Padah halau **** hutan

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KEMAMAN: “Saya masih ingat detik **** itu menggigit tapak tangan dan ibu jari kanan, malah bunyi kunyahan itu masih terngiang-ngiang di telinga.

“Malah, saya sangka bahagian itu hancur dimamah memandangkan darah bercucuran keluar, tetapi mujur nasib menyebelahi saya,” kata Yusuf @ Abd Ghani Ibrahim, 60, dari Kampung Gong Pauh, di sini, mangsa serangan **** hutan di kedai kopi dekat Kampung Besut, di sini, Isnin minggu lalu ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Menceritakan detik cemas itu, katanya, sebelum kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, dia sedang menjamah sarapan di kedai kopi di perkarangan Masjid Sultan Ahmad, Kampung Besut sebelum muncul **** hutan sebesar anak lembu dipercayai sesat memasuki kedai kopi berkenaan.

“Terkejut saya melihat **** hutan tiba-tiba meluru masuk. Melihatkan peniaga dan pekerja kedai ketakutan, saya menghalau **** itu.

“Saya ingatkan dengan menyergah **** itu akan lari tetapi jangkaan saya meleset apabila haiwan itu tiba-tiba naik angin lalu menyerang saya dengan menyondol kedua kaki sebelum saya terjatuh hingga kepala terhantuk pada pasu bunga.

“Detik cemas itu tidak berakhir di situ apabila haiwan terbabit terus menyerang bahagian sulit tiga kali tetapi saya sempat menendang kepalanya menyebabkannya semakin naik angin dan menggigit seluruh badan sebelum menggigit tangan kanan saya,” katanya.

Menurutnya, dia berdepan maut apabila haiwan yang menggigit tangannya hampir lima minit itu enggan melepas gigitan sehingga dia memekik meminta pertolongan.

“Semakin saya cuba melepaskan tangan itu, semakin kuat ia mencengkam, orang ramai yang berdekatan hanya mampu melihat sebelum isteri dan anak saya yang bekerja di kedai berkenaan bertindak nekad memukul **** itu menggunakan kerusi tetapi gagal.

“Akhirnya pekerja Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) yang kebetulan berada berhampiran menghulurkan bantuan dengan memukul **** itu kali kedua menggunakan kerusi menyebabkan haiwan itu terkejut dan lari,” katanya.

Menurutnya, dia yang kesakitan kemudian dibawa ke Hospital Kemaman (HK) untuk rawatan dan menerima 10 jahitan di tapak tangan dan ibu jari.
 
Sponsored Post

kozu

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
11,036
Reaction score
228
Points
133
orang ramai..tapi tk tolong..tolong tngk jer..
 

azanney

CG Top Poster Club
Joined
Oct 18, 2008
Messages
48,937
Reaction score
351
Points
131
mmm..kesian..kena samak pastu......
 

serban hitam

Active Member
Joined
Aug 14, 2009
Messages
1,147
Reaction score
147
Points
33
tiada kesedaran sifat tolong2 menolong....tak kena batang hidung
 

mimie813

Super Active Member
Joined
Nov 26, 2009
Messages
6,534
Reaction score
290
Points
81
ganas gak **** utan nie yer...
 

nisuh

Active+ Member
Joined
Jun 22, 2008
Messages
3,002
Reaction score
62
Points
30
itu la orang kita.. ramai yg tolong..tolong nengok..
 

balang

Super Active Member
Joined
Aug 28, 2009
Messages
7,448
Reaction score
81
Points
80
orang ramai pun tengok pun, cuba la ketuk ramai2 kepala menatang tu.,.apada..
 

nazwa69.net

Super Active Member
Joined
Feb 20, 2007
Messages
5,729
Reaction score
61
Points
75
adeh la... kemamang kg bini aku memang banyak **** hutan... time hujan, time malam selalu nampak berkeliaran.... besar2 plak tu... huhu.. seram
 

2njang

Active+ Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
3,310
Reaction score
7
Points
30
ye la, ramai tp tolong tgk,agak2 bila kena kt diorg org lain plak tlg tgk je..ape dia rasa...
adeiii...
 

mustopa_a

Legendary Member
Joined
Apr 9, 2008
Messages
12,098
Reaction score
73
Points
120
haiya .. menatang tu .. nak sunatkan lagi

“Detik cemas itu tidak berakhir di situ apabila haiwan terbabit terus menyerang bahagian sulit tiga kali tetapi saya sempat menendang kepalanya menyebabkannya semakin naik angin dan menggigit seluruh badan sebelum menggigit tangan kanan saya,” katanya.
dah nak jadi tok mudim pulak!!
 
Sponsored Post
Top
Log in Register