

Server, network switch tengelam terus. Perabot2 kayu semua kena buang, Masa tu rasa down giler. Sentiasa ingat, Allah ada. Stok niaga kumpul sikit-sikit sampai 50k masa tu boleh musnah dalam masa satu malam...
 
  • Like
Reactions: TT

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,001
Reaction score
1,506
Points
596
bro tak nak cuba biz mengurut orang

saya on the way

asal bagi pandai skill urut orang suka

nanti orang mai balik cari kita

modal kita tenaga juga minyak urut serta skill
 
Sponsored Post
Top
Log in Register