BTC USD 58,064.6 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah tambah power - lelaki tumbuh payu dara besar & pakai bra like girl

CikSukan

Blogger Moderator
Joined
Aug 19, 2006
Messages
9,946
Reaction score
580
Points
111
Berita buruk untuk penjual ubat kuat or seks bila Metro Ahad kuar isu ini menceritakan peri bahayanya kepada lelaki yg menggunakan ubat kuat akhirnya memakai bra. :))

mainpix



Padah tambah power

Oleh NAZARALI SAERIL
[email protected]

KUALA LUMPUR: Awas kepada lelaki yang ghairah mengambil ubat untuk menguatkan tenaga batin kerana pakar perubatan mendedahkan ubat berkenaan boleh memberi kesan sampingan yang menghakis ciri kejantanan iaitu buah dada mereka boleh membesar seperti wanita hingga terpaksa memakai coli.

Ini kerana, banyak ubat menguatkan tenaga batin lelaki yang terdapat di pasaran sekarang sama ada jenis krim, herba atau makanan kesihatan tambahan didapati mengandungi streroid dan perangsang hormon wanita dinamakan estrogenik.

Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby , berkata steroid dan estrogenik dikenal pasti antara punca utama yang menyebabkan lelaki mengalami masalah gynecomastia atau tumbesaran buah dada.

Beliau berkata, selain ubat penguat tenaga batin lelaki, steroid dan estrogenik juga menjadi ramuan utama dalam ubat penyakit gastrik dan penenang minda.

“Dan ini bermakna, lelaki yang mengambil ubat gastrik dan penenang minda tanpa kawalan atau tidak mengikut panduan doktor juga berisiko mengalami gynecomastia iaitu buah dada mereka membesar. Jika pun saiznya tidak sampai ke tahap sama besar dengan buah dada wanita, yang pasti ia lebih besar berbanding lelaki normal,” katanya.


Dr Ismail berkata, pemerhatiannya mendapati jumlah lelaki yang mengalami gynecomastia di Malaysia semakin meningkat kebelakangan ini dan sebahagian besar mereka tidak tahu ia berlaku disebabkan kesan sampingan ubat penguat tenaga batin, gastrik atau penenang minda.

Menurutnya, kebiasaannya pada peringkat awal penghidap gynecomastia tidak mengetahui atau menyedari mereka menghidap penyakit itu namun berasa ada sesuatu yang tidak kena apabila buah dada mereka berasa sakit dan ada ketulan isi di bawah puting.

“Ketulan keras menunjukkan bahawa seseorang itu menghidap barah payudara tetapi bagi gynecomastia, ketulannya lembut dan ia sakit apabila disentuh. Jika ada tanda-tanda awal ini, segeralah jalani pemeriksaan doktor,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Ismail mengakui masalah buah dada besar di kalangan lelaki turut berkait rapat dengan obesiti atau berat badan berlebihan, namun itu tidak bermakna perkara ini normal kerana nisbah secara rawak menunjukkan daripada empat lelaki obes, seorang akan menghidap gynecomastia.

“Jika lelaki obes menghidap gynecomastia, apabila mereka mengurangkan berat badan, berat badan dan saiz perut mereka mungkin berkurang tapi buah dada mereka akan meleper dan londeh,” katanya.

Selain itu, kata Dr Ismail, masalah gynecomastia juga berlaku akibat kanser alat sulit dan berkaitan baka yang boleh menyebabkan gangguan hormon testosterone.

Menurutnya, disebabkan semakin ramai lelaki menghidap gynecomastia, kini sudah terdapat coli khas untuk lelaki yang berfungsi menutup buah dada mereka daripada kelihatan terbonjol hingga menimbulkan rasa tidak selesa dan memalukan.

Oleh itu, Dr Ismail berharap lelaki yang ghairah atau taksub untuk menguatkan tenaga batin supaya berfikir panjang dengan turut memikirkan kesan sampingan ubat yang mereka ambil bagi mengelakkan buah dada mereka semakin membesar.



Pembedahan selesai masalah

KUALA LUMPUR: Lelaki yang mengalami gynecomastia atau buah dada membesar tidak mempunyai banyak pilihan untuk merawat penyakit itu kerana setakat ini kaedah yang paling berkesan ialah menjalani pembedahan untuk mengecilkan buah daada.

Pakar Bedah Klinik Pakar Kulit Ko, Klang, Selangor, Dr Mohd Ruslan Johan, berkata sepanjang tahun ini saja, beliau sudah melakukan pembedahan membabitkan lebih 10 pesakit dan mereka kini kembali menjalani hidup dengan lebih yakin.

“Setakat ini, pembedahan adalah cara paling berkesan untuk menyelesaikan masalah buah dada besar membabitkan lelaki. Pembedahan itu juga tidak mendatangkan bahaya kerana doktor hanya menyedut lemak pada bahagian tertentu buah dada untuk mengecilkan saiznya kepada saiz normal,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Mengenai kos pembedahan, beliau berkata ia bergantung kepada berapa besar buah dada pesakit. Semakin besar bahagian itu maka jumlah bayaran juga meningkat dan begitulah sebaliknya.

Menurutnya, proses pembedahan itu juga tidak terlalu rumit dan hanya mengambil masa kira-kira sejam setengah untuk diselesaikan.

“Saya banyak menerima pesakit yang mahu melakukan pembedahan berkenaan sejak bertahun lalu. Saya juga percaya ada ramai lagi doktor pakar turut menerima pesakit seperti itu.

“Kebiasaannya, pesakit berkenaan terdiri daripada kalangan lelaki berdepan masalah obesiti dan rasa kurang yakin untuk keluar ke khalayak ramai kerana kekurangan berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun, menurut beliau, perasaan itu sepatutnya dibuang kerana setiap daripada kita mempunyai kelebihan juga kekurangan masing-masing.

Dalam masa sama, beliau turut menasihatkan lelaki yang berdepan masalah buah dada untuk mendapatkan khidmat doktor pakar dan tidak sewenang-wenangnya mengambil ubat-ubatan tidak diketahui secara tepat di luar.

“Jika individu berkaitan merasakan mereka mempunyai masalah dengan buah dada masing-masing, rujuk perkara itu kepada pakar.

“Biar ia dijelaskan oleh pakar dan tidak mengambil langkah terburu-buru mendapatkan ubat-ubatan yang belum tentu mujarab. Tidak perlu malu untuk bertemu dengan pakar,” katanya.
 
Sponsored Post

adar

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Dec 20, 2005
Messages
9,027
Reaction score
215
Points
73
apply utk org yg suka sgt mkn pill beb. hehe... jd pakai la alat luaran. hehe...
 

notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
metro muka depan
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
x kn pump bawah,atas yg naik :))
 

iorichee

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
4,681
Reaction score
11
Points
25
astagah.....

makan pil overdose kot.....
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,041
Points
1,101
naik ke t3t3k tu
 

polong

Active+ Member
Joined
May 22, 2008
Messages
3,818
Reaction score
17
Points
25
bkn tue jer..

kulit akn jdi gebu..
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
silap pil ni..pembekal bg pil hormon mmg naik la yg tu..:))
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register