BTC USD 35,961.4 Gold USD 1,876.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah lari sekatan polis

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Padah lari sekatan polis


KUALA LUMPUR: Tindakan melarikan diri dari sekatan polis menyebabkan seorang lelaki maut manakala rakannya ditahan selepas terbabit dalam kemalangan di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/ Jalan Sultan Ismail, berhampiran Maju Junction, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu, kereta Perodua Kancil dinaiki dua lelaki terbabit dipandu laju selepas merempuh sebuah kereta peronda polis di sekatan itu.

Difahamkan, dalam usaha melarikan diri itu, mereka juga melanggar lampu isyarat arah Jalan Chow Kit menghala ke Dataran Merdeka. Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, kereta dipandu suspek yang dipandu laju kemudian bertembung dengan sebuah kereta Proton Waja dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun di persimpangan berkenaan.

“Kemalangan itu disebabkan tindakan suspek yang memandu kereta Perodua Kancil berkenaan dalam keadaan terburu-buru kerana dikejar polis,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, pertembungan itu menyebabkan seorang daripada suspek cedera parah manakala rakannya yang cuba melarikan diri dicekup anggota polis. Bagaimanapun, lelaki yang cedera parah itu dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia berkenaan jam 6 pagi.

“Siasatan ke atas kereta suspek mendapati kenderaan itu dilaporkan hilang di Melaka Tengah.

Katanya, polis sedang mengesan identiti kedua-dua suspek kerana ketika kejadian tiada dokumen serta lesen ditemui.

Kes disiasat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.


-- H.Metro
 
Sponsored Post

iamloco

Super Active Member
Joined
Dec 16, 2008
Messages
9,813
Reaction score
115
Points
73
kancil pun nak curi ke?
 

rijal2009

Marked as Scammer, (until issue resolved)
Joined
Jul 8, 2009
Messages
9,169
Reaction score
286
Points
81
kereta curi rupanya, patut takut sangat..
 

musashibest

Active Member
Joined
Dec 23, 2007
Messages
1,375
Reaction score
4
Points
25
sibuk sgt nak curi pastu lari pulak..kan dah mati.
 

kritik

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Nov 15, 2010
Messages
115
Reaction score
8
Points
15
Dah jadi trend skrg,jumpa roadblock je.. rempuh je. bhasil ke tidak,kemudian cerita..
 

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
cuak x igt la nie..
wat slh berani lak..
kn dh kene akibatnye..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register