Padah cemburu isteri main kayu tiga

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PUCHONG: Gara-gara cemburu isteri bermain kayu tiga, seorang suami sanggup bersekongkol dengan tiga lelaki menjerut leher teman lelaki wanita itu sebelum menimbus mayatnya di Taman Damai Utama, dekat sini, malam kelmarin.

Difahamkan, sebelum kejadian itu, suami wanita terbabit bersama tiga rakannya mengajak mangsa keluar dari kediaman sebelum menculik dan melarikan mangsa ke satu kawasan lapang di Taman Damai Utama, Kinrara, di sini, kira-kira jam 11 malam untuk berbincang.

Bagaimanapun, suami wanita itu dikatakan tidak dapat menahan kemarahan berikutan mengetahui isterinya mempunyai hubungan sulit dengan mangsa yang juga warga asing menyebabkan perbincangan bertukar panas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah, berkata mangsa seorang konduktor bas dipercayai diumpan untuk dikahwinkan dengan wanita berkenaan sebelum dibunuh.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa mati akibat mengalami kecederaan di kepala yang dipercayai diketuk dengan objek keras.

“Mayat konduktor bas itu ditemui selepas kerja-kerja menggali dilakukan kira-kira jam 7 pagi tadi (semalam). Di lehernya terdapat kesan jerutan kuat serta tali yang dipercayai digunakan suspek,” katanya.

Menurutnya, empat suspek berusia antara 30 hingga 40 tahun ditahan kira-kira jam 3 pagi selepas maklumat berhubung kejadian diterima pihak polis.

Mereka kemudian menunjukkan kepada polis tempat mayat mangsa ditanam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
 
Sponsored Post

mygol

Super Active Member
Joined
Apr 10, 2008
Messages
5,761
Reaction score
71
Points
70
Byk betul kes Isteri curang ni...:(
 

alberq

Legendary Member
Joined
Apr 7, 2009
Messages
11,738
Reaction score
37
Points
120
mungkin masalah batin...bini tak puas
 

Zul34

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,959
Reaction score
14
Points
65
aku konpiyus btul berita ni....
 

mtkyii

Fun Poster
Joined
Apr 12, 2007
Messages
872
Reaction score
1
Points
15
curang ngan warga asing pulak tu....

nak elakkan, hantar je warga asing balik negeri.....boleh jadi ke?
 

Zul34

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,959
Reaction score
14
Points
65
ok aku dah fhm , hehe
 

shila70

Active Member
Joined
Oct 21, 2008
Messages
1,650
Reaction score
0
Points
20
isteri dia pun sama naik gatai cari lelaki lain tu naper:-?
 

otaida00taj

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,523
Reaction score
65
Points
120
yang tak betul adalah orang kita... adakah ini menunjukkan lelaki kita kureng bertenaga.
 

KaZuMa_KiRyUu

Fun Poster
Joined
Dec 25, 2008
Messages
612
Reaction score
2
Points
15
xbleh btol isteri die.. nk curang cr la laki mlayu yg kaye.. ini tidak, warga asing gak dicari..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register