Covid-19 Ord. darurat bolehkan kerajaan ‘ambil alih’ aset hospital swasta utk perangi Covid-19

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,898
Reaction score
12,065
Points
1,906
The Ahmad Maslan

23m ·

#PKP #Darurat
Hospital Swasta masih kenakan kos yang tinggi untuk #Covid Test
Sekitar rm400 rasanya jika di Lembah Kelang. Baru-baru ini saya bayar rm388
Tentu tidak begitu tinggi kos sebenar kepada Hospital.
Harap Kementerian minta mereka kurangkan sedikit sebagai #CSR kepada #rakyat. Terima kasih

1611206664279.png
 
Sponsored Post

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,388
Reaction score
1,998
Points
201
Tambah aja la ICU unit

Setakat nak save kan duit kos perubatan
buat lokdon
Pastu kasi duit prihatin lg
Beli vaksin tu pun blom tentu gerenti tak kene flu lg

2x5 akhirnya
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,898
Reaction score
12,065
Points
1,906
1611362191281.png


Kos rawat Covid-19: Insurans gesa hospital swasta 'bantu lebih sikit'
Diterbitkan 22 Jan 2021, 9:15 pm

Dikemaskini 22 Jan 2021, 9:55 pm

A+A-
1
Semua sektor termasuklah hospital swasta perlu mempertingkatkan bantuan mereka dalam pertempuran melawan wabak Covid-19, gesa Pengerusi Persatuan Insuran Am Malaysia (Piam) Antony Lee.
Ini selepas Kementerian Kesihatan dan sektor korporat berbincang bagaimana hospital swasta dapat terlibat untuk merawat pesakit Covid-19.
Antara pertimbangan utama apakah pilihan bayaran kos rawatan oleh pesakit.
Pada wawancara bersama stesen radio BFM89.9 hari ini, Lee berkata syarikat insurans sahaja tidak mampu menanggung kos rawatan dan penjagaan berkaitan Covid-19 yang boleh mencecah "berbilion" ringgit.

"Mereka (kerajaan) sedar perbelanjaan ini dapat mencecah jumlah berbilion ringgit dan tidak mungkin insurans sebagai industri sahaja yang dapat menanggung kos ini.
"Ia memerlukan muafakat semua pihak. Saya rasa semua sektor perlu mempertingkat sokongan dan benar-benar membantu dalam keadaan darurat ini,” katanya


552bed4b7eead4a07491fb0693143d20.jpg



Walaupun firma insurans di seluruh dunia umumnya tidak melindungi risiko berkaitan wabak penyakit, Lee berkata pihaknya setuju membantu kerajaan dalam pertempuran melawan Covid-19 sebagai "inisiatif tanggungjawab sosial korporat."

"Dan hospital swasta juga perlu mempertingkat bantuannya.

"Mereka perlu sedar pada saat ini semua pihak perlu bekerjasama dan kita perlu meneliti seberapa cekap kita (dapat) melakukannya. Dan piawaian mungkin perlu berbeza untuk mencegah kehilangan nyawa,” katanya ketika ditanya mengenai siapa yang perlu membayar bil kos rawatan kesihatan swasta.

Lee menjelaskan syarikat insurans tidak dapat menampung kos rawatan Covid-19 sepenuhnya kerana banyak ciri virus itu tidak diketahui. Ini mencegah mereka menentukan risiko, sehingga menjadikannya sukar untuk meletakkan harga pada polisi insurans untuk virus tersebut.

Piam terdiri daripada 26 syarikat insurans dan insurans semula yang menawarkan polisi insurans am di Malaysia.

Hospital swasta: Insurans perlu tambah sokongan
Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) Kuljit Singh sebelum ini berkata pihak berkepentingan sedang menggesa syarikat insurans supaya mempertimbangkan semula pendirian tidak akan menanggung kos rawatan Covid-19.

"Kita sekarang berada dalam wabak. Ini keadaan darurat. Mereka perlu meneliti semula hal ini.
"Syarikat insurans harus membayar kerana rawatan Covid-19 tidak mahal, hanya banyak pemerhatian, bekalan oksigen, dan lain-lain.

