Padam lampu awal rangsang kelahiran

CG Sponsors




BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Padam lampu awal rangsang kelahiran

SEOUL: Kementerian Kesihatan Korea Selatan - yang ditugaskan mengatasi masalah kadar kelahiran rendah negara itu - mengarahkan lampu pejabatnya ditutup awal sekali sebulan bagi menggalakkan kakitangannya pulang awal dan berasmara.

Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, lampu ditutup pada jam 7.30 malam setiap Rabu ketiga dalam usaha kementerian itu ‘membantu kakitangan menyumbang kepada peningkatan kadar kelahiran negara’.


Bagaimanapun, kakitangan yang terpaksa menyiapkan tugasan penting dikecualikan daripada peraturan itu.


Ketua projek kementerian, Choi Jin-sun, berkata pulang awal mungkin tidak ada kaitan secara langsung dengan kehamilan.


“Namun, anda tidak boleh mengetepikan langsung kemungkinan kaitan itu tetap ada,” katanya.

Kadar kelahiran rendah kini menjadi isu penting dalam masyarakat Korea Selatan.


Pada 2008, kadar purata kelahiran negara itu adalah 1.19 bayi bagi setiap seorang wanita dan dianggap antara paling rendah di dunia.


Jika keadaan tidak diperbaiki, pelbagai pihak bimbang populasi negara itu bakal menguncup dalam tempoh satu dekad.


Menteri Kesihatan, Jeon Jae-hee, berkata tidak lama lagi anak muda Korea Selatan akan dibebani tanggungjawab menyara orang tua masing-masing.


“Korea Selatan mungkin kalah dalam persaingan ekonomi global akibat kekurangan sumber manusia.


“Sebenarnya, ini adalah isu paling penting dan mendesak dihadapi negara,” katanya kepada akhbar Korea Times. Ketika ini, kadar kelahiran di kalangan kakitangan yang berkahwin di Kementerian Kesihatan hanya 1.63 bayi berbanding 1.82 bayi di kalangan penjawat awam lain.


Kementerian mahu meningkatkan kadar itu sebanyak dua peratus dalam tempoh dua tahun. - AFP
 
Sponsored Post

anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam....ada pulak kes ni????? kalu binatang pulak kena pasang lampu da
 
Sponsored Post
Top
Log in Register