BTC USD 64,095.7 Gold USD 2,368.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pacuan Empat Roda (4WD) Langgar Tiang Elektrik, Remaja Maut, Empat Cedera

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
449,026
Paid Membership
Top Poster #6
Joined
Mar 15, 2010
Messages
449,026
Reaction score
36,280
Points
2,836
Awards
2

Pacuan empat roda langgar tiang elektrik, remaja maut, empat cedera​


18 JUN 2024

2693405.jpg

Keadaan Toyota Hilux terbalik selepas terbabas melanggar tiang elektrik.


KOTA BHARU – [DIKEMAS KINI] Seorang remaja perempuan maut dan empat cedera apabila sebuah pacuan empat roda merempuh tiang elektrik di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, pada Selasa.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.17 pagi daripada orang awam dan mengerahkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang ke lokasi.

“Sebuah Toyota Hilux telah terbabas melanggar tiang elektrik dan terdapat seorang remaja perempuan tersepit di dalam kenderaan itu dan mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, remaja itu dikenali sebagai Huda Wafiah Eswady berumur 14 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang mangsa mengalami kecederaan parah dan tiga lagi cedera ringan.

Mangsa yang cedera katanya dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut dan kes diserahkan kepada polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata, kenderaan itu dipandu oleh seorang penuntut Institut Kemahiran Mara berusia 20 tahun yang merupakan kakak kepada Huda Wafiah.

Beliau berkata, kemalangan berlaku apabila wanita itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sejauh 70 meter sebelum merempuh tiang elektrik.

“Di dalam kereta itu terdapat ibu bapa dan dua adik penuntut dari Bachok sedang dalam perjalanan ke Gua Musang untuk pulang ke rumah mereka di Padang Tengku, Kuala Lipis di Pahang.

“Akibat perlanggaran itu, kenderaan yang dipandu penuntut terbalik manakala ibunya dibawa ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan lanjut kerana mengalami sakit dada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Choon Foo berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di talian 09-9121222 atau pengawai penyiasat Insp Aida di talian 012-4027283. – Bernama


 
Sponsored Post

“Sebuah Toyota Hilux telah terbabas melanggar tiang elektrik dan terdapat seorang remaja perempuan tersepit di dalam kenderaan itu dan mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, remaja itu dikenali sebagai Huda Wafiah Eswady berumur 14 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang mangsa mengalami kecederaan parah dan tiga lagi cedera ringan.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register