Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 67,578
Top Poster #7
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 67,578
- Reaction score
- 7,417
- Points
- 916
- Awards
- 1
22.02.2025 - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sedang menyiasat penjualan tanah rizab polis di Taman Desa kepada pemaju untuk projek kondominium, kata timbalan pengerusinya, Teresa Kok. Ahli Parlimen Seputeh itu berkata, PAC memanggil pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pejabat Tanah dan Galian Kuala Lumpur, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Kementerian Wilayah Persekutuan bagi memberi penjelasan mengenai prosedur penjualan tanah kerajaan negeri. Kok turut mengulangi bantahannya terhadap penjualan tanah rizab polis itu, yang pada asalnya dikhaskan bagi pembinaan balai polis untuk Brickfields. Beliau juga menggesa kerajaan berunding dengan pemaju untuk mendapatkan semula tanah tersebut.
“Sesi pendengaran masih berlangsung. Kami juga akan memanggil bekas dan ketua setiausaha kerajaan ketika ini. Sebaik sahaja siasatan selesai, kami akan mengemukakan syor kepada kerajaan. Kuala Lumpur sudah sesak, dan tanah kerajaan sepatutnya digunakan untuk kemudahan awam seperti taman permainan atau balai polis. Tetapi tanah rizab polis ini dijual kepada pemaju pada harga di bawah nilai pasaran. Bagaimana ini boleh berlaku?. ” katanya kepada FMT
Dalam sidang Dewan Rakyat pada Isnin, Kok mempersoalkan keputusan kerajaan menjual tanah itu, yang dikenali sebagai Lot 54780, kepada pemaju swasta pada harga lebih rendah daripada nilai pasaran. Beliau menggesa kerajaan menghentikan penjualan tanah milik kerajaan di Kuala Lumpur kepada pemaju swasta, khususnya bagi projek kondominium baharu, kerana pembangunan di ibu kota semakin berlebihan dan padat. FMT sebelum ini melaporkan kebimbangan penduduk Taman Desa, yang ramai menggesa penjualan tanah itu dibatalkan. Mereka berkata kawasan itu sedang berdepan pembangunan berlebihan dan lot berkenaan dikelilingi projek kediaman berkapasiti tinggi.