Padah cuba lari rumah

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun cuba menyelinap keluar rumah melalui tingkap bilik tidurnya di tingkat 11 sebuah pangsapuri dengan meniru aksi memanjat dinding ala ‘Spider-Man’ membawa padah apabila dia terjatuh, semalam.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 9.45 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Joye, 10, dipercayai keluar dari tingkap bilik tidurnya di sebuah pangsapuri 17 tingkat di Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini.

Menurutnya, murid sekolah rendah itu dipercayai merancang mahu melarikan diri dari rumah.

“Bagaimanapun, dia yang terkurung nekad cuba keluar melalui tingkap biliknya.

“Tindakan berani mangsa itu dipercayai dipengaruhi filem pernah ditontonnya. Adegan dalam filem itu tampak mudah menyebabkan mangsa cuba meniru,” katanya.


Bagaimanapun, ketika sedang memanjat tingkap pangsapuri itu, dia tergelincir sebelum terjatuh atas jalan di bawah pangsapuri itu.

“Mangsa yang parah di kepala mati serta-merta di tempat kejadian. Mayatnya yang ditemui penduduk pangsapuri itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat,” katanya.

Difahamkan, mangsa cuba lari dari rumah berdasarkan penemuan sebuah beg galas bersamanya.

“Pemeriksaan terhadap beg galas itu menemui satu komputer riba, pakaian, berus dan ubat gigi yang sengaja dibawa sebagai bekal untuk meninggalkan rumah,” katanya.

Sementara itu, keluarga mangsa yang ditemui di bilik mayat PPUKM enggan memberi sebarang ulasan.

Kejadian itu mengulangi insiden sama empat bulan lalu apabila seorang gadis maut selepas tali yang digunakan untuk turun melalui tingkap di tingkat sembilan sebuah kondominium mewah di Bukit Kiara di sini, terputus ketika cuba melarikan diri dari rumah untuk bertemu kekasihnya.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 22 tahun parah di kepala dan tubuh.

Lebih mengejutkan apabila bedah siasat mendapati mangsa mengandung beberapa bulan hasil hubungan dengan teman lelakinya.

Sebelum itu, Ayuna, 15, anak pelakon Mustapha Kamal turut terjatuh dari tingkat 13 sebuah kondominium di Taman Desa, Jalan Kuchai Lama pada 21 Oktober. Mangsa adalah anak penerbit drama, Yong Rahimah Johari hasil perkahwinan kedua dengan Mustapha Kamal.

Ayuna yang baru menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hampir dua minggu sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Kenapa ler tak diwajibkan semua rumah flat,condo,apartment nie siap dengan besi tingkap sebelum diluluskan. Dah banyak ratus kali dah kes macam nie jadik.
 
Last edited:
Sponsored Post

awok!

Active Member
Joined
Dec 7, 2008
Messages
1,498
Reaction score
57
Points
30
alahai..
siannye..
pe la rse ble jatuh tu...
ish2...
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Takziah kepada keluarga mangsa

P/S Isu sensitif... tak boleh komen lebih2... kang digigit lintah eboss
 

dhen

Fun Poster
Joined
May 6, 2006
Messages
801
Reaction score
6
Points
15
“Tindakan berani mangsa itu dipercayai dipengaruhi filem pernah ditontonnya. Adegan dalam filem itu tampak mudah menyebabkan mangsa cuba meniru,” katanya.
Budak nih dah mati, tak sempat nak cerita apa pun..Yg aku confuse tu camner plak diaorg bole tau tindakan budak tu meniru filem yang penah ditontonnya..:-?
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Budak nih dah mati, tak sempat nak cerita apa pun..Yg aku confuse tu camner plak diaorg bole tau tindakan budak tu meniru filem yang penah ditontonnya..:-?
wartawan biasak ler...tapi untuk pengajaran..kalau anak2 aku tengok cerita terbang2 nie memang aku ingatkan yang tu cuma kartun..orang tak boleh terbang...:)):)):))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register