BTC USD 48,957.8 Gold USD 1,786.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAC teliti permohonan siasat MAS rugi

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
JAWATANKUASA Kira-Kira Wang Negara (PAC) membincangkan permohonan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) supaya siasatan dijalankan terhadap kerugian Malaysia Airlines Berhad (MAS) RM8 bilion dari 1994 hingga 2001 pada mesyuarat akan datang.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid selepas menerima surat permohonan daripada Salahuddin di lobi Parlimen, semalam yang meminta jawatankuasa itu menyiasat kesahihan dokumen kerugian MAS itu.

Pada sidang medianya, Salahuddin yang juga Naib Presiden Pas berkata, beliau membuat permohonan itu kerana musykil MAS mungkin ditipu.

Beliau merujuk salinan surat bertarikh 26 Mac 2007 daripada bekas Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia, Datuk Ramli Yusuff kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung kerugian itu yang disiarkan laman blog Malaysia Today.

“Dokumen yang dikatakan sebagai surat daripada pengarah itu kepada Perdana Menteri juga mencadangkan tindakan undang-undang diambil terhadap beberapa individu.

“Adakah dokumen itu surat daripada pengarah kepada Perdana Menteri dan kandungan harus disiasat dan jika dokumen itu benar, mengapa sehingga sekarang mereka yang dituduh pecah amanah tidak dibawa ke muka pengadilan,” katanya.
 
Top
Log in Register