"Tetapi tentu saja, jika seseorang dimasukkan ke unit rawatan rapi, kosnya akan lebih mahal," katanya kepada Malaysiakini minggu lalu.

Pesakit Covid-19 dibahagikan dalam lima kategori - 1 (tanpa gejala), 2 (gejala ringan), 3 (gejala serius), 4 (radang paru-paru dan memerlukan oksigen) dan 5 (penyakit kritikal dengan kegagalan pelbagai organ).

Biasanya, hanya tiga kategori terakhir yang dimasukkan ke hospital untuk rawatan.
Kerajaan telah berbincang dengan hospital swasta untuk mendapatkan bantuan kerana penjagaan kesihatan awam semakin tertekan dengan peningkatan jumlah kes Covid-19.
Pihak berkepentingan akan terlibat dalam perbincangan pusingan ketiga esok sebelum rancangan integrasi dilancarkan minggu depan.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,898
Reaction score
12,065
Points
1,906
1611407426866.png


Kos tak langsung kekang hospital swasta turunkan caj rawatan Covid-19


Diterbitkan 23 Jan 2021, 8:46 pm

Dikemaskini 8:46 pm



Menerima pesakit Covid-19 bermakna hospital swasta perlu menggaji lebih ramai kakitangan untuk bertugas dan mewujudkan lebih banyak wad pengasingan.
Meskipun mengakui sedia untuk menyerap kos tambahan berkenaan, hospital swasta menegaskan mereka lebih bersedia untuk menerima pesakit bukan Covid-19 dari hospital awam.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) Dr Kuljit Singh menjelaskan hospital-hospital yang menganggotai badan itu bimbang mengenai kos-kos “tidak langsung”.
“Banyak kos tidak langsung yang tak dapat dihitung semasa merawat pesakit Covid-19 di hospital swasta kerana (apabila) kami menerima pesakit Covid-19, kami harus tutup seluruh wad.

“Kalau ada seorang pesakit (Covid-19), seluruh wad (kena) tutup. Maknanya mereka akan hilang pendapatan kerana tidak menerima mana-mana pesakit lain ke dalam kawasan berkenaan.

“Kami turut harus membayar (gaji) ramai kakitangan tambahan untuk menjaga pesakit Covid-19,” katanya.
Meskipun hospital swasta tidak bercadang mengenakan kos tidak langsung itu ke atas pesakit Covid-19, kata Kuljit, kos berkenaan juga menghalang hospital swasta terbabit menurunkan caj rawatan mereka.

“Kami tak boleh kurangkan lagi caj kami untuk merawat pesakit Covid-19 kerana ada banyak kos tidak langsung yang kami serap dan tidak dikira,” tambahnya.


Pengorbanan sangat besar
Menurut Kuljit, hospital swasta akan menunaikan tanggungjawab membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi ia perlu dibuat mengikut kemampuan terbaik mereka.
"Kami tak mampu melakukannya secara percuma atau dengan kos sangat rendah kerana kami dibina dan beroperasi secara bebas.
“Kami perlu pastikan perkhidmatan kami terus berjalan.
“Tetapi apa yang perlu kami sebutkan, kos tidak langsung dan kos tersembunyi tidak akan dikira. Itu sudah merupakan satu pengorbanan yang sangat besar,” tegas Kuljit.

697f7a8ea1c845ec86505ff6856f08d6.jpg

Dr Kuljit Singh

Semalam, Pengerusi Persatuan Insurans Am Malaysia (Piam) Anthony Lee menggesa hospital swasta mempertingkatkan bantuan mereka dalam merawat pesakit Covid-19.
Mengambil kira faktor kos tidak langsung yang ditanggung untuk merawat pesakit Covid-19, Kuljit mencadangkan agar hospital swasta digunakan untuk merawat kes-kes bukan berkaitan wabak tersebut.

Katanya ia akan membolehkan kerajaan memberi fokus untuk merawat pesakit Covid-19 di hospital awam.

“Pendirian kami (agar hospital awam) menghantar pesakit bukan Covid-19 kepada kami supaya kami boleh kosongkan hospital kamu pada kadar lebih cepat. Kemudian, kamu akan ada lebih kapasiti di hospital awam untuk (rawatan) Covid-19.

