Padah gila isteri orang

CG Sponsors




eapui

Active+ Member
Joined
Dec 28, 2007
Messages
4,827
Reaction score
7
Points
25
BUKIT KAYU HITAM: Gara-gara bermain cinta dengan isteri orang, seorang lelaki parah dibelasah suami dan adik lelaki wanita terbabit di kuarters kelab golf, dekat sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa berusia 20-an, parah di kepala selepas dipercayai dipukul dengan objek keras oleh dua lelaki terbabit di rumah mereka.

Difahamkan, wanita berusia 20-an itu menjalin hubungan sulit dengan mangsa sejak beberapa bulan lalu.

Menurut sumber, suami wanita berkenaan berusia 30-an dikatakan mula mengesyaki perbuatan curang isterinya lalu memasang perangkap bersama adik wanita terbabit.


“Pada hari kejadian, suaminya pura-pura keluar bekerja sebelum kembali semula ke rumah bersama adik iparnya.

“Dia amat terkejut apabila mendapati isterinya bersama lelaki lain dalam keadaan bogel dipercayai melakukan hubungan seks di sebuah bilik di rumah itu,” katanya.

Difahamkan, akibat berang dengan tindakan itu, mereka dipercayai membelasah mangsa menyebabkannya parah di kepala dipercayai dihentak dengan objek keras.

Jiran yang terkejut dengan kejadian itu kemudian menghubungi ambulans sebelum mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Star.

Mangsa yang parah kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), hospital berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

“Kita sudah mengambil keterangan daripada dua lelaki itu dan masih menjalankan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut.:)):)):))
 
Last edited:
Sponsored Post

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
sekali fikir, memang patut kena pukul pun...

dua kali pikir, laki bini pun kena persalahkan jua..
 

sosazr

Active Member
Joined
Aug 2, 2008
Messages
1,423
Reaction score
0
Points
20
Hehehe...mesti ade sebab bini dia curang tu kan...

ps: bini dia dah kena belasah dulu dengan mangsa...hahaha
 

polong

Active+ Member
Joined
May 22, 2008
Messages
3,818
Reaction score
17
Points
25
dh ade ni..e-bossnyer thread..tp layan jer..:p:p
 

my.name.is.nad

Legendary Member
Joined
May 12, 2008
Messages
10,496
Reaction score
6
Points
115
macam la tak de lagi wanita single dalam dunia ni ... ish ish ish ...
 

Zul.H

Active+ Member
Joined
Dec 5, 2007
Messages
2,754
Reaction score
21
Points
25
pergh..dasyatnya dunia...


kadang2 org mmg suka kat bini rg..katanya ada pengalaman...kalau gitu, cariklah janda..
 

azriusre

Active+ Member
Joined
Sep 27, 2008
Messages
4,078
Reaction score
9
Points
25
macam tu la...ada pompuan suka kat laki orang..ada laki suka kat bini orang...ada laki suka jantan..ada pompuan suka wanita...dunia..dunia...:D
 

wicked_game

Active Member
Joined
Nov 12, 2008
Messages
2,044
Reaction score
2
Points
25
ligan je cukup2.. ikat ket pokok bior geget kerengga.. :mad:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register