Pahit manis ‘diurus’ penjawat awam

CG Sponsors




AMICO66

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
9,629
Reaction score
258
Points
91
Dari ruangan Forum Utusan Malaysia..

DALAM usaha Perdana Menteri meningkatkan semangat berbudi bahasa dan tingkah laku di kalangan penjawat awam, saya amat terkilan kerana ada segelintir kakitangan yang berasa bangga dan riak dalam perkhidmatan mereka.

Ini terjadi sendiri kepada saya dan ibu saya yang berusia 63 tahun semasa kami ke sebuah pejabat kerajaan yang tersergam indah di Putrajaya.

Kami ke pejabat itu untuk membuat aduan dan semasa sampai di sana kami telah disuruh ke tingkat 3 iaitu pejabat penguat kuasa.

Saya pun ke tingkat 3 pejabat itu dan ingin berjumpa dengan pegawai yang dimaksudkan.

Lebih kurang setengah jam menunggu tiada pegawai yang melayan kami dan saya telah bertanya kepada seorang pegawai di situ.

Alangkah terkejutnya apabila dia menyatakan: ‘‘Puan, kan saya dah cakap pegawai itu mesyuarat, kalau puan nak tunggu, tunggulah. Kalau tidak puan balik dan datang esok‘‘.

Saya bertanya bagaimana saya hendak membuat aduan sedangkan saya datang dari jauh dan saya tidak boleh datang esok kerana menaiki teksi.

Sekali lagi dia bercakap pada saya: ‘‘Puan nak tunggu, puan tunggulah kalau tidak, pergi ke pejabat cawangan saja. Kami ini ibu pejabat, aduan yang remeh-temeh kami tak ambil’’.

Hampa saya pada hari itu kerana seorang kakitangan kerajaan yang masih muda sanggup bercakap begitu.

Akhirnya saya ke pejabat cawangan di Kajang dan saya rasa itu sajalah yang paling hampir. Saya sampai di pejabat tersebut dan masih dalam keadaan takut akan dilakukan seperti tadi.

Bila tiba di kaunter tersebut, saya dan ibu saya telah dilayan dengan begitu mesra. Saya telah disuruh menunggu untuk berjumpa dengan pegawai di situ. Alangkah terkejutnya saya apabila pegawai yang saya jumpa itu sungguh berhemah dan berbudi bahasa.

Dari segi percakapan dan senyuman tak lekang dari bibir. Terfikir saya alangkah bagus jika semua kakitangan kerajaan seperti itu.

Setelah selesai, saya dan ibu saya pun beredar dari pejabat itu pada waktu yang sama kakitangan kerajaan pulang. Semasa saya menunggu di bawah pejabat itu, pegawai tadi telah menyapa saya dan menyatakan bahawa di sini susah mendapatkan teksi. Beliau bertanyakan arah tuju saya dan saya menyatakan ingin pulang ke Bandar Baru Bangi.

Tanpa disangka dia mengajak saya dan ibu saya menumpangnya kerana dia menyatakan ingin pulang ke Putrajaya.

Sepanjang perjalanan beliau tidak lekang dengan senyuman dan begitu ramah melayan kami sehingga kami selamat sampai di rumah.

Bandar Baru Bangi">

petugas awam?

kene le berhemah sikit...kan satu malaysia...:eek:
 
Sponsored Post

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Sistem 1Malaysia, rakyat dibelakangkan..
 

aloong_05

Active+ Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
4,659
Reaction score
42
Points
30
sebab dok kat hq jer..cube letak kat tempat2 terpencil..tokder dilayan camtunye...
 

hairl

Active+ Member
Joined
Aug 22, 2007
Messages
3,053
Reaction score
24
Points
25
macam2 hal...nasib baik ada pegawai yang baik macam tu...
 

mint

Super Active Member
Joined
Apr 27, 2009
Messages
5,431
Reaction score
16
Points
65
mmg ada pegawai yg mcm tu klau kat HQ..

dia sangka duk HQ besor sgt jawatan nya..

aku selalu nasihatkan staf aku, layan org lain sebagaimana kita nak dilayan..

klau baik layanan dia, baik la balasan yg kita dapat

tp tak semua mcm tu..ada yg ok..cuma kadangkala ada yg k.o
 

none

Super Active Member
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,101
Reaction score
268
Points
91
setuju, mmg ada sekor dua penjawat awam yg macam tu,
biasanya pecacai aja yg sombong xtentu pasal,
tu yg kekadang terperanjat.... bos lebih baik dari n17
 

otaida00taj

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,523
Reaction score
65
Points
120
sebab banyak yang kerja hanya pikir duit je...
 

damiaphang

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Apr 21, 2008
Messages
7,626
Reaction score
53
Points
70
memang ada pun perangai mcm tu...
x mesra pong...
baru aje bln lps adik teman pegi buat report kat trafik manjung...
mcm hampeh siap perli2 org lg...udah la muka mcm cuka semua...
bahasa jgn ckp la...mcm hampeh...
yg ada paku pun siap bleh hisap rokok lg dlm opis...apakah pelik perangai derang...peraturan x reti nak ikut...
 

elan

Active+ Member
Joined
Apr 10, 2007
Messages
4,796
Reaction score
34
Points
30
memang ada, tapi bukan semua.. dan memang ada pelanggan yang kurang hajar jugak, tapi bukan semua.. dah le datang minta tolong, lepas tu marah2 pulak... jenuh aku dengar ceramah dia pulak... kalau aku bukan penjawat awam masa tu, mau aku ajak bertumbuk je....:mad:
 

Ran

Active+ Member
Joined
Oct 23, 2007
Messages
4,978
Reaction score
62
Points
40
setuju, mmg ada sekor dua penjawat awam yg macam tu,
biasanya pecacai aja yg sombong xtentu pasal,
tu yg kekadang terperanjat.... bos lebih baik dari n17
yer bro..aku stuju..aku yg pnjwat awam ni pun meluat ngn segelintir N17 nih..jgn slh faham k..xsmua gitu..ada sorg dua kt opis aku yang camtu..xsemua..tp mmg berlagak lebih dari JUSA C..!! hampeh..bukan semua ok..~X(
 
Sponsored Post
Top
Log in Register