“Hantarlah pesakit bukan Covid-19 kepada kami. Kami boleh (rawat) segera, dalam bilangan yang besar,” katanya.

Tetap permulaan lebih baik
Kerajaan bercadang melibatkan hospital swasta kerana hospital awam kini tertekan dengan lonjakan kes Covid-19. KKM bercadang untuk memindahkan kedua-dua pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19 ke hospital swasta.

KKM berharap untuk melaksanakan rangka integrasi itu seawal minggu depan, tetapi pemegang taruh masih memperhalusi pilihan bayaran yang sesuai kepada pesakit.
Polisi insurans secara umumnya tidak merangkumi risiko berkaitan pandemik. Firma insurans juga berkata terlalu sedikit yang mereka tahu mengenai virus itu untuk menginsuranskan perlindungan terhadapnya.

Baca Melihat peranan sektor swasta melawan Covid-19


APHM sebelum ini menggesa syarikat insurans untuk mempertimbangkan semula pendirian mereka dan melindungi pesakit Covid-19 dengan kad perubatan.

Putrajaya baru-baru ini memperuntukkan RM100 juta untuk melibatkan hospital swasta dalam merawat pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19.
Meskipun belum menerima perincian mengenai bagaimana wang itu akan digunakan, Kuljit menyifatkan RM100 juta itu “sudah tentu tidak cukup”, tetapi ia satu permulaan yang baik.

“Kami boleh caj pesakit daripada hospital awam daripada RM100 juta itu [...] kami sentiasa boleh runding berkenaan harga, itu bukan suatu masalah.
“Tapi sekurang-kurangnya, (mereka boleh) kosongkan hospital mereka (awam) supaya mereka boleh lakukan rawatan Covid-19.
"Itu lebih baik daripada menjadikan hospital mereka hospital Covid-19, supaya kita tak sebarkan jangkitan ke merata tempat,” katanya.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,898
Reaction score
12,065
Points
1,906
The Ahmad Maslan

23m ·

Macam-macam harga test untuk #Covid19 di Hospital Swasta
Ada yang sederhana, ada yang tinggi. Dalam masa #darurat ini kenalah bertoleransi dengan #rakyat
Dalam masa seminggu saya kena test 2 kali. Ok boleh bayar. Tapi ramai rakyat yang kurang/tidak mampu
Kerajaan perlu kawal harga. Jangan dibiarkan..

1611407648110.png
 

jagajaga

Active Member
Joined
Jul 7, 2009
Messages
1,450
Reaction score
93
Points
40
Insuran boleh guna ke time darurat
Tak silap aku pernah baca insuran xleh claim time darurat
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,898
Reaction score
12,065
Points
1,906
Insuran boleh guna ke time darurat
Tak silap aku pernah baca insuran xleh claim time darurat

tn jaga jaga, berikut ni

Kebanyakan syarikat insurans tidak menyediakan perlindungan untuk pandemik, kata Dr Kuljit Singh, presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia.

Hospital swasta gesa insurans lindungi kos Covid-19




January 15, 2021 9:04 PM


China-Outbreak-Nurses-AP-260220.jpg

Syarikat insurans digesa lindungi kos rawatan Covid-19 di hospital swasta. (Gambar AP)

PETALING JAYA: Hospital swasta yang sedang bersedia menerima pesakit Covid-19, menggesa syarikat insurans menyemak polisi mereka dan melindungi kos rawatan pesakit Covid-19.

Kebanyakan syarikat insurans tidak menyediakan perlindungan untuk pandemik, kata Dr Kuljit Singh, presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia.

Bagaimanapun, katanya syarikat berkenaan patut turut membantu kerana “semua orang melakukan apa yang terdaya, hospital swasta… syarikat insurans juga patut bertindak. Mereka patut melindungi rawatan pelanggan ketika waktu luar biasa seperti ini,” katanya kepada FMT.

