Padam cek

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR: Pemilik dan pengguna buku cek dinasihati berwaspada berikutan muncul sindiket ‘getah pemadam ajaib’ yang berupaya menghilangkan tulisan pen pada kertas cek sebelum ditukar nama atau jumlah wang bagi melesapkan wang mangsa.

Penjenayah itu dipercayai menggunakan teknologi canggih untuk memadamkan tulisan pen mata bulat pada nama penerima cek sebelum menukarkannya kepada nama sendiri untuk membolehkan wang terbabit ditunaikan di bank.

Penipuan terbaru ini menimbulkan tanda tanya berikutan kepingan cek bank yang mempunyai ciri keselamatan khas mampu dipadamkan sesuka hati sebelum ia ditunaikan di kaunter bank.

Dalam kes terbaru, seorang pakar mata, Ng Choon Hee, 41, menjadi mangsa apabila kehilangan lebih RM4,400 selepas tiga cek miliknya diubah suai tanpa pengetahuannya.

Mangsa berkata, penipuan terbabit hanya disedari baru-baru ini selepas tiga keping cek miliknya tidak sampai ke tangan syarikat yang sepatutnya.

“Saya sebelum ini menggunakan perkhidmatan pos untuk menghantar dua keping cek dengan bayaran RM2,763 dan RM235 kepada dua syarikat berasingan.

“Dua bayaran melalui cek itu dilakukan bagi melunaskan bayaran yuran audit dan yuran kos pengiraan cukai pendapatan,” katanya.

Menurutnya, dia hanya menyedari apa yang berlaku pada 11 Disember lalu apabila menerima dua panggilan telefon dari syarikat terbabit yang mendakwa belum menerima bayaran itu darinya.

“Bagaimanapun, saya terkejut apabila semakan status pada bank mendapati kedua-dua cek itu tidak sampai ke tangan syarikat terbabit sebaliknya jatuh ke tangan individu tidak dikenali,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, cek itu yang tertera nama asal syarikat Ong & Co dan Tax Services Sdn. Bhd sebaliknya ditukar kepada nama Tan Kim dan Kong Hock.

“Saya tidak kenal siapa dua individu berusia awal 20-an terbabit, namun mereka penjenayah yang melarikan duit saya melalui cek yang diubah suai itu,” katanya.

Menurutnya, satu daripada cek miliknya tertera jumlah RM235 dipadamkan nilainya sebelum ditukarkan kepada RM826.60.

“Berdasarkan penelitian, tulisan palsu pada cek yang diubah suai itu jauh berbeza dengan gaya tulisan saya, namun ia masih diluluskan bank,” katanya.

Susulan itu, mangsa yang tidak berpuas hati dengan penjelasan bank segera membuat laporan di Balai Polis Setapak di sini pada 17 Disember lalu.

“Bagaimanapun, masalah sama berulang apabila sekeping lagi cek milik saya yang dihantar ke sebuah syarikat insurans lesap sebelum diubah suai penjenayah licik.

“Cek itu yang tertera jumlah RM828 dipadamkan nama syarikat penerima sebelum diletakkan nama seorang lelaki bernama Yong,” katanya.

Sila amik perhatian ~X(
 
Sponsored Post

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Mak oi.... bahaya jugak ni....
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Tauke/saudagar semua jaga-jaga...~X(
Tapi sampai la ni aku tak pernah post cheque.... by hand atau bank jer...
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Tapi sampai la ni aku tak pernah post cheque.... by hand atau bank jer...
Aku lak dah lama tak tulis cek...kali terakhir sebelum raya posa tahun lepas...settlekan duit rumah flat...:(:)(:)((
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Aku lak dah lama tak tulis cek...kali terakhir sebelum raya posa tahun lepas...settlekan duit rumah flat...:(:)(:)((
Orang kaya ni... main cash ajer.... :D:D:D:D
 

silondeh

Active+ Member
Joined
Oct 4, 2006
Messages
2,866
Reaction score
14
Points
25
korang duaorg leh masuk sehati berdansa la..haha..
 

adar

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Dec 20, 2005
Messages
9,027
Reaction score
215
Points
73
tq boss. keke... aku sekali je penah tulis check. tu pun sbb nak ganti blk duit bini. skrg ni apa susah. current account dgn maybank dah bleh pakai maybank2u. insyaALLAH slmt.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register