BTC USD 58,573.6 Gold USD 1,797.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah potong kiri, penunggang motosikal maut digilis treler

balqis07

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Mangsa yang digilis di bahagian kepala maut di tempat kejadian.


RAWANG – Tindakan seorang penunggang motosikal memotong sebuah treler di bahagian kiri jalan membawa padah apabila dia maut dalam keadaan tragis dengan isi kepalanya terburai dilanggar kenderaan 18 tayar itu, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, warga Pakistan, Zulfiqar Ali dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dari arah Rawang menghala ke Country Homes.

Sumber berkata, ketika berada di Jalan Sungai Dua berhadapan pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Rawang, mangsa yang berusia 28 tahun dikatakan cuba memotong sebuah treler jenis Nissan yang berada di depannya.

Katanya, tindakan mangsa memotong dari bahagian kiri itu berdepan detik malang apabila dia dikatakan terlanggar konkrit pembahagi bahu jalan.

Menurut sumber, akibat daripada itu, motosikal ditunggangi terbabas dan menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan.

“Mangsa yang bekerja sebagai penjual tudung tidak sempat bangun menyelamatkan diri menyebabkan kepalanya digilis oleh treler cuba dipotongnya sebelum itu.

“Isi kepala mangsa terburai dilenyek tayar bahagian belakang treler yang membawa muatan batu konkrit sebelum disahkan meninggal dunia serta merta,” katanya.

Beliau berkata, pemandu treler warga tempatan berusia 51 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan memaklumkan memberhentikan kenderaan dipandunya sebaik merasakan tayar belakang terangkat.

Katanya, hasil pemeriksaan turut mendapati treler yang terbabit dengan kemalangan tidak mengalami sebarang kerosakan namun motosikal mangsa mempunyai kesan calar di bahagian kanan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di parah dikepala,” katanya lagi.

Kes dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sehubungan itu, saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Inspektor Rasha Azrul Shafii di talian 03-61262273 atau 03-61262257.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi...unggang-motosikal-maut-digilis-treler-1.83083
 
Sponsored Post

Aqua-man

Legendary Member
Joined
Nov 8, 2009
Messages
11,415
Reaction score
8
Points
115
al-Fatehah... bahaya woo potong belah kiri kalau tunggang motor...
 

skYnEt-gEnIUs

Banned
Joined
Aug 19, 2010
Messages
23,970
Reaction score
501
Points
161
seriously,konkrit pembahagi jalan (divider) tu aku pn penah hampir2 tergolek sbb elak divider tu,mmg kwsn agak bahaya kalo potong ikut kiri tu sbb jln terlalu sempit...
kat situ ada 1 selekoh tajam,kalo lepas drpd selekoh tu mesti masuk ketengah smule utk elak pembahagi jalan tu,kalo x masuk ke semak la jwbnye..
fuuuuuuuuuuhhh,cuak2 jer nk lalu situ lps ni...
 

jaih

Legendary Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
10,067
Reaction score
491
Points
141
innalillah..

sifir dia mudah jaa naik motor nih... lagi besar
kenderaan kat depan.. lagi besar laa blindspot diaorg

so kalu nak potong.. .jgn dok rapat2 ngan lori/treler tuh..
 

zinedine

Banned
Joined
Jan 11, 2007
Messages
5,741
Reaction score
22
Points
65
Senario biasa la ni dalam negara Persekutuan Malaysia... Apa sangat la kepala mat motor kena lenyek dgn lori. Perkara biasa jer tu. Takde apa yg nak diherankan.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register