Kerajaan berkata, sistem kesihatan swasta mungkin menyertai usaha memerangi Covid-19 dalam pada lonjakan jangkitan menyebabkan kemudahan kerajaan hampir lumpuh.

Undang-undang baru darurat membolehkan kerajaan mengarahkan hospital swasta mengambil kes Covid-19 atau berdepan denda sehingga RM5 juta, malah juga hukuman penjara jika enggan.

Kuljit berkata, hospital swasta tiada masalah mengambil pesakit Covid-19 untuk mengurangkan bebanan hospital kerajaan.

Bagaimanapun, mereka tidak mampu merawat pesakit Covid-19 secara percuma. “Jika kami menyerap kosnya, pasti kami akan ditutup dan kami tidak mampu berdepan keadaan itu,” katanya.

Beliau menolak andaian biasa bahawa hospital swasta mengaut keuntungan, sebaliknya menegaskan kos operasi dan penyenggaraan kemudahan hospital swasta bererti pesakit terpaksa dikenakan bayaran untuk hampir setiap benda termasuk peralatan perlindungan.


“Disebabkan itu kami perlu meyakinkan syarikat insurans untuk membantu,” katanya.

Walaupun syarikat insurans mungkin mengalami kerugian jika melindungi ramai pelanggan dalam keadaan kes Covid-19 melonjak, “kita semua berdepan masalah sama.”

Malam tadi, Kuljit berkata hospital swasta sedang berbincang dengan kementerian kesihatan dan kementerian kewangan mengenai kadar caj yang patut dikenakan untuk merawat pesakit Covid-19 yang dipindahkan dari hospital swasta dari kemudahan kerajaan.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,898
Reaction score
12,065
Points
1,906
Industri insurans dan takaful cari kaedah kurangkan perbelanjaan pesakit COVID-19
Bernama
Januari 18, 2021 04:15 MYT
Industri insurans dan takaful cari kaedah kurangkan perbelanjaan pesakit COVID-19

LIAM, PIAM dan MTA berkata industri itu menyokong perlindungan kepentingan pemegang polisi/pemegang sijil dan menyumbang kepada kejayaan perkongsian swasta serta awam dalam memenangi perjuangan menentang pandemik itu.

KUALA LUMPUR: Industri insurans dan takaful sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta Bank Negara Malaysia untuk meneroka kaedah bagi mengurangkan perbelanjaan rawatan pesakit COVID-19 khususnya di hospital swasta.

Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dalam satu kenyataan bersama memberitahu secara amnya, risiko berkaitan pandemik tidak dilindungi di bawah mana-mana pelan insurans dan takaful di seluruh dunia.

"Pengecualian itu berpunca daripada kesukaran menetapkan harga untuk perlindungan berkaitan peristiwa seperti pandemik yang mungkin hanya berlaku sekali seumur hidup termasuk impak dan kos yang tidak dapat diduga. COVID-19 adalah pandemik; oleh itu ia tidak diinsuranskan/dilindungi di bawah manfaat insurans/takaful perubatan serta kesihatan.
"Bagaimanapun, sebagai tindak balas kepada keperluan segera negara semasa peringkat awal pandemik pada 2020, majoriti penginsurans hayat dan pengendali takaful telah menyediakan manfaat tambahan seperti pendapatan hospital harian yang akan dibayar kepada pemegang polisi/pemegang sijil yang terjejas," kata persatuan itu.

LIAM, PIAM dan MTA berkata industri itu menyokong perlindungan kepentingan pemegang polisi/pemegang sijil dan menyumbang kepada kejayaan perkongsian swasta serta awam dalam memenangi perjuangan menentang pandemik itu.

Industri ini, kata mereka, telah bertindak pantas dalam usaha untuk melaksanakan pelbagai langkah bantuan bagi membantu pemegang polisi/pemegang sijil menghadapi kesan kewangan daripada pandemik berkenaan.

Ini merangkumi penangguhan premium polisi/caruman takaful yang telah memberi faedah kepada lebih sejuta pemegang polisi/pemegang sijil membabitkan premium/caruman bernilai lebih RM1.6 bilion.

