BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Padah langgar kereta peronda polis

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


Antara barang yang dirampas, semalam.
< 1 / 1 >
ALOR SETAR - Tindakan seorang lelaki melanggar belakang kereta peronda polis yang memintanya berhenti untuk pemeriksaan sebelum melarikan diri membawa padah apabila terbabas dan melanggar tiang lampu jalan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, pemandu kereta Proton Wira itu diekori dari arah Bukit Wang ke Taman Suria kira-kira jam 4 pagi, semalam.

“Pada mulanya, pihak polis telah meminta dia memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan kerana didapati memandu dalam keadaan mencurigakan.

“Tetapi dia terus memecut kereta ke arah Taman Suria dan melanggar belakang kereta peronda polis berkenaan sebelum melarikan diri ke arah Kodiang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kereta yang dipandu lelaki berusia lingkungan 30-an itu bagaimanapun terbabas ke kanan jalan dan melanggar tiang lampu.

“Kita telah buat pemeriksaan dalam kereta tersebut dan menemui sebuah beg silang berwarna hitam berada di tempat duduk penumpang hadapan.

“Pemeriksaan lanjut dalam beg itu turut menemui dua peket plastik lut sinar dipercayai dadah jenis heroin seberat 3.80 gram dan satu peket plastik lut sinar dipercayai Syabu seberat 0.74 gram,” katanya.

Penjual buah-buahan yang beralamat di Kampung Megat Dewa, Kodiang itu kini direman selama empat hari.

Abd Rahim berkata, saringan awal terhadap lelaki itu adalah positif morfin dan tiada rekod dadah atau jenayah lampau.
 
Macam mana polis boleh hidu?

Ada ilmu batin ke apa?
 
polis boleh bezakan kot muka orang baik dengan orang jahat:-?..
 
polis boleh agak orang yang mencurigakan.. hebat polis..
 
Ini dipanggil suspek mencurigakan, itu pasal tahan.
 
jam 4 pagi nak kemana sorang-sorang
 
pengalaman tu....

bleh nmpk org salah ke tak...
 
Nampak polis dari blakang,pastu bawa dadah plak, mesti bawa kereta gelabah.
 
hebat polis skrg....cube tgok muke najib..ade something fishy x
 
Back
Top
Log in Register