BTC USD 63,164.9 Gold USD 1,807.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah main mancis: Rumah, stor hangus dalam kebakaran

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
image.jpg

Anggota bomba memeriksa rumah dan stor penyimpanan yang hangus dalam kebakaran.


SELAYANG - Akibat bermain mancis, sebuah rumah di Taman Prima Selayang hangus 40 peratus dalam kejadian jam 11 malam, kelmarin.

Kejadian dikesan keluarga mangsa yang bertindak cuba memadamkan kebakaran sebelum dibantu beberapa jiran yang terlihat api marak di kediaman mangsa.

Sumber yang merupakan penduduk pangsapuri berkenaan berkata, api marak dengan cepat berikutan rumah berkenaan turut dijadikan stor simpanan barangan terpakai.

“Sewaktu kejadian seluruh keluarga berada di rumah dan ibunya dipercayai sudah tidur kerana kurang sihat manakala empat anaknya masih berada di ruang tamu.

“Dipercayai seorang anaknya bermain mancis dan membalingnya di barangan terpakai menyebabkan api marak dengan cepat namun tiada kecederaan dilaporkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Selayang, Ahmad Kassim berkata, kebakaran membabitkan rumah jenis bertingkat aras satu dan hanya membabitkan seunit rumah pada dua bilik.

“Anggota tiba di tempat kejadian 10.12 malam iaitu sembilan minit selepas menerima panggilan kecemasan.

“Api berjaya dikawal beberapa minit selepas itu dan bomba menghabiskan operasi hingga jam 12.20 malam bagi memastikan api padam sepenuhnya,” katanya.
 
Sponsored Post

khairuls

Super Active Member
Joined
Sep 20, 2010
Messages
9,212
Reaction score
10
Points
65
ada lagi org guna mancis eh.... guna lighter lagi senang.

silap2 budak ni kena belasah dgn mak bapak dia.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register