Dana Ujian COVID-19 (CTF) sebanyak RM8 juta telah ditubuhkan pada Mac 2020 bagi membolehkan pemegang polisi insurans perubatan dan kesihatan menjalani ujian saringan COVID-19.

Di samping usaha industri secara menyeluruh, syarikat insurans dan pengendali takaful secara individu juga telah melancarkan pelbagai skim untuk membantu pemegang polisi/pemegang sijil, tambahnya.
-- BERNAMA



 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,898
Reaction score
12,065
Points
1,906
Najib Razak



6m ·

Macam mana perkara ini boleh berlaku?
Walaupun Gagalkrasi PH sudah menjual 16% kepentingan saham kepada negara Jepun supaya Jepun menjadi pemegang saham terbesar, Khazanah Nasional masih merupakan antara pemegang saham terbesar IHH Berhad.
IHH memiliki 16 hospital dalam Malaysia - 11 Hospital Pantai, 4 hospital Gleneagles dan Hospital Prince Court (yang juga dijual PH kepada IHH pada tahun 2019).
Kerajaan Johor juga pemegang saham terbesar kumpulan KPJ Healthcare Berhad yang memilik 28 buah hospital seluruh negara.
Kenapa kerajaan PN tak gunakan kuasa sebagai pemilik saham besar untuk berunding dengan dua rangkaian hospital swasta ini supaya kos rawatan bagi pesakit Covid adalah rendah?

1611410401741.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,898
Reaction score
12,065
Points
1,906
Untuk meringankan beban hospital kerajaan, kes bukan Covid-19 akan dirujuk ke hospital swasta.

Hanya pesakit Covid-19 terpilih dirujuk ke hospital swasta, kata KP kesihatan




January 23, 2021 10:25 PM


Noor-Hisham-FB.jpg

Dr Noor Hisham Abdullah mengadakan perbincangan dengan hospital swasta hari ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Hospital kerajaan hanya akan merujuk pesakit Covid-19 terpilih yang khusus ke hospital swasta dan mereka yang layak ialah duta besar, ekspatriat serta pesakit yang mampu membayar kos rawatan hospital swasta serta yang meminta dipindahkan.
Itu kriteria yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam wawancara dengan sebuah akhbar hari ini.

Katanya, pesakit bukan Covid-19 juga akan dihantar dari hospital kerajaan ke hospital swasta untuk meringankan beban kemudahan awam.
Bagaimanapun, hospital swasta boleh terus menguruskan pesakit mereka yang disahkan positif Covid-19.


Hisham dan pegawai lain mengadakan perbincangan dengan hospital swasta petang tadi mengenai pengintegrasian perkhidmatan kesihatan swasta dan awam untuk merawat pesakit Covid-19.
Turut hadir wakil Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Persatuan Perubatan Malaysia, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia, Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia dan Persatuan Gabungan Pengamal Perubatan Malaysia.

Hisham dipetik New Straits Times sebagai berkata, sektor awam atau swasta perlu bekerja sebagai satu pasukan dan “kita semua askar dalam perang yang sukar dan lama ini serta negara bergantung kepada kita untuk membantu memerangi pandemik ini”.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba mempersoalkan sektor swasta yang menyuarakan kebimbangan untuk menerima pesakit Covid-19 dari hospital kerajaan.

“Kami menyumber luarkan kes bukan Covid-19 ke hospital swasta sejak gelombang kedua. Tiada masalah di sini. Sekarang kami meminta mereka mengambil dan menguruskan pesakit Covid-19 mereka sendiri. Kenapa mereka menolak?”

Pusat penjagaan kesihatan swasta meminta hanya pesakit bukan Covid-19 dipindahkan ke kemudahan mereka untuk memberi ruang kepada hospital kerajaan.

Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Dr Kuljit Singh dipetik sebagai berkata, bukan semua hospital swasta mempunyai kapasiti dan kemampuan merawat serta menguruskan kes Covid-19, seperti tenaga kerja dan kemudahan di unit rawatan rapi (ICU).
Katanya, walaupun hospital swasta bersedia menerima dan merawat pesakit Covid-19 mereka sendiri, langkah pertama ialah sentiasa merujuk pesakit ke hospital kerajaan.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register