Covid-19 Ord. darurat bolehkan kerajaan ‘ambil alih’ aset hospital swasta utk perangi Covid-19

CG Sponsors




Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,890
Reaction score
12,064
Points
1,906
Ia termasuk kos untuk peralatan perlindungan diri (PPE), proses sanitasi, pembuangan sisa secara klinikal serta penggunaan makmal.
#ICYMI #AWANInews #AWANIpagi

Banyak kos 'tersembunyi' di sebalik saringan COVID-19 - MMA


Februari 3, 2021 19:40 MYT
Banyak kos 'tersembunyi' di sebalik saringan COVID-19 - MMA

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden MMA Profesor Datuk Dr Subramaniam Muniandy menjelaskan mengenai kos-kos di sebalik proses saringan termasuk kos untuk peralatan perlindungan diri (PPE). - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Banyak kos ‘tersembunyi’ di sebalik proses saringan COVID-19 yang perlu diambil kira dalam menentukan jumlah bayaran saringan di hospital-hospital swasta, dakwa Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden MMA Profesor Datuk Dr Subramaniam Muniandy menjelaskan mengenai kos-kos di sebalik proses saringan termasuk kos untuk peralatan perlindungan diri (PPE), proses sanitasi, pembuangan sisa secara klinikal serta penggunaan makmal.

“Ini tidak termasuk lagi risiko jangkitan COVID-19 kepada petugas kesihatan dalam menjalankan proses saringan dan kos-kos ‘tersembunyi’ kepada kesihatan mental dan fizikal serta daya kebolehan mereka,” kata Dr Subramaniam.




Beliau mengulas mengenai kenyataan Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) pada Isnin yang menyangkal dakwaan mengatakan kos ujian RT-PCR sukar diturunkan oleh pengamal hospital dan klinik swasta.
“Ketika ini bukanlah masa untuk mengaut keuntungan daripada rakyat dengan mengenakan bayaran saringan yang tinggi,” kata Pengerusi MCCF, Datuk Halim Ishak.
Dr Subramaniam bagaimanapun menyarankan supaya kos-kos tidak langsung di hospital swasta diberi perhatian.

“Malangnya, mengurangkan bayaran sahaja tanpa mengambil kira kos-kos tersembunyi mungkin boleh menjejaskan kemampanan pusat-pusat perubatan swasta,” ujar beliau.
Beliau juga mencadangkan supaya kit ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) digunakan di kawasan-kawasan berisiko tinggi berbanding RT-PCR kerana ia mampu mengeluarkan keputusan dengan lebih cepat serta memperincikan kadar kebolehjangkitan bagi kes positif.

Pada masa yang sama, Dr Subramaniam mengulangi komitmen kesemua hospital dan klinik swasta dalam usaha bersama menangani pandemik COVID-19 yang melangkaui tugas-tugas asal, termasuk memainkan peranan untuk mengambil pesakit COVID-19 serta menjalankan ujian saringan.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,890
Reaction score
12,064
Points
1,906
1613445696327.png


K'jaan tak guna kuasa darurat sebab pihak swasta beri kerjasama


Diterbitkan 16 Feb 2021, 11:15 am

Dikemaskini 11:17 am



Kerajaan belum menggunakan kuasa di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 bagi mengambil alih aset swasta berikutan kerjasama yang baik daripada sektor tersebut.
Ordinan Darurat memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengambil alihtanah, bangunan, atau harta alih milik swasta sepanjang tempoh penguatkuasaannya.

Bercakap dalam sidang mediah hari ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyatakan penghargaan kepada hospital swasta kerana membantu kerajaan dalam melawan wabak Covid-19.
"Walaupun Ordinan Darurat memperuntukkan perkara ini, kerjasama yang diberikan oleh pihak swasta amat baik sekali. Mereka sedia memberikan segala bantuan dan sokongan.

"Contohnya hospital swasta keseluruhannya sedia bantu sediakan (keperluan) di hospital mereka, seperti kemudahan untuk katil, peralatan, doktor, jururawat dan pegawai perubatan lain.
"(Maka) walapun proklamasi darurat ada peruntukan (pengambilalihan) disediakan, tetapi respons yang agak baik tidak memerlukan kita untuk menguatkuasakannya," katanya lagi.

Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya jika kerajaan telah mengambil alih mana-mana sumber, kemudahan atau aset swasta di bawah ordinan tersebut, sejak mula dikuatkuasakan pada 15 Januari.
Sidang media diadakan selepas pelancaran buku panduan program imunisasi Covid-19 Kebangsaan, di Putrajaya hari ini. Turut hadir adalah Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Sidang media diadakan dengan pemberita duduk dalam bilik berasingan dengan mereka.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register