Padah rompak dengan pistol tiruan

Recommended Brokers


oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,692
Points
191

Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. FOTO Muhamaad Razis Ismail





PADAH merompak dengan menggunakan pistol tiruan, penganggur dipenjara 14 tahun dan 14 sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Muhamad Norhafis Nor Azman, 24, mengaku salah terhadap enam pertuduhan.

Tertuduh yang mengaku salah terhadap dua tuduhan cubaan merompak dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan satu sebatan bagi setiap tuduhan bermula dari tarikh ditangkap pada 12 November 2018.

Bagi empat kesalahan merompak, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan bagi setiap tuduhan yang berjalan serentak selepas selesai menjalani hukuman cubaan rompak.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa cuba merompak dua wanita berusia 49 dan 25 tahun dengan pistol tiruan di kedai emas dan farmasi di sekitar Kota Bharu pada Mei dan September 2018.

Bagi kedua-dua kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat.

Bagi pertuduhan ketiga sehingga ke keenam tertuduh didakwa merompak empat wanita berusia 22 sehingga 39 tahun dengan melarikan pelbagai barang termasuk barang kemas, wang tunai dan telefon bimbit menggunakan pistol tiruan.

Kesalahan dilakukan di empat premis perniagaan berasingan iaitu kedai roti, kedai kosmetik, kedai emas dan butik tudung di sekitar Kota Bharu antara Mei hingga November 2018.

Semua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Zulhilmi Mokthar yang mewakili tertuduh memohon hukuman penjara berjalan serentak kerana anak guamnya sudah insaf dengan kesalahannya.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry dan Mohamad Nuzul Azuar Zulkifli memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira tertuduh menggunakan pistol tiruan untuk menakutkan mangsa.







sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/436209/padah-rompak-dengan-pistol-tiruan






